Pages

Sunday, December 30, 2012

Manis Tawar Pahit 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni genap sebulan suami keluar mencari rezeki. Mudah-mudahan dengan izin Allah lagi dua bulan suami akan selamat kembali semula ke pangkuan keluarga. Sebagai isteri dan teman, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan suami. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan buat suami.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun ni. Ada yang suka dan ada yang duka. Tahun yang penuh warna-warni dan sedikit dukacita.

March 2012
Saya sah menjadi isteri kepada suami saya sekarang. Tak tergambar dan tak terucap dengan kata-kata tentang perasaan tu. Syukur kepadaMu ya Allah kerana ikatan kami diikat dengan cara yang halal. Semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.


April 2012
Atok suami kembali ke rahmatullah. Saya sempat berjumpa dengan atok selepas berkahwin. Ketika itu orang yang nampak sangat sedih ialah ibu mertua saya.

May 2012 - July 2012
Suami sudah mendapat panggilan pulau. Rasa berat hati sangat nak lepaskan suami pergi. Namun demi keluarga kecil kami, saya redhakan pemergian suami. Ketika itu lokasi suami di Labuan. Saya gembira sebab boleh call hari-hari. Ketika giliran suami untuk sign off, suami terkandas lagi dikapal kerana Alpinia meletup. Alhamdulillah, tak lama selepas itu suami off. Saya orang yang paling gembira.

August 2012
Buat pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri dan anak menantu. Juga pertama kali beraya di kampung. Seronok sangat time tu.

November 2012
Hujung November, suami sudah mendapat panggilan pulau sekali lagi. Ralat sebab tidak dapat hantar suami ke stesen bus. Sekarang musim tengkujuh, lagi bertambah bimbang hati ini.

December 2012
Bulan yang tidak menggembirakan saya. Kalau boleh diputarkan masa....

P/S: Sentiasa berpegang pada kata-kata suami, "Sayang tak berseorangan, Allah ada lindungi sayang". Setiap kali saya ingat kata-kata ini automatik air mata saya mengalir dan saya jadi kuat semula.

Monday, December 24, 2012

Demi Keluarga Kita

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tidak sedar hari ini merupakan hari ke 24 suami pergi mencari rezeki. Tak terasa pun betapa pantasnya masa berlalu. :)

Dalam masa 24 hari ni macam-macam terjadi. Dua kecederaan suami hadapi. Pertama, kecederaan dilutut. Suami terjatuh semasa ingin menaiki bot. Jeans suami koyak. Bayangkan jeans pun boleh koyak. Suami whatsapp gambar. Besar luka dilutut suami. Kesian suami.

Kejadian kedua, dijari. Jari tersepit ketika sedang membuat tugasan didalam engine room. Sekali tengok glove berdarah, buka glove bukan main banyak darah yang keluar. Sedih sekali lagi. Banyak betul pengorbanan yang suami harus lakukan demi mencari rezeki halal buat keluarga kecil kami.

Sekarang ombak besar. Kapal rolling. Air laut menyimbah-nyimbah sampai ke atas deck. Barang-barang dalam cabin pun semuanya tidak lagi dikedudukan asal. Beralih tempat. Suami pening. Sekali lagi buatkan jiwa wanita saya risau tentang keselamatan suami. Namun, saya yakin Allah akan jaga suami dan kawan-kawan lain.

Setelah hampir 10 bulan bernikah, mata dan hati saya makin celik tentang pekerjaan suami. Bukan senang nak senang. Banyak rintangan yang suami kena hadapi. Semata-mata untuk mencari rezeki halal dan memberikan yang terbaik buat keluarga kami. Perkara-perkara macam ni buatkan saya makin menghargai kehidupan.

Suami, semoga selamat semuanya. Mahal kita.

Monday, December 10, 2012

Kelas Terakhir Sem Ni

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam tadi balik dari kelas memang saya flat DBKL. Tak larat. Dekat pukul 9:00 malam baru sampai rumah. HUHUHU. First time kelas habis lambat. Yelah, semalam kelas terakhir untuk sem ni. Semalam juga ada presentation. So, kena habiskan semua presentation semalam. Lecturer pun dah mengantok saya tengok apatah lagi saya ni. Sepanjang dalam kelas asyik dok fikir pukul berapalah nak habis. Macam manalah nak drive malam-malam dalam keadaan hujan ni. Kereta parking jauh pula. Ada ke tak parking kat rumah  tu nanti. Mujurlah ada kawan sekelas yang naik sekali dengan saya so takdelah risau sangat balik malam-malam. Habis je turn saya buat presentation, terus saya keluar dari kelas. Time tu adalah dalam 5 orang student lagi yang tunggu turn untuk present. Terus shoot ke surau. Sekali surau gelap gelita sebab lampu rosak. Tapi gagahkan jugalah masuk dalam tu, tengok ada orang tengah solat. Ok, lega time tu. Selesai semuanya, terus balik. Sepanjang perjalanan, rasa macam lambat betul nak sampai tol. Sekejap-sekejap saya tanya kawan. Kenapa macam tak sampai-sampai je tol lagi? Rupanya diorang pun rasa macam tu jugak. HEHEHE. Dah separuh perjalanan trafik jadi perlahan sekejap sebab ada accident. Pergh...setiap kali saya nak pergi dan balik kelas mesti akan ternampak accident. HUHUHU. Seramnyaaaaa. Mujur rumah kawan-kawan saya tu satu jalan je. So senanglah nak hantar diorang. Perjalanan diteruskan sampailah saya sampai rumah. Balik je lepak jap tengok bola. Sambil tengok bola sambil makan nasi. Masa tengah makan nasi Mat Yo masukkan gol. Maka tak semena-mena rumah saya bising dengan sorakan saya...GOOOOAAALLLLL....sambil dua-dua belah tangan naik ke atas (tanda seronok sangatlah tu dah gol). Selalunya, bila Malaysia dah goal, saya selalu berharap cepatlah masa berjalan dan cepatlah permainan tamat. Tujuannya hanya satu je, tak nak bagi pasukan lawan masukkan gol juga. Ngeeeee.....

Eh, kenapa cerita ni dah jadi macam takde hala tuju? Erm....takpelah sampai sini dulu.

P/S 1: Semalam dapat cakap dengan asben 2 minit 04 saat je. HUHU~
P/S 2: Walaupun kelas terakhir, masih ada kelas tambahan yang Puan Eco buat..

Sunday, December 9, 2012

Tak Mau Pejam Dah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Terjaga. Mata tak mau pejam dah. Susah hati esok ada test dan presentation. Mungkin juga sebab teringatkan lelaki kesayangan yang tengah berkerja tu. Saya harap lelaki kesayangan baik-baik sahaja dibumi Kemaman. Tak sabar nak tunggu lelaki kesayangan balik ke port. Banyak betul benda yang nak di story.

Rindu kamu lelaki kesayangan :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 7, 2012

Untitled

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seminggu sudah saya berdikari. Betul cakap awak, Allah ada temankan saya. Harap-harap minggu-minggu yang mendatang, segala perjalanan hidup saya dipermudahkan.....saya doakan untuk awak juga.  Love u lotsss Mr. Husband.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudoku bukan Duku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Genap seminggu suami berkerja. Makna kata mungkin lebih kurang sebelas minggu lagi baru dapat melihat suami secara langsung didepan mata. Eceh.

Sejak ketiadaan suami disisi, kerap pula saya terjaga malam. Kejap-kejap bangun. Kejap-kejap bangun. Bila bangun mesti buka buku sudoku. Fikir-fikir untuk cari jawapan, kalau tak dapat solution baring balik. Seminggu berkeadaan macam ni. Haish...kot lah terjaga tu nak baca buku ke, wat past year ke...ini idak..nan hado perangai. HUHUHU..

Rasanya seminggu sebelum suami berkerja, suami ada beli buku sudoku tu. Bolehlah dibuat dikala kebosanan dan selalunya kami bertanding siapa yang dapat selesaikan sudoku tu dulu. Memang best. Barulah rasa bermanfaat sikit kehidupan. Menguji mindalah katakan. HAHAHA.

Sekarang ni dah jadi habit pula main sudoku ni. Time tengah study pun kalau otak macam dah tepu sangat & tak boleh nak absorb segala maklumat, mesti saya akan stop kejap study dan buka sudoku. Bagi otak saya ni berkerja sikit. Seronok main sudoku nih.

P/S: Lelaki kesayangan, sila tajamkan skill sudoku anda sebelum lawan ngan saya ye. Ahakz~

Thursday, December 6, 2012

Saya Yang Nak Belajar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ikutkan jadual, minggu ni merupakan minggu terakhir kelas sebelum final. Tapi lecturer ME cakap nak buat extra class. Masa dan date belum ditetapkan lagi. Entah kenapa, masa kelas ganti ME minggu lepas rasa macam sayu je. Rasa macam da dekat betul ngan final. Pertama, mungkin sebab buat pertama kalinya saya faham tentang subjek yang lecturer ME tu ajar. Kedua, mungkin sebab suami tak hantar gi kelas. Ketiga, mungkin time tu tengah pesta konvokesyen. Keempat, saya salam tangan lecturer & minta dia doakan saya dan kawan-kawan. So, rasa sayu tu makin dekat dalam diri. Lagi menggerunkan bila lecturer cakap subjek dia ni susah sangat student ePJJ nak score A. Usahkan A+, nak dapat A seketul tu pun susah. Pernahlah beberapa tahun dulu, ada sorang je student dapat A-. HUHUHU...Gila kentanglah. Saya akui subjek ni banyak membaca, teori dan banyak graf. Maka ada sedikit bosan dan peratusan nak faham tu susah sikit kalau basic pun kite tak faham.

Kadang-kadang tu saya rasa penat dan macam tak larat je nak tempuhi semua ni. Tapi mengenangkan ini keputusan dan kehendak saya, maka saya kuatkan semangat balik. Apa jadi pun saya kena konsisten dan fokus betul-betul. Kalau tak memang sia-sia je la. Sebenarnya saya takut dan susah hati sangat nak exam ni. Harap-harap semuanya berjalan lancarlah. Takutnye....

P/S: Minggu ni ada Test & Presentation. Saya doakan semoga saya ok. HEHEHE.

