Pages

Friday, November 9, 2012

Ulang Bulan Berserta Panggilan Pulau

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Jumaat 9/11/2012 - genap 8 bulan usia perkahwinan kami. Jumaat 9/3/2012 adalah tarikh dan hari kami diijabkabulkan. Alhamdulillah, setelah 8 bulan bergelar suami isteri kami makin mengenali hati budi masing-masing. Apa orang kata makin nampak "warna sebenar" pasangan kita. :)

Pernah rakan pejabat bertanyakan soalan, "akak, husband akak sebelum kahwin dengan selepas kahwin lain tak?". Saya faham maksud soalan itu. Jujurnya, apa yang saya nampak perubahan ke arah kebaikan yang ditunjukkan suami. Sikap dan perangai masih sama seperti kami berkenalan dan berkawan dahulu. Harap-harap sikap ini terus berkekalan sampai bila-bila.

Hari tu lepas kahwin tak dapat spend time lama dengan suami, lebih kurang sebulan setengah je. Lepas tu suami dah kena naik kapal semula. Penghujung Julai hari tu suami mula bercuti sehingga hari ini. Sepanjang mengenali suami, saya rasa ini cuti paling lama yang suami pernah dapat (tidak termasuk cuti untuk pergi kelas dan ambil exam). Seronok sebab dalam tempoh 3 bulan lebih ni macam-macam perkara dapat diselesaikan. Tapi kesian juga sebab suami kadang-kadang bosan duduk dirumah. Semalam, suami dah dapat "panggilan pulau". Dalam masa terdekat suami akan menjalankan tugas hakiki semula. Makna kata, saya dah kena bersiap-sedia dari sekarang nak menghadapi perhubungan jarak jauh semula.

P/S: Saki baki waktu yang ada kena guna sebaik mungkin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...