Thursday, November 29, 2012

Rasmi: Esok

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bukan semalam atau hari ini, tapi rasminya esok. Ye esok. Setelah 4 bulan menopap kaseh sayang, sekali lagi suami akan berjuang demi mencari rezeki halal buat keluarga kecil kami. Ikut hati, memang tak nak lepaskan. Kompeni perlukan khidmat suami. Rakan suami yang nak off tu juga perlukan suami sebagai pengganti untuk menyambung tugas. Saya tidak boleh tamak dan mesti beri peluang orang lain pula untuk merasai nikmat cuti dan berbahagia bersama keluarga. Cukup masa, giliran suami pula. 

Sejak bernikah ini merupakan perantauan suami yang kedua. Walaupun ini pengalaman kedua, sedihnya dan sebaknya tetap sama. Tak pernah berubah pun! Ketika saya sedang menaip entry ni pun saya dapat rasa masih ada tanda-tanda air mata akan tumpah. FUH! Tarik nafas hembus tarik nafas hembus. Relax =)

Ok. Sambung...

Ralat sangat sebab esok saya tak dapat nak hantar suami. Tak dapat nak tengok suami pergi depan mata saya. Saya ada kursus yang telah dijadualkan sejak awal lagi. Takpelah mungkin tak ada rezeki. Kalau suami bertolak malam, Insya Allah saya dapat hantar. Tapi kalau petang memang tak dapatlah jawabnya. Uwaa....lagi sedih.

Ada beberapa jam je untuk menatap wajah kesayangan saya. Lepas ni TP3 akan menatap wajah suami hari-hari. HUHUHU~



Tuesday, November 27, 2012

24 jam atau 48 jam?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ini genap 4 bulan suami bercuti. Dalam tempoh 24 jam atau 48 jam dari sekarang suami akan meninggalkan KL. Meninggalkan kehidupan onshore buat sementara waktu. Berkunjung ke perairan di negeri Pantai Timur. Tujuan - mencari rezeki buat keluarga mini kami. Beri peluang pula kepada orang-orang lain yang setia menanti kepulangan orang tersayang. Cukup waktu giliran kami pula.

P/S: Masih tunggu pengesahan pejabat.

Friday, November 9, 2012

Ulang Bulan Berserta Panggilan Pulau

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Jumaat 9/11/2012 - genap 8 bulan usia perkahwinan kami. Jumaat 9/3/2012 adalah tarikh dan hari kami diijabkabulkan. Alhamdulillah, setelah 8 bulan bergelar suami isteri kami makin mengenali hati budi masing-masing. Apa orang kata makin nampak "warna sebenar" pasangan kita. :)

Pernah rakan pejabat bertanyakan soalan, "akak, husband akak sebelum kahwin dengan selepas kahwin lain tak?". Saya faham maksud soalan itu. Jujurnya, apa yang saya nampak perubahan ke arah kebaikan yang ditunjukkan suami. Sikap dan perangai masih sama seperti kami berkenalan dan berkawan dahulu. Harap-harap sikap ini terus berkekalan sampai bila-bila.

Hari tu lepas kahwin tak dapat spend time lama dengan suami, lebih kurang sebulan setengah je. Lepas tu suami dah kena naik kapal semula. Penghujung Julai hari tu suami mula bercuti sehingga hari ini. Sepanjang mengenali suami, saya rasa ini cuti paling lama yang suami pernah dapat (tidak termasuk cuti untuk pergi kelas dan ambil exam). Seronok sebab dalam tempoh 3 bulan lebih ni macam-macam perkara dapat diselesaikan. Tapi kesian juga sebab suami kadang-kadang bosan duduk dirumah. Semalam, suami dah dapat "panggilan pulau". Dalam masa terdekat suami akan menjalankan tugas hakiki semula. Makna kata, saya dah kena bersiap-sedia dari sekarang nak menghadapi perhubungan jarak jauh semula.

P/S: Saki baki waktu yang ada kena guna sebaik mungkin.


Semoga Cepat Sembuh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Luluh hati seorang ibu apabila melihat putera kesayangan menanggung kesakitan. Apalah yang si kecil tersebut faham tentang kesakitan? Tapi siapa kita untuk berkata apa-apa. Saya dan suami hanya mampu berdoa dan bermohon pada Allah s.w.t agar diringankan penderitaan yang ditanggung baby Amsyar. Ini merupakan kali ketiga atau kali keempat Amsyar dimasukkan ke ICU. Doktor kata terdapat jangkitan kuman. Doktor masih berusaha memberikan rawatan dan mencari root cause tentang penyakit baby Amsyar. 

Saya tahu akak ipar saya terlalu sedih. Mana tidaknya, dia orang yang melahirkan baby Amsyar. Ibu mertua saya turut sedih melihat penderitaan Amsyar. Suami kata, suara emak sebak ketika bercakap melalui telefon tempoh hari. :(
Suami saya turut sebak bila dapat tahu anak saudara yang baru berusia 3 bulan lebih itu terlantar di hospital. Saya lihat ada air mata di wajah suami. Ya Allah, ujian apa yang sedang KAU berikan..

Saya minta sangat agar diringankanlah ujian yang sedang dihadapai oleh baby amsyar. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Akak cakap, doktor tengah berusaha yang terbaik untuk baby Amsyar.

P/S: Tak dapat nak balik kampung hari ni. Semoga akak terus tabah dan kuat hadapi ujian ini. 



Wednesday, November 7, 2012

Entri Pertama Bulan November

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seperti terlupa yang saya mempunyai blog. Kesian kau wahai blog. Almaklumlah, dewasa ini saya sangat sibuk dengan pelbagai tugasan. Tugasan sebagai pekerja. Tugasan sebagai isteri. Tugasan sebagai pelajar. Memang mencabar. Itu pun belum lagi saya mengambil alih tugasan sebagai seorang ibu. *semoga impian kami suami-isteri termakbul...Aminn*.

Saya percaya rezeki setiap orang datang dalam pelbagai cara. Setiap orang dijanjikan bahagian masing-masing. Apa yang penting, kerja keras, usaha, kesabaran dan tawakal yang disemai bagi membolehkan rezeki itu menjadi nyata. Cuma cepat atau lambat je untuk kita mendapat rezeki.

Kadang-kadang apa yang kita inginkan sangat tu yang Allah lambat makbulkan. Jangan panik dan jangan sangsi dengan perancangan Allah. Yang penting sentiasa berfikir positif akan sesuatu itu. Mungkin ada sebab musababnya kenapa Allah tak berikan apa yang kita inginkan tu awal. DIA sebaik-baik perancang. Apa sahaja yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin DIA nak berikan kita rezeki dalam bentuk lain dahulu. Manalah tahukan? :)

P/S: Cepat atau lambat jangan putus-putus untuk meminta dari Allah.










Wednesday, October 17, 2012

Nak cerita juga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebagai orang yang baru sahaja mendapat lesen memandu, perasaan excited dan tidak excited tu selalu bersilih ganti. Contohnya macam ni, hari ni kau bawa kereta ok dan lancar - tiada apa-apa masalah, jadi esoknya ko excited nak bawak sekali lagi. Contoh lain pula, kau ada tersasar sikit semasa pemanduan - terus kau rasa down dan tak nak bawa lagi. Itulah saya sebenarnya. Tapi tapi tapi...., suami tetap suruh saya bawa. Nak pastikan saya biasa memandu sendiri.

Suami letakkan kepercayaan pada diri saya. Dia yakin yang saya boleh lakukan padahal saya tahu dalam diri dia bimbang juga kalau saya memandu. Tapi apa boleh buat, takkan nak sia-siakan saje lesen tu kan? Dua kali memandu sendirian ke pejabat. Mulanya memang gugup, almaklumlah sorang diri je kan takde teman. Tapi buat-buat berani dan berlagak cool juga. Bila dah sampai office, rasa syukur sangat sebab selamat sampai.

Hari pertama memandu sendiri:
Pagi-pagi seawal 6:20 am dah keluar dari rumah. Kena keluar awal sebab parking di office saya berkonsepkan first come first serve. Panaskan enjin. Tengok takuk minyak ada 3 takuk je. Suami suruh isi minyak dulu. Habis isi minyak, hantar suami balik & saya teruskan perjalanan sebagai wanita ala-ala bujang yang berkerjaya. KUi3...Sampai office lebih kurang pukul 7:10 am. Sampai je kat meja, terus call suami. Sueperti biasa, suami saya lagaknya macam seorang polis. Macam mana bawa tadi, ok? Parking macam mana tadi? Reverse parking ke side parking? Bila dah jawab dan suami puas hati baru letak tepon.

4 jam setengah:
Rekod memandu yang paling lama. Sebelum ni paling lama saya memandu pun lebih kurang sejam setengah je. Itupun Tuhan je yang tahu macam mana perasaan dan keadaan saya masa tu. Dengan hujan lebatnya, tersangkut dengan kesesakan selama 2 jam, 2 jam tu juga tahan diri supaya tak terkucil, berhadapan dengan struktur jalan yang sekejap lurus, sekejap bengkok, memandu dikawasan gelap, bersaing dengan lori-lori dan bas-bas ekspres...huh! Sungguh mencabar. Kereta seakan ke kiri ke kanan. Kua dari lane. Rapat dengan kereta depan. Macam-macam. Syukur sampai ke destinasi dengan selamat. Natijahnya pinggang saya sakit. Rasa macam nak tercabut dan lenguh-lenguh je pinggang tu.

Apapun, saya tahu suami suruh saya buat semua ni bersebab. Dia nak saya belajar berdikari. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa kecemasan dan suami diluar kawasan pada ketika itu, saya masih mampu untuk menguruskan sendiri. Walaupun banyak sangat teguran yang saya terima ketika memandu (macam kena marahlah), tapi saya banyak fikirkan yang positif je. Nak merajuk pun, merajuk sekejap je lah...sebab dalam pada tengah-tengah merajuk tu mesti akan terfikir kenapa saya ditegur.

P/S: Berhati-hati dijalanraya dan jaga-jaga dikawasan yang ada AES....

Friday, October 5, 2012

Satu angka bertambah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, masih berpeluang dan diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dibumi Allah. 30 September lepas umur saya menganjak lagi satu angka. Gembira kerana ketika ulang tahun kelahiran saya, suami ada disisi. Sejak berkenalan, ini merupakan kali pertama suami mengucapkan ucapan hari lahir secara langsung didepan mata. *terharu dan tergaru sampai menanges meleleh-leleh ingos....srootttt* HAHAHA.

Tiada sambutan hari jadi, tiada kek dan tiada lilin untuk ditiup. Itu cara kami raikan ulangtahun kelahiran. Mujur hari tersebut saya tiada kelas. Maka panjanglah kaki kami suami isteri meneroka bumi Allah ni. Pagi Sabtu, saya sibuk di dapur dan membasuh pakaian. Suami sibuk mengemas rumah. Lepas Zohor terus shoot ke Bukit Tinggi. Last minute decision. Memang menjadi kebiasaan setiap hujung minggu kami akan plan untuk keluar. Kesian suami dok terperap je dirumah. Time weekend jelah dapat sedikit hiburan. HEHEHE. Destinasi yang kami pilih kali ini lebih bersifat destinasi relax dan santai. Kami tak nak masuk shopping complex. Sesak dengan manusia. Di Bukit Tinggi lebih tenang. Walaupun ramai pengunjung, tapi pemandangan dan suasana disitu memberikan ketenangan dalam diri kami. Dalam pada tenang tu, penat juga kaki ni melangkah. Nak mendaki kawasan berbukit untuk ke Japanese Village sangatlah penat. HUHUHU. Petangnya terus shoot ke Shah Alam.

Lepas Maghrib kami sampai Shah Alam. Ingin melihat keindahan I-City. Memandangkan perut dah lapar, pergi makan dekat satu kedai mamak. Itulah kali pertama dan terakhir makan kat situ. Mahal gila. Harga untuk nasi lemak biasa bungkus RM3.00. Harga untuk nasi goreng ayam RM8.50. Harga untuk teh ais RM3.00. harga untuk limau suam RM2.50. Gila mahal. Terkejut saya. Bukan nak berkira pasal makanan tapi rasanya harga macam tu sangat tidak patut. RM17 untuk dua orang makan di kedai mamak sangatlah mahal bagi saya. Baik saya tambah sikit duit pergi makan KFC. HUH! Dah makan, terus jalan-jalan. Tengok lampu-lampu yang warna-warni tu. Bestlah juga. Cukuplah dapat pergi sekali. HEHEHE...Malam tu tak balik rumah, suami belanja tido kat hotel. Yang tak boleh blahnya orang front desk kat hotel tu pandang kami semacam jer. KUI3.

Hari Ahad tu, iaitu pada hari ulang tahun kelahiran saya ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan di Facebook tak putus-putus memberikan ucapan dan mendoakan perkara-perkara baik buat saya. Amin..Suami memberi kad ucapan kecil. Suami cakap itu saja yang dia bagi untuk siri ulang tahun kali ini. Saya terima dan senyum-senyum baca ucapan atas kad tersebut. HEHEHE.Oh lupa, saya juga mendapat sejambak bunga ros merah daripada keluarga saya. Masa saya dah letakkan bunga ke dalam bekas, suami suruh saya letakkan bunga disatu penjuru didalam bilik. Waktu tu dah terpandang sesuatu. Kotak besar yang dah berbalut kemas. Dah agak memang hadiah untuk saya. Siriyes saya tak perasan yang kotak tu dah ada kat situ seminggu lamanya. Pergh.....pandai betoi kamu buat kejutan eh wahai suami. Kotak agak berat. Maknanya barang dalam kotak adalah sesuatu yang berat. HAHAHA...Memang terkejut dan tidak disangka-sangka. Barang yang suami hadiahkan adalah benda yang saya nak beli suatu hari nanti. Disebabkan suami dah belikan maka jimatlah duit saya. KEHKEHKEH.. Thank you suami. Sebaik sahaja dapat hadiah tu, terus je saya cuba "kepoweran" hadiah tu. Memang best. Suka sangat.

Terima kasih kepada ahli keluarga dan kenalan yang tidak putus-putus mendokan saya. Terima kasih atas ingatan kalian.


Monday, September 24, 2012

Saya budak baru belajar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lebih kurang 3 minggu saya memandu dibawah pemantauan suami tercinta. :) Almaklumlah, budak baru belajar macam saya ni, mana berani nak bawa sorang-sorang.

Destinasi pertama yang dituju ketika kali pertama memandu ialah - pejabat. Sangat gugup masa tu. Iyelah, saya biasa naik turun train je. Kalau naik kereta pun mesti sebagai penumpang je. Ketika tu, perjalanan ke office rasa macam lama sangat. Rasa macam dari KL ke Perak. Dahsyat tak? Berhadapan dengan traffic jammed. Traffic light rosak. Hampir-hampir langgar divider. Takut nak bertukar lorong. FUH! Sampaikan untuk hari-hari seterusnya saya rasa macam putus asa dan tak nak drive sendiri. Saya tak yakin. Tapi suami selalu bagi kata-kata semangat dan galakan. Kadang-kadang tu ada gak kata-kata suami tu macam berbaur "memberi cabaran" buat saya.

Pernah sekali tu, suami senyap dan tak nak bagi apa-apa komen semasa saya memandu. Sebelum saya drive, dia dah bagitau yang saya kena ikut kreativiti dan logik akal saya semasa memandu. Saya ni jenis sikit-sikit nak tanya.

"Abg, boleh undur lagi tak?"
"Abg, betul ke pusing macam ni?"
"Abg, macam mana ni?"

Sampai hati suami tak nak jawab pertanyaan saya. Alah, tapi kejap je berkeadaan macam tu. Lama-lama suami cakap gak. Gila apa tak nak cakap. HEHEHE.

Tak lama kemudian, suami suruh saya drive dari Cheras menghala ke arah Gombak. Suami ajar macam mana nak memotong. Pertama kali memandu dengan kelajuan lebih kurang 100 km/j agak mendebarkan ye untuk freshie macam saya. Lagi mencabar ketika melalui jalan berbukit dan bengkang-bengkok. Pergh...sangat mencabar. 

Baru-baru ni, kami ke Shah Alam. Pukul 6:30 am dah keluar rumah. Hari ketika itu masih gelap dan hujan. Oh, cabaran sekali lagi ketika itu. Alhamdulillah, kami sampai ke destinasi dengan selamat. 

Betullah kata pepatah, practice makes perfect. Kalau saya tak bulatkan hati, sampai bila-bila saya tak tahu memandu. Sekurang-kurangnya, bila ada apa-apa perkara kecemasan yang berlaku akan memudahkan saya untuk bergerak kemana-mana lebih-lebih lagi bila suami saya keluar berkerja. 

P/S: Tak dapat bayangkan kalau suami tak teman masa bawak kete..HUHU~


170912: Chenderong - KL

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi-pagi dah bangun. Nak mandi tak sanggup sebab air kat bilik air sangat-sangat sejuk. Maka tak mandi time subuh tu. Gosok gigi, cuci muka dan buat apa-apa yang patut. Selesai breakfast, suami ajak ke Chenderong. Air terjun mini kat Tg Besar tu. Yang pasti orang-orang kampung je yang tahu tempat tu, orang yang luar dari kawasan tu mesti tak tahu akan kewujudan tempat bermandi-manda mini tersebut.

Lebih kurang 8:30 am bergerak ke Chenderong. Jalan kaki je. Adalah dalam 1 km perjalanan. Sambil-sambil jalan, suami gi campak mercun bola. Sampai terkejut monyet-monyet kat pokok. HUH! Nak ke Chenderong ni memang kena ramai-ramai ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebab tempat ni agak pedalaman sket. So, kami pergi berempat. Suami, saya, MIL dan mokde. Sampai je kat kawasan air terjun mini tu nampak macam cetek je airnya...rupa-rupanya boleh lepas kepala ok. HUHUHU..suami kemain berenang-renang bagai. Saya tak pun sebab airnya sejuk sangat. Just rendam-rendam kaki.Sekali suami suruh masukkan badan dalam air. Saya akur. HAHAHA...tak lama pun kat situ sebab sangat-sangat sejuk dan kami nak terus balik KL lepas tu.

P/S: Sebelum balik, melawat kawasan umah mokde sekali lagi. Sekali tengok memang ada pokok anggur & dah berbuah. Hari sebelumnya mokde & suami ada cakap pasal pokok anggur, ingatkan diorang main-main...KUI3...

Friday, September 21, 2012

160912: Kuantan - Sg Tekam - Perlok - Tg Besar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari kedua berada di negeri Pahang. Plan hari ni adalah menziarahi Wan di Perlok, tapi sebelum tu nak singgah rumah kawan suami dulu di Sg Tekam. Perjalanan dari Kuantan bermula sebaik sahaja kami semua selesai bersarapan pagi. Sepanjang perjalanan kami agak syok melayan pemandangan. Toleh kiri, toleh kanan, borak-borak, search channel radio, pasang CD dan sebagainya. Suami pula sekejap tekan minyak macam pelumba F1. Sekejap memandu mengikut hadlaju kebangsaan. Ketika melalui satu jalan tu (masih di highway), kami berada dilorong paling kanan...tetiba husband cakap..."alamak, kantoi..kantoi..kantoi.." Terus saya tanya apa yang kantoi? Suami cakap..."ada polis,cis!" Terus saya toleh belakang, dan memang sah polis tu tengah tangkap gambar kereta kami. HUHUHU...tunggu je la surat cinta sampai nampak gayanya...#suami sempat cakap harap-harap kamera polis tu rosak akhlak...HAHAHA!

Sg. Tekam
Inilah destinasi yang kami tuju selepas Kuantan. Sg. Tekam ni rumah kawan suami. Kawan sepengajian dan kawan sekapal. Sampai pun lebih kurang tengahari. Maka sedang eloklah, kami dijamu dengan hidangan makan tengahari. HEHEHE. Sebelum menjamah makanan tengahari tu, adik kawan suami buat coconut milk shake. Pergh...memang sedap. Rasa nak tapau je bawak balik. HAHAHA. Hidangan makan tengahari lagi dahsyat. Ada gulai ikan patin, ada ikan goreng, ada budu, ikan pekasam dan ulam gajus. Pergh! Mujurlah dah praktis makan gulai ikan patin sebelum ni. HEHEHE. Budu je yang masih dalam proses pembelajaran dan proses memujuk tekak agar terima dengan hati terbuka. HIKHIKHIK. Kawan suami & keluarga jenis peramah & cepat mesra dengan orang. So, takdelah nak malu-malu sangat. :) Sebelum beransur, siap tapaukan kami buah salak yang di ambil dari pokok belakang rumah tu. Mekasih. :)

Perlok
Sampai Perlok dalam pukul 4:00 pm. MIL berborak-borak dengan Wan. Tak lama sangat kat rumah Wan. Lebih kurang sejam je. Lepas tu kami minta diri. Time nak keluar dari lorong jalan umah Wan yang agak mencabar. Jalan kecik - jalan tak elok - bawah jalan tu ada sungai. Risau je jalan tu tak kukuh. Lepas je melalui jalan tu, satu lagi kejutan kami nampak. Objek panjang, panjangnya selebar jalan. MIL kata kayu. Saya kata macam bukan kayu sebab macam bercorak-corak je (sebenarnya tak nak cakap nama sebenar objek tu). Sekali terus suami cakap, "ular sawa lah". Mujur dah mati. MIL suruh suami kuis objek tu letak ketepi jalan. Suami enggan. Seriau tengok objek tu depan mata. Saya budget mesti kena langgar lori objek tu sebab waktu kat umah Wan ada nampak lori yang super laju lalu. Lepas tu ziarah kubur arwah atok. Lepas tu terus shoot ke Tg Besar.

Tg Besar
Lewat petang sampai Tg Besar. Ni first time datang. Umah Mokde. Umah sepupu MIL. Umah mokde ni best sebab dikelilingi dengan tanaman. Mokde rajin bercucuk tanam. Nak makan kacang botol, ulam raja, cili padi, sawi dan pelbagai jenis sayur-sayuran serta buah-buahan semua ada. HEHEHE. Ni first time jumpa mokde. Mokde ni peramah dan sempoi gak. Kami bermalam dirumah mokde. Esoknya baru balik KL.

P/S: Aktiviti best di Tg Besar next entri.


Thursday, September 20, 2012

150912: KL - Kuantan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Cuti 3 hari baru-baru ni kami suami isteri dan ibu mertua pergi mengukur tanah lagi. Bukan saja-saja mengukur tapi memang bertujuan.

Hari Sabtu (150912) - Lebih kurang pukul 7:15 am kami dah keluar. Nak menghadiri kenduri kahwin kawan suami di Kuantan. Sebelum tu, kami singgah dulu pekena roti canai. Dah selesai isi 'tangki', kami pun memulakan perjalanan kami ke Kuantan. Saya bajet dalam pukul 11:30 am akan sampai. Rupa-rupanya dalam pukul 10:30 am dah sampai dah. Aish, awal lagi. Kenduri start pukul 12:00 pm. Mujurlah kami berada di Pahang. Kampung halaman ibu mertua saya. Maka tahulah tempat yang nak dituju. Terus beraya kerumah pak sedara yang berhampiran. Berborak-borak sambil menengok zuriat arnab yang baru lahir semua, sedar-sedar jam dah pukul 12:00 pm. So, apa lagi berangkatlah kami 3 beranak ke rumah kenduri. Ngeh3....kebetulan perut pun dah lapar time tu. Memang kena sangatlah...HAHAHA.

Dirumah kenduri memang makanannya lazat-lazat. Siap 12 khemah uols kalau tak silap. Husband bila dah jumpa kawan-kawan sepengajian dan seperkapalan, apalagi kemain borak sakanlah. Saya pula yang rasa tersisih masa tu. HAHAHA...lama gila kot melangut kat umah kenduri tu. Terus MIL suruh roger husband cakap nak pi duduk dalam kereta. Ekekeke.

Lepas tu terus cari hadiah untuk baby Afi Aryan Danish - cahaya mata sulung Shidah & suami. Kebetulan malam tu orang tua Shidah buat kenduri akikah untuk Afi. Maka kami bermalam kat situ jelah. Nak cerita pasal keesokan harinya next entry lah pula.

P/S: Baby Afi cumel..

Wednesday, September 19, 2012

Bila Suami Bercuti

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah masuk sebulan 3 minggu suami bercuti. Sekejap je rasa. Tak terasa pun masa berlalu tika suami ada disisi. KIHKIHKIH..Sejak suami ada kat darat ni jadual kami suami isteri memang padat. Kelas kau jah siap ada jadual...Ahakz...

Setiap hujung minggu mesti ada je kegiatan yang kami lakukan. Tak betah nak duk umah je setiap hari. Almaklumlah dari Isnin sampai Jumaat saya ke office. Suami dirumah. Hari Sabtu dan Ahad saya cuti, jadi time ni lah untuk berjimba-jimba dan mengukur tanah.

Seingat-ingat saya, minggu pertama suami bercuti je kami tidak kemana-mana. Banyak habiskan masa dirumah especially time weekend. Mana tidaknya, time tu kan bulan puasa lagi. Tak larat pula nak kesana-sini dan bersesak-sesak ke shopping mall. Start je minggu kedua, sedikit demi sedikit kami mula melakukan kegiatan luar.

Habis je puasa, lagilah kami menggelejat. Kesana-sini kami berjalan. Kadang-kadang tu bukan beli apa pun. Sekadar ronda-ronda je. Melihat dunia luar. Eceh. Lagi pun 3 bulan tidak berpeluang nak luangkan masa macam ni kan. So, sementara ada peluang dan kesempatan ni haruslah diisi dengan perkara-perkara indah je. Yer dak? Sekurang-kurangnya, boleh dijadikan kenangan bila suami pergi mencari rezeki untuk kehidupan kami nanti. :)

P/S: Seronok betul dah kahwin ni....bila keluar berjalan-jalan boleh balik rumah lewat-lewat. :)

Thursday, September 13, 2012

Happy Birthday Mr Soulmate :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

10092012 - Hari ni umur suami menganjak lagi satu angka. Tak kisahlah tentang umur tu, nombor je kan. Yang penting masih orang yang sama yang saya kenal 3 tahun yang lalu. Cewah.

Buat pertama kalinya menge"wish" happy birthday face to face. Sebelum-sebelum ni tak pernah berpeluang. Almaklumlah PJJ lah katakan.

Ralat sedikit sebab saya bukan merupakan seorang yang pandai memberikan kejutan. Kalau orang lain tu ada je idea diorang nak surprisekan partner diorang kan? Saya pula bukan jenis yang macam tu. Tiada apa-apa sambutan sempena meraikan hari ulangtahun suami. Cuma berpuas hati apabila dapat membelikan dua barang yang sangat-sangat diingini suami. HEHEHE. Barang tu simple, biasa dan tidak mahal. Maknanya disini dalam tahap masih mampu milik. Thanks suami sebab tidak demand tentang hadiah. Walaupun saya tahu suami tidak pernah harapkan apa-apa, tapi saya memang dah pasang niat nak belikan suami sesuatu sebab saya tidak pernah buat macam tu sebelum ini.

Sehelai T-Shirt Joker & Tomica Honda Civic Type R (kereta mainan).

Inilah dua barang yang diberikan buat suami. Sebelum kami kahwin lagi suami dah cari T-shirt ni. Setiap kali turun ke KL, mesti kami akan cari T-shirt ni. Malangnya, mesti tak ada. Kalau ada pun, mesti tak cantik dan tidak menepati citarasa suami. Suami simple tapi agak cerewet sikit kalau memilih pakaian. Setiap inci diteleknya. HEHEHE. Mungkin dah rezeki hari jadi, Ahad lepas ada baju yang suami nak. Kebetulan tengah buat offer. Maka gembiralah hati ahkak kan nak membeli. Ngeh3...

Sehari selepas tarikh rasmi hari jadi suami, saya ajak suami ke Mid Valley time lunch hour sebab nak beli barang untuk jamuan raya office. Dah selesai beli barang, ternampak kedai Toy R Us. Terus ajak suami masuk kedai tu. Time masuk je ke kedai tu sangat-sangat berharap yang kereta mainan Civic FD ada. Dah banyak gila mall yang kami pergi tapi semua takde. Masa di Jusco Mid Valley, tinggal 1 je display. Salesperson tu kata tak jual yang display tu. HUHU...sampai ke Melaka ok kami cari. Mungkin rezeki hari jadi sekali lagi, jumpa gak kereta mainan Civic tapi bukan Civic FD tapi Civic FN. Itupun dah seronok kemain suami. Apa lagi, beli je lah satu. 

Harap abg suka semua pemberian ni. Nak beli yang mahal-mahal syg tak mampu.HUHUHU. 
Semoga abg sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t., mendapat keberkatan hidup dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Syg doakan abg dimurahkan rezeki dan sentiasa beroleh kejyaan didunia dan diakhirat. Terima kasih kerana menjaga kebajikan sayang dan sentiasa menjadi teman dikala susah dan senang. I love u.


P/S: Pada tarikh yang sama kami dapat anak saudara baru. 


Wednesday, September 5, 2012

Dah nak masuk 6 bulan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar, sudah hampir 6 bulan usia perkahwinan kami (090312-090912). Rasa macam baru semalam je kami diijab qabulkan. Juga rasa macam baru semalam je emosi saya sedikit terganggu ketika dimasjid. Terganggu sebab suami saya lewat tiba. HEHEHE. Ikutkan perancangan, kami akan bernikah jam 3:00 pm. Namun atas sebab-sebab tertentu, jam 4:30 pm baru selesai upacara pernikahan. Syukur Ya Rabb

Mengimbau detik pernikahan tersebut, baru saya sedar yang saya tidak menangis langsung saat saya sah menjadi isteri kepada lelaki yang berjaya mendapat tempat dihati saya. Dan saya rasa mungkin saya je kot wanita yang tidak menangis semasa bernikah. Sebelum bernikah saya memang bajet mesti saya akan menangis, sebak dan sedih semua sebab saya memang jenis cepat menangis tapi hakikatnya semasa kejadian langsung tidak ada setitik air mata ok. Dahsyat tak? Pelik!

Ramai kenalan saya yang terkejut menerima undangan ke majlis perkahwinan kami. Katanya tidak sangka dalam diam-diam saya dah nak tamatkan zaman bujang. Gaya saya pula sebelum ni memang tidak nampak macam orang yang tengah bercinta. HAHAH...Memang surprise habislah kununnye...

Sepanjang tempoh 6 bulan ni memang banyak perubahan yang berlaku keatas diri saya. Perubahan yang ketara adalah keatas tubuh badan. Oh, kalau badan "sihat" kerana berbadan dua saya gembira sangat tapi ini "badan sihat" kerana banyak lemak-lemak tepu yang terkumpul. Suami kata, baguslah badan berisi itu menunjukkan yang dia beri cukup makan pada saya. Tenkiu my darling asben kerana menjaga kebajikan saya. Ahakz.

Perubahan lain lebih kepada tanggungjawab. Makna kata bila kita dah berkahwin kaki kita akan selangkah ke  alam yang lebih "dewasa dan mematangkan". Eceh. Ha lor. Dulu sebelum kahwin apa-apa hal berkaitan kehidupan ni keluarga yang akan uruskan. Sekarang, apa-apa sahaja perkara perlu berbincang dengan suami. Dapatkan pendapat dan kata putus bersama. Memang kekok pada mulanya, tapi lama-kelamaan sudah biasa.

2 bulan selepas berkahwin, suami teruskan perjuangan dilaut biru. Membelah lautan demi mencari rezeki buat kami sekeluarga. Memang ketika itu perasaan sangat-sangat sedih. Yela, baru kahwin dah kena "berjauhan". Tapi bila difikirkan balik, saya masih beruntung jika hendak dibandingkan dengan teman lain. Ada yang lagi dahsyat baru 2 minggu kahwin suami dah kena kerja. :(

Ada kawan-kawan yang tanya macam mana kehidupan selepas kahwin. Best ke? Ok ke? Bagi saya semuanya baik-baik sahaja. Masa ni lah untuk kita lebih mengenali pasangan kita tu. Kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka. Masa ni lah kita boleh berbual dan bercakap dari hati ke hati. :)

Sekarang, suami masih bercuti. Setiap masa yang ada digunakan dengan sebaiknya. Setiap hujung minggu memang ada sahaja aktiviti luar pintu yang dilakukan. Kadang-kadang penat tapi inilah kenangan & bekalan yang kami kena simpan dan kenang bila berjauhan semula nanti.

P/S: Semoga ikatan suci ini berkekalan sehingga ke syurga dan semoga impian kita akan tercapai. Allah dengar doa setiap hamba-hambaNYA.


Tuesday, September 4, 2012

Projek Raya Kedua

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Entri lepas, saya ada beritahu tentang plan kegiatan hari raya kamikan? Ha, kali ni saya cerita tentang aktiviti tersebut ye.

Petang hari raya pertama tu suami mengusulkan cadangan untuk bersiar-siar bersama keluarga. Pelbagai cadangan telah diusulkan masa tu. Setelah mengambil kira tentang kos, kebaikan dan keburukan kami sepakat untuk pergi ke Tanah Tinggi Cameron pada hari raya kedua.

Hari Raya Ke-2:
MIL gigih menyiapkan juadah dan pelbagai hidangan. Nasi putih, sambal udang, "daging sedap", ikan/ikan masin goreng, telur dadar dan kicap sebotol. Berserta air teh O. Semua ni kami angkut ke Cameron. Dalam pukul 8:00am bertolak dari TI. Berhenti kat mana entah untuk breakfast. Selesai breakfast teruskan perjalanan ke destinasi. Sekejap-sekejap tanya suami, "abg, dah start ke jalan bengkang-bengkok ni?"...HUHUHU. Mencabar ok. Saya rasa macam nak termuntah je time tu. Mujurlah, berjaya mengawal diri. :)

Kami sangka time raya-raya ni tidak ramailah umat manusia yang turun ke Cameron, sekali...mak aih, ramainya orang. Banyaknya kereta. Sesaknya jalan. Dari Tanah Rata nak ke Brinchang hampir 2 jam ok. FUHH! Pastu hasrat hati nak ke MARDI, tapi sayang seribu kali sayang MARDI tutup time tu sebab cuti umum. Maka, kami pun menjejakkanlah kaki ke taman permainan berhampiran. Sebab budak-budak semua dah super excited bila nampak taman yang ada jagung, kobis dan segala macam sayur-sayuran tu. :)

Pastu pergilah kat tempat strawberry. Tak ingatlah nama tempat tu. Yang pasti nak sampai ke tempat tu memang mencabar. Dekat tepi kawasan construction. Membukit. Dah duk kat situ ngan selambapapa je kami turunkan segala-mala makanan yang MIL masak tu. Tapi dah minta permission dululah dari orang kedai tu nak tumpang duduk & makan kat situ. KUI3...sambil tu Yeop belilah dua cup ice cream, buat syarat yang kami duduk bukan free-free je..HAHA.

Plan asal nak balik hari je tapi memandangkan kepenatan dan tak sanggup nak menghadap jammed, check in la kat budget hotel. Boleh rehat-rehat. Petangnya, menggagahkan diri ke mana entah, tapi banyak jual cactus kat situ. Tak ingat nama kedai sebab kebanyakannya jual benda yang sama. Pastu cari jagung, cari ubi keledek, beli tomato ceri, beli strawberry, beli serbuk teh dan dah tentu-tentulah beli fridge magnet. Pergi sana-pergi sini sampai saya tak ingat nama tempat yang kami pergi. Sebab asek-asek berhenti, jalan-jalan, belek-belek benda yang menarik. Sampai tak larat rasanya.

Oh, saya juga beli sehelai T-Shirt kat pasar malam sebab baju saya kena kencing Yani...Phewww~ Terpaksa ok. Dua hari berjalan di Cameron memang seronok dan meletihkan. HAHAHA...seronok sebab jarang dapat berkumpul ramai-ramai dan keluar sesama kan. Time-time macam ni lah dapat gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Saya tempek gambar je lah ye. Tak larat pulak nak menaip. Ihiks~





P/S: Malaslah nak letak caption kat gambar. HEHE..masa otw balik sempat gak singgah beli petai orang asli. Petai pun dah selamat~

Monday, September 3, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat. Walaupun hari ni dah masuk 16 Syawal dan baru saya terhegeh-hegeh nak wish...tapi apadehal yer dak? Bulan Syawal lagilah katakan... :)

Saya cuba rangkumkan semua cerita syawal dalam entri ni.

01 - Hari raya kali ni saya perlu ambil cuti 2 hari (Khamis dan Jumaat) tapi hakikatnya saya dapat bercuti selama 9 hari setengah...hahaha..faham tak? Tak perlu explainlah ye. Yang pasti ramai pekerja-pekerja TM dapat cuti yang sama macam saya.

02 - Tahun pertama berpuasa dan beraya sebagai seorang isteri. Juga kali pertama dan tahun pertama beraya diluar KL. HUHU. Dua hari sebelum raya dah bertolak ke kampung suami. Saya minta suami sembahyang Jumaat di surau office saya, habis je sembahyang terus shoot ke TI. Suamilah yang paling menggelejat dan berkobar-kobarkan...sebab hampir 4 bulan tidak bertemu bonda terchenta. :)

03 - Bayangkan dalam 1 jam 1/2 kami dah sampai exit Sungkai. Betapa ghairahnya suami ingin bertemu keluarga. Alhamdulillah jalan pun tak jammed lagi time tu. Sampai je kat rumah MIL, semua adik-beradik suami, ipar duai dan cucu-cucu kesayangan MIL dah berkumpul. Memang meriah uols....walaupun suami saya cuma 3 beradik. Akak ipar saya yang dalam pantang turut turun padang menganyam ketupat. Kelass gitu..

04 - Mengambil kesempatan ke bazar ramadhan bersama adik-beradik dan anak-anak sedara yang ramai itu. MIL kat umah prepare hidangan (tak senonoh betul perangai menantu..kui3)...tapi MIL saya sempoi dan jenis tak kisah. Ailapyu mami. (Pangg...amboi gediknye bermami-mami..ahakz). Bila malam menjelma...amboi kemain meriah dengan dentuman mercun dan asap-asap bunga api. Suami saya pun turut serta ok.

05 - Malam raya, MIL ready untuk rebus ketupat pulut. Tradisi keluarga suami ialah makan ketupat pulut. Saya pula jenis makan ketupat nasi @ nasi impit. Almaklumlah kena pantang pulut, kalau tak semput karang. Mujurlah ada gak nasi impit. Yeay. Rendang dan kuah kacang pun ada. "Daging sedap" time kenduri kawen saya dulu tu pon ada. SIL siap order lagi 2 bekas...sedapppp~

06 - Pagi raya, jamah makan sikit lepas tu beramai-ramai ke masjid untuk sembahyang raya. Selesai sembahyang, sesi bermaaf-maafan. Kalau belah keluarga saya sebelum-sebelum ni mesti akan ada air mata yang mengalir. Tapi kali ni takdelah pula. Cuma sebak je lah di pagi raya tu especially lepas minta mahap ngan suami. Ampunkan dosaku suamiku :) Juga menangis bercucuran air mata lepas call keluarga di KL :(

07 - Raya pertama hanya melepak dirumah. Tak larat nak kemana-mana. Suami kelesuan akibat penangan pulut. Anak-anak sedara cergas kerumah jiran tetangga untuk beraya sambil menyelam minum air...HAHA~

08 - Petang tu plan dengan adik-beradek untuk aktiviti hari raya....apakah dia? Tunggu....~

Masing-masing menunggu giliran untuk dapat bunga api dari Pak Cik

Kemeriahan asap bunga api, kemain masing-masing.

Anak-anak yeop menempel. Bayangkan anak 4 orang, raya dengan anak-anak, suami dilaut...T__T

Kami bersama emak

Kami bersama opah

Kami suami isteri. Manyaknye duit raya kat poket :P
Raya pertama dan pagi raya je kami berpakaian sedondon macam ni. Masuk tengahari saya dah salin baju. Panas, rimas dan tak selesa nak buat kerja pakai cantek-cantek. HEHE..

Friday, August 17, 2012

Syawal Semakin Hampir

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni merupakan hari terakhir berkerja sebelum cuti raya. Yeay. Hanya beberapa kerat manusia je yang ada kat opis hari ni. Semua dah balik ke kampung masing-masing. Nak berayalah katakan. Saya datang ke opis ni pun sekadar cukup syarat je rasanya. Bukan ada kerja pun. :)

Tahun ni merupakan tahun pertama saya beraya sebagai seorang isteri. Saya punya suami sekarang. Rasa lain sangat-sangat. Tahun ni juga merupakan kali pertama saya tidak beraya di KL. HUHUHU. Giliran suamilah katakan. Takpelah, lagipun dah 2 tahun suami tidak dapat beraya bersama keluarga. Bagilah peluang pada suami pula. :)

Saya tak tahu macam mana flow sambutan hari raya di kampung suami. Sebab dah lama sangat-sangat saya tidak merasai nikmat beraya di kampung. Harap-harap semuanya baik-baik sahajalah. Meriah sudah tentulah sebab semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu mak mertua saya berkumpul sekali. Mesti kecoh punya.

Apa yang saya lihat, suami bukan main seronok. Suami sangat-sangat teruja nak balik kampung ok. Tak sabar-sabar nak pulang ke kampung. Maklumlah dah 4 bulan tak jumpa ibu tersayang. :) Sampai tak boleh tidur lagi. HEHE...suami suami...

P/S: Balik dari kampung...jumpa family kat KL pula...yeay...rindu Afifah~


Tuesday, August 14, 2012

Hadiah Hari Raya :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah hampir sebulan selepas kejadian itu, semalam sekali lagi saya menduduki ujian tersebut. Alhamdulillah, kali ni kejayaan berpihak kepada saya. Syukur dan seronok bukan main lagi saya masa tu. Tak sabar nak berkongsi berita baik dengan suami dan keluarga. :) Jadi double seronok bila impian suami juga tercapai semalam. Alhamdulillah..

Mengambil iktibar dari kejadian sebelum ni, semalam saya mengambil sikap lebih tenang. Saya kawal perasaan dan emosi saya supaya tidak terlalu yakin dan gugup. Alhamdulillah, saya dapat atasi rasa kegugupan itu. Saya banyak setkan difikiran saya yang saya kena lulus. Sebab dalam beberapa minggu lagi suami akan mula berkerja. Juga beberapa minggu lagi saya akan mulakan pengajian. Saya juga taknak laburkan duit lagi untuk ini. Cukuplah kena ulang buat kali kedua. Saya kena fokuskan pada kehidupan saya sekarang.

Keseronokan saya turut mengundang keadaan tidak sihat kepada tubuh badan saya. HUHU...saya demam. Mungkin sebab semalam terlalu panas dan saya terlalu letih. Suami kebah, saya pula yang demam. HUHU..

P/S: Berbuka karang pasti suami eksyen dengan minuman berais....huh! (sebab masa suami demam saya buat macam tu...kui3)

Thursday, August 9, 2012

Memang Pendek Je Entri Ni

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kengkawan saya semua turun berat badan sepanjang Ramadhan ni. Dari 75kg ke 73kg. Dari 78kg ke 75kg. Saya ni entah kenapa macam tak turun-turun pun. Tapi bagus gak, makan banyak ke makan sikit ke berat tetap sama...Yeay!

Wednesday, August 8, 2012

Iftar Pertama Diluar Kawasan Rumah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hamboi tajuk macam tak agak-agak je. Semalam (18 Ramadhan 1433H), merupakan kali pertama saya dan suami berbuka puasa diluar. Sebelum ni kami lebih selesa berbuka dirumah je. Selesa pun selesa, senang pun senang dan jimat pun jimat. HAHAHA..

Acara berbuka puasa diluar terjadi apabila pengapit suami saya dulu a.k.a Amer (Tam) mengajak kami berbuka bersama diluar. Maka kami pun setuju je lah. Kebetulan lokasi yang dicadangkan Amer ialah Restoran Wong Solo yang hanya beberapa jengkal je dari rumah kami. Maka, berkepaklah kami nak pergikan..HAHAHA...kalau jauh sangat rasa kemalasan sikit nak gi. :)

Walaupun Wong Solo tu sangat dekat dengan rumah kami tapi itu merupakan kali pertama kami suami isteri makan kat situ. HUHUHU... Saya order set Ayam Penyet. Suami dan Amer order set Pecel Lele.

Masa nak berbuka tu boleh pula suami tanya Amer, "Pecel" tu apa sebenarnya? Amer dengan selambayaya cakap..."pecel tu terung (terung berlada) tu la...ikutkan pecal, tapi pecal guna sambal kacang...disebabkan ni bukan sambal kacang dia jadilah pecel". KAHKAHKAH...nampak nau menipunya...

Saya sangat berpuas hati dengan makanan kat Wong Solo tu. Sesiapa yang sukakan masakan yang pedas, boleh cuba-cuba bawak diri anda ke situ dan nikmati hidangan Indonesia tu. Sedap...dan harga pun berpatutan dan mampu milik lagi...eh eh eh...

P/S: Amer, semoga cepat-cepat kawen :)

Entri Pra Raya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang ni, pergi je lah kat mana-mana gedung pakaian, pusat membeli-belah dan tapak perniagaan mesti akan berkumandang lagu-lagu raya. Raya dah nak dekatlah katakan. Sana-sini ada lagu raya kedengaran.

Entah kenapa sekarang ni kalau dengar lagu raya mesti rasa sedih. Tak tahu apa yang disedihkan. Sampai suami cakap, "aik, abg balik cuti raya pun sedih?"...HUHUHU...Saya sendiri tak faham kenapa saya akan rasa sedih kalau dengar lagu raya eh?

Mungkin sebab first time beraya sebagai isteri.
Mungkin first time beraya jauh dari keluarga sendiri nanti.
Mungkin sebab saya rasa yang saya ni macam dah dewasa sangat...HAHA
Mungkin sebab ada kenyataan yang mengatakan makin meningkat usia seseorang makin sensitif jiwa dia.

Saya rasa statement yang terakhir tu betul kot. Yang pastinya, rasa tu bercampur-baur. Sekejap happy sekejap sedih. Pastu bila dah rasa macam tu, mulalah fikir melayang-layang ke tempat lain. Mulalah meramal & menjangkakan situasi-situasi yang akan datang...HUHUHU..

Dalam pada sedih-sedih tu, sempat juga membuat persediaan untuk Aidilfitri nanti. Baju suami dah settled. Baju saya pun dah settled. Pengalaman yang berharga dan bermakna betul bila kena menggalas tanggungjawab sebagai wanita berkahwin macam orang lain. Kena tolong suami pilihkan baju pastu discuss ok ke tak pilihan tu. Bila tak puas hati round lagi...gi cari sampai jumpa yang berkenan dihati dan dipoket. :D
Habis section baju-bajan, gi cari kelengkapan rumah pula. Kalau boleh memang kami nak fully utilised time yang ada tu untuk settledkan macam-macam benda. Gitulah perancangannya.Harap-harap Allah permudahkan jalan.

Tak semena-mena gak saya terus terfikir,
 "macam ni lah yang family saya buat dan usahakan setiap kali menjelangnya Aidilfitri". 

P/S: Tahun ni berpeluang berpuasa dan beraya bersama suami...tahun depan tak tahu lagi camne...HUHU~

Monday, August 6, 2012

Sekejap je masa berlalu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni dah masuk 17 Ramadhan. Lebih kurang dua minggu je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri. :) Juga dalam masa yang sama, sudah seminggu suami bercuti. Yeay! Memang seronok kalau suami ada. Banyak je program yang dilakukan. Aktiviti melihat dunia pun makin kerap. HAHA...Kalau nak harapkan saya sorang memang tidaklah. Malas ok nak keluar sorang-sorang. Tak suka.

Memang banyak cabaran sebelum suami off ni.

Pertama, suami dijadualkan bercuti awal tapi atas sebab insiden kapal meletup di Labuan, cuti terus delay. Ok. Yang ni boleh terima dan sangat faham. Bencana alam. Tak boleh buat apa. Yang penting semua selamat.

Kedua, jadual penerbangan yang dijangkakan pukul 12:30 pm berubah kepada 5:20pm. Rupanya communication breakdown berlaku antara office-agent-suami. HUHU...

Ketiga, rumah tiada elektrik. Dari 5:00pm sampai pukul 3:00am tiada elektrik. Memang panas gila malam tu. Buka semua tingkap kasi angin masuk. Pasang lilin sampai terjadinya minor accident.

Rutin harian kembali kepada asal. Pergi kerja berhantar. Balik kerja berambil. Memang best. Tugas memasak juga sudah bermula kembali - sampaikan tak tahu nak masak apa (sebab suami tak banyak makan sepanjang bulan puasa ni). Hujung minggu keluar mengukur jalan. Alhamdulillah, seminggu ni banyak juga perkara-perkara yang dapat disettlekan. :)

Tuesday, July 31, 2012

Coming Home

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Memang berita gembira yang saya terima pada 10 Ramadhan semalam. Cinta hati saya sudah pulang ke rumah mini kami. :)

Pada mulanya memang dijangka pulang awal daripada semalam, tapi memandangkan tragedi letupan kapal MT Bunga Alpinia menyebabkan beberapa operasi tergendala. Ketika kejadian malang itu berlaku saya memang dah agak yang suami akan sign off lewat daripada tarikh asal. Time tu saya ok je. Boleh terima dengan hati terbuka kelewatan kepulangan suami sebab apa yang lagi penting time tu ialah keselamatan beliau dan krew-krew lain. :)

Tapi...tapi..tapi...pada pagi ahad mula instinct saya rasa lain. Saya rasa yang dia akan pulang. Tapi takdelah saya nak berharap sangat. Nanti kalau terlalu berharap dan ianya tidak menjadi kenyataan saya pula yang frust. Mana tidaknya SMS saya tidak berjawab. Malah, dia pun tidak menghubungi saya. Waktu tengahari dia menghubungi saya dan memberitahu yang dia masih diatas kapal.

Semalam entah macam mana dia bagitau dia balik. Mulanya saya tak percaya sebab mustahil dia tak beritahu saya. Sekali saya call dan dengar announcement kat Labuan Airport. Sah! Memang suami saya mahu pulang. Serious tidak percaya ok. Haish, nak surprisekan saya rupanya. Tapi sayang tidak menjadi. HAHA..

Buat pertama kali dalam sejarah kehidupan saya; berpisah sementara ketika suami bertugas dan menyambut kepulangan suami dari bertugas. Memang tak tergambar bagaimana perasaan tu. Yang pasti sedih dan gembira tu bercampur-baur. Penantian hampir 3 bulan terbayar apabila dapat bertemu semula dengan suami. Memang girang betul hati ni dan yang tak leh blahnya, rasa kekok dan speechless tetiba ok. HAHAHA..nyampah tau.

Alhamdulillah, saya berjaya jaga diri sebaik mungkin sepanjang ketiadaan suami. Dan ketika itu juga sering ada insan-insan yang selalu membantu ketika saya berhadapan dengan permasalahan. Syukur padamu Ya Rabb. Semoga untuk next sailing, saya masih mampu mengekalkan kecemerlangan yang sama. KIHKIHKIH.

P/S: Yeay berpuasa dan beraya bersama suami... :)

Friday, July 20, 2012

Entri Pendek

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lelaki memang nampak awesome kalau dia tahu bab-bab agama dan sekaligus mengamalkannya.

P/S: lahir dari lubuk hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selamat Datang Ramadhan Kareem

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam tadi dah diumumkan pun tarikh bermulanya Ramadhan. Confirm, esok (21/7/2012) seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Syukur Ya Rabb...kita masih punya kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa di bulan yang penuh mulia ini.

Sumber dari: SINI
Bercerita tentang puasa, seingat saya saya mula berpuasa ketika berumur 6 tahun kalau tak silap. Ketika tu tak berapa faham sangat apa maksud puasa yang sebenarnya melainkan hanya tahu tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Juga yang lagi tahu bila habis bulan puasa akan tiba hari raya. HAHAHA...budak-budaklah katakan.

Bila dah menginjak dewasa, makin tahu akan pengertian sebenar puasa. Apa yang boleh dibuat apa yang tidak boleh. Apa keistimewaanya dan macam-macam lagi. Berpuasa bersama keluarga tersayang merupakan moment yang paling indah dan bahagia. Yelah, masa tu lah semua ahli keluarga akan berbincang nak masak apa. Semua berkerjasama menyediakan hidangan berbuka. Melihat gelagat anak-anak saudara berpuasa, memang seronok. Sesimple manapun masakan tu, asalkan dijamu bersama semua ahli keluarga dah cukup membuatkannya "wow".

Buat pertama kali dalam hidup, tahun ini merupakan kali pertama saya berpuasa sebagai seorang isteri. Sebagai wanita yang sudah berumahtangga. Adalah rasa lain sikit "feel" tu. Gembira ada sedih pun ada. Untuk minggu pertama dan kedua Ramadhan kali ini, kemungkinan saya tidak dapat berpuasa bersama-sama dengan suami. Suami masih terikat dengan tuntutan tugas. Apapun saya berharap sangat suami akan pulang dalam bulan puasa juga. Dapatlkah kami berpuasa bersama-sama. Tak sabar rasanya. 

Kepada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Marilah kita meningkatkan tahap keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah s.w.t. Ayuh, kita rebut peluang untuk melipat gandakan amalan. 

P/S: InsyaAllah, esok balik Ampang. :) Rindu anak-anak buah (Aqil-Arshad-Afifah)~

Thursday, July 19, 2012

Mungkin Sebab Awak Orang Yang Terpilih....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Itu kata-kata yang diberikan oleh seorang teman dipejabat buat saya. Terima kasih kak. :)
Sesungguhnya, bukan pujian yang saya perlukan dari orang sekeliling. Yang saya perlu adalah semangat dan doa semua untuk saya. Saya tahu kehidupan saya lain dari kebanyakan wanita berumah tangga yang lain.

Saya tidak pernah menyesal dengan kehidupan saya. Lagi pun saya yang pilih dan yakin yang saya mampu menjalani kehidupan yang begini. Syukur Alhamdulillah, sudah 4 bulan lebih saya menjalani kehidupan sebagai isteri, sebagai wanita yang punya suami dan keluarga sendiri.

Kadang-kadang, ramai yang macam "wow" dengan keupayaan saya. Namun dalam pada itu ada juga yang cuba menguji tahap "ketahanan" saya. Dijolok dengan kata-kata yang zahirnya nampak "bersahaja dan seolah-olah tiada apa-apa makna". Tetapi disebaliknya penuh dengan makna tersirat.

Kadang-kadang tu ada yang cuba membuat perbandingan diri mereka dengan saya. "Kalau saya mesti tak boleh nak jadi macam awak.." Mana boleh nak dibandingkan macam tu. Sebab watak dan jiwa awak berbeza dengan saya. Takkan sama sekali akan jadi macam saya.

Ada juga yang kata, mujur dari awal saya dah biasa merasa "ditinggalkan", kalau tak mesti lagi payah. Erm, yang itu memang betul pun. Cuba bayangkan suami anda 24/7 ada depan mata lepas tu tiba-tiba kena posting ke tempat lain yang jauh dari wilayah tempat duduk anda...mesti susah nak sesuaikan diri dengan keadaan macam tu. Tak payah postingla, cukuplah sekadar suami anda pergi berkerja diluar pejabat untuk 3 hari 2 malam pun dah boleh "hilang punca" rasanya. :)

Jodoh dan rezeki masing-masing Allah yang tentukan. Bersyukurlah. Setiap apa yang berlaku semuanya punya hikmah tersendiri. Tidak ada perkara yang berlaku tanpa sebab.

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Al-Mubarak...Pesta Beribadah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Umum mengetahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi Syaaban akan melabuhkan tirainya. Sinar Ramadhan akan menampakkan cahayanya. Seluruh umat Islam akan berpuasa pada bulan itu. :)

Boleh dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan "pesta beribadah". Mana tidaknya, bulan ini merupakan bulan bertuah - bulan rahmat, bulan mujahadah, bulan maghfirah, bulan Al-Quran dan bulan lailatulqadar.

Masa inilah kita kena berebut-rebut melakukan ibadah. Sebab kita sendiri tidak tahu untuk masa mendatang adakah kita berkesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan. Untuk mendapat pahala sebenarnya senang sahaja kalau kita sentiasa ringankan diri untuk mengerjakannya. Kalau kita betul-betul faham akan manfaat bulan ini, mesti kita akan bersyukur dan bertuah sangat kerana berkesempatan menyambut Ramadhan.

Seluruh anggota yang ada pada tubuh badan kita punyai peranan dan perlu dijaga. Jaga tangan supaya tidak mengambil hak orang lain sebaliknya perbanyakkanlah bersedekah. Jaga lidah supaya tidak menuturkan perkara yang bukan-bukan sebaliknya perbanyakkanlah zikir dan membaca Al-Quran. Jaga telinga dari mendengar perkara yang sia-sia.

Bukan saya nak tunjuk alim, sebaliknya sebagai perkongsian untuk diri sendiri juga. Sekurang-kurangnya saya pernah kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Semoga amalan kita diberkati dan diterima Allah.

P/S: Ada juga yang beranggapan Bulan Ramadhan sebagai Pesta Makanan...

Monday, July 16, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah...saya masih berpeluang merasai nikmat Allah.
Alhamdulillah...saya masih berpeluang perbaiki diri. Tambah apa yang kurang. Buang apa yang tidak perlu.
Alhamdulillah...saya ditemukan dengan pasangan hidup yang terlalu baik, menjaga kebajikan saya dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. 

Tiada kata yang dapat diungkap melainkan ucapan Alhamdulillah. Walaupun kadang-kadang saya rasa "patah kaki" tanpa suami disisi, namun semangat suami yang ada dalam diri saya buatkan saya kuat nak menjalani kehidupan seharian. Kata-kata nasihat suami sentiasa menjadi hiburan telinga dan hati saya. Sungguh! Saya rindukan suami saya. Mujur tidak lama lagi genap 3 bulan suami di perairan. Boleh diandaikan bila-bila masa suami akan dapat notification dari office tentang jadual bercuti. :)

Thursday, July 12, 2012

Masam-manis Bulan July

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah beberapa hari menyepikan diri dari berblog, hari ni mengambil kesempatan yang ada untuk membuat entri barang sepatah, dua patah dan berpatah-patah ayat. Ahha~

Bila Allah cepat makbulkan Doamu
Maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan Doamu
Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan Doamu
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun.

Lepas baca mutiara kata ni, rasa lega dan tenang sikit hati ni. Tiga hari lepas rasa lemah dan down betul diri ni. Bukannya apa, impian yang diharapkan menjadi kenyataan tidak menjadi. Betullah, mungkin saya tidak pandai mengawal ketakutan dan debaran diri sendiri pada waktu itu sampai membuatkan saya peroleh keputusan begitu. Seriously, masa saya nak sign form tu tangan saya menggigil. Gila berdebar. HUH! Takpelah, saya jadikan itu pengalaman dan pengajaran buat saya. Insyaallah lepas ni saya boleh dapat apa yang saya impikan tu. Semoga lepas ni saya lebih tenang.

Sehari selepas kekecewaan itu, resah hati ini sedikit terubat apabila impian saya yang kedua hampir menjadi kenyataan. Saya cuma perlu bersiap-sedia dari segi mental, fizikal dan rohani bagi membolehkan impian kedua saya ni berjalan dengan lancar. Saya tahu untuk melakukan impian kedua ni ketika sudah berstatus isteri orang bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun, masih terdapat perbezaan jika impian itu dilakukan ketika masih bujang kerana status sekarang lagi banyak tanggungjawab yang saya pikul. Walaubagaimanapun, saya anggap ini cabaran buat saya. Moga segala apa yang akan saya lakukan dipermudahkan.

Saya memang perlu atau kena capai kedua-dua impian itu. Pertamanya, memudahkan saya melakukan apa-apa urusan dan apa-apa kecemasan lebih-lebih lagi apabila suami berkerja. Keduanya, saya perlu upgrade diri.

P/S: Suami balik baru impian pertama tercapai kot.


Wednesday, July 4, 2012

Double A Tersingkir


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Menjadi kebiasaan setiap malam Sabtu - Selasa, jam 9:00 malam pasti dah terpacak depan TV semata-mata nak melayan Masterchef Celebrity. HEHEHE. Seronok tengok artis-artis ni memasak. Kalau saya ter"miss" rancangan ni sekalipun, mesti saya akan tonton ulangannya.

Setelah beberapa minggu, malam tadi double A a.k.a Azwan Ali tersingkir. Pergh....memang dah dapat rasa dia yang akan tersingkir pada malam tu. Terus saya dapat rasakan yang Masterchef Celebrity mesti tak meriah tanpa double A selepas ni. :(

Saya akui, pada awal rancangan ni saya memang tak boleh blah dengan double A. Mulut bising kemain. Dengan bulu memerang dia, kipas, shawl yang melingkar kat leher. Memang rimas metoi. Tapi...lama-kelamaan, rasa macam seronok pula tengok gelagat dia dalam rancangan tu. Setiap kali mesti ada je ayat-ayat atau perkataan-perkatan yang keluar dari mulut dia yang saya rasa macam kelakar dan geli hati. HAHAHA. Tu belum lagi nama masakan. Nama bukan main vogue gitu. HAHAHA.

Nasi Goreng Cendawan Ala Tom 
Salmonrong Mahawangsa
Juadah Gagah Dimuara
::antara nama masakan double A:: HIKHIKHIK

Chef yang Budiman
Berdebarrrr
Bomoh Mak Esah
Gentel Karipap
::antara perkataan yang pernah keluar dari mulut double A:: HAHAHA

Perkara yang bagusnya tentang double A ni ialah dia tak bersikap memandai-mandai. Kalau dia tak tahu tentang sesuatu masakan tu dia sudi bertanya dan belajar. Even kena belajar dengan orang yang lebih muda dari dia. Lagi satu, dia juga tip top bab-bab kebersihan ni. Sebab tu Dato' Dr. Fazley bagi gelaran ketua kebersihan kat dia. HEHEHE.

Masterchef pun dah nak sampai ke penghujungnya. Double A pun dah takde. Mesti suram je rancangan tu nanti. Tapi tapi tapi nasib ada rancangan baru kat Astro nanti....Roda Igauan. Ngaaa......


Monday, July 2, 2012

Sama Cantik, Sama Padan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, 


Pada satu hari ketika tengahari ghembang.., boleh pula saya mengSMS suami dengan SMS berbunyi: 


Saya: Irma Hasmie tu da kwen. Dia cantek. Asben dia pon kacak. Memang sama padan. 


Suami: Tawu...yang cantek kena kawen dengan yang kacak je 


Saya: Takdelah macam tu. Pastu tengok balik kesah diorang kenal tu macam suwit je. Jumpe kat Makkah. Pastu boleh kekal sampai mendirikan rumah tangga. Pastu pakaian irma tu pun sopan je... 


Suami: Yela, kan dia dah berubah, takkanlah nak pakai seksi-seksi lagi..hope perubahan dia tu kekallah.
~Amin~ 


Dah habis SMS tu, boleh pula menyembang di telefon pada waktu petangnya. Masih lagi Irma Hasmie dan suami di jadikan topik perbualan. Opkoslah saya yang memulakan topik tu kan. Kemain lagi saya bercerita pasal kecantikan dan ketampanan pasangan pengantin tu. Tidak semena-mena suami berkata, "tak baik seorang isteri tu bercerita tentang ketampanan suami/lelaki lain dihadapan suaminya sendiri." Tak pasey-pasey terus saya zip mulut. P/S: Lebih baik kita banggakan suami sendiri daripada nak membanggakan orang lain. :)

Hai Julai

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah....hingga ke saat ini saya masih diberi peluang untuk merasai nikmat Allah. Juga, syukur kerana sehingga ke saat ini saya masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Sudah dua hari di bulan Julai. Harap Julai baik-baik sahaja dengan saya. :)

Pejam celik, pejam celik hampir dua bulan suami berada di bumi Labuan. Kalau nak diikutkan lebih kurang 33 hari je lagi suami akan bercuti. Perasaan saya sudah tentu-tentulah seronok tak terkata bukan? HEHEHE...walaupun office belum beri apa-apa notification tentang cuti suami, namun saya tetap dan selalu berharap agar suami dapat bercuti pada masa yang dijangkakan. 

Saya juga sudah mula melalui pelbagai fasa dalam kehidupan berumah tangga amnya dan sebagai isteri pelaut khasnya. Saya sudah mula rasa apa yang teman-teman seangkatan dengan saya rasa sebelum ni. Pernah suatu hari, ketika saya melawat teman yang bersalin saya diajukan soalan tentang suami saya. Juga ayat yang selalu saya dengar ialah, "kenapa tak ikut je suami?"...Alahai, macam mana saya nak terangkan eh? Saya cuma cakap, "Takpelah cik, nanti lepas 3 bulan suami saya balik juga. Lagipun saya kerja kat sini." Sambil cakap sambil senyum. Insyaallah orang akan faham.

Saya juga sedar yang makin hari saya makin ok. Saya makin biasa dengan kehidupan sebegini. Kadang-kadang rindu datang menerjah. Rindu pada suami dah tentu. Rindu pada keluarga apatah lagi kan? Erm...kadang-kadang bosan juga beraja dalam diri. Bosan tiada peneman. Tapi, saya pandang kebosanan itu dari sudut yang positif. Mungkin Allah bagi saya rasa bosan ni sementara je. Mana tahu lepas ni saya tak bosan lagi. Mana tahu lepas ni saya tak sempat nak rasa bosan pun. Ehem ehem.

P/S: Suami, cepatlah pulang....kangen dong~


Wednesday, June 27, 2012

Berapa M/S

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru-baru ni saya mula terjebak balik dengan pembacaan novel-novel melayu. Isi masa lapanglah kononnya kan? Ahha~

Setiap hari suami akan call saya tanya perkembangan semasa. Boleh pula mulut saya umpama bertih jagung bercerita tentang novel yang saya baca tu mempunyai 860 mukasurat dan saya hampir menamatkan pembacaan novel itu. Tidak semena-mena terus suami saya bertanya...."Quran yang atas almari tu ada berapa muka surat eh sayang?" disusuli dengan gelak mengejek beliau. Owh, sindir saya rupenye...ciss...

Saya tidak marah pun. Sekurang-kurangnya suami saya masih cuba menjalankan tanggungjawab membimbing saya kejalan yang diredhai walaupun beliau jauh dari penglihatan namun selalu dekat disanubari. Cewah~

P/S: Saya selalu ingat pesanan tu.

Friday, June 22, 2012

Kalau boleh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Penat dan tertekan sebenarnya.
Memikirkan perkara-perkara duniawi.
Nak tak nak kena fikir dan laluinya dengan tabah.
Kadangkala rasa diri dipermainkan dan dikomsumsi kesempatan

Saya berharap agar saya dipanjangkan nyawa, diberi kesihatan tubuh badan yang baik dan masih punya pekerjaan juga pendapatan
Saya tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan
Kalau boleh biarlah saya sempat melaksanakan apa yang saya ingin laksanakan


Thursday, June 21, 2012

Soalan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu ketiga bulan June hampir sampai ke penghujungnya. Ini bermakna lebih kurang seminggu sahaja lagi June akan menutup tirai. Kemalasan terhadap blog makin menjadi-jadi. Tiada idea dan tiada cerita untuk dikongsi. Kalau ada pun mesti tidak rajin untuk meringankan sendi-sendi jari menaip setiap butir perkataan. Ahakz.

Sekarang kalau saya kemana-mana (lebih-lebih sekitar kawasan pejabat), pasti ramai yang bertanya "husband dah gi kerja ke?". Bila dah dijawab pertanyaan tu, pasti ada soalan susulan selepas itu. "Bila husband balik?". Bila diberi jawapan sekali lagi...akan keluar pula kenyataan atau soalan yang sudah dijangka. Selalunya saya tenang dan bersahaja menjawab pertanyaan setiap orang yang bertanya.


Rindu? Mestilah rindu. Saya manusia biasa je kot tapi saya banyak sematkan dalam hati yang suami saya pergi mencari rezeki. Dah tertulis yang bentuk rezeki suami saya sebegitu, jadi kena terima. Habis tugasan suami akan pulang ke rumah.


Tak susah ke semua perkara kena uruskan sendiri? Yang ini bergantung kepada cara diri sendiri mengendalikan sesuatu urusan. Alhamdulillah, setakat ni saya boleh dan masih boleh menguruskannya sendiri.Untuk masa mendatang, saya tak pasti macam mana, tapi saya sangat-sangat berharap masa mendatang nanti segala urusan saya akan berjalan dengan lancar dan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan akan dipermudahkan, Insyaallah. Erm, bohonglah kalau sepanjang ketiadaan suami saya tidak berhadapan dengan situasi sukar. Ketika berhadapan dengan situasi macam ni lah yang akan membuatkan saya makin sabar, tabah dan kental.


Tak boring dan tak sunyi ke? Mestilah sunyi dan sedikit boring. Saya percaya kesunyian ni bersifat sementara je. Kalau ditakdirkan saya dan suami dimurahkan rezeki mempunyai zuriat sendiri, saya yakin dan pasti yang saya tidak sunyi lebih-lebih lagi ketika suami tiada disisi. Lagipun saya isi masa saya dengan pelbagai aktiviti, jadi saya akan sibuk dan tidak rasa sunyi. :)

Terbaca status rakan di Facebook berkenaan merawat kesedihan. Caranya adalah dengan menarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya secara perlahan-lahan. Kalau mahu menangis, menangislah semahunya. Kemudian bina balik semangat dalam diri. Memang betul tips ini. Saya juga pernah lakukannya. Tapi janganlah hari-hari nak nanges. HEHEHE...

P/S: Menjadi isteri pelaut akan menjadikan anda seorang yang tabah hati dan lebih berdikari.

Monday, June 11, 2012

Day 39: Sudah June..hoyeay~

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

May dah melabuhkan tirai. June dah menjengahkan "wajahnya". Cewah..Yeay sudah June tapi husband bukan balik bulan ni pun. Tak perlu nak ber-yeay yeay sangat ye Puan Erni. Ahha~

Saya seronok bulan baru dah kunjung tiba. Maknanya lebih kurang 50 hari dari sekarang suami akan pulang ke teratak mini kami. Walaupun masih awal namun saya tetap berharap suami akan balik sekitar awal bulan 8 nanti. Nak juga balik bulan 8 ni. Ngade betul.

Kebelakangan ni sering saje bermimpi pelik. Pelik yang betul-betul pelik dan boleh sampai tahap extreme pun ada. HAHA. Time tengah mimpi rasa macam takut gila. Bila dah sedar rasa cam kelakar pun ada. Saya terlalu positif dengan mimpi-mimpi ni. Saya cuma anggap itu mainan tido saya kalau ada maksud tersirat disebalik mimpi-mimpi yang saya dapat tu, wallahualam....saya tak tahulah. Harap-harap tiada apa yang tidak elok berlaku. Bila cerita pasal mimpi dekat suami, suami pun seakan terkejut dengan mimpi yang saya dapat. Suami selalu pesan kalau terjaga dari mimpi buruk ludah ke sebelah kiri. Tapi saya tak pernah ludah. HUHUHU...

Pe lagi eh....setakat ni dululah. Cerita-cerita lain later saya update.



Thursday, May 31, 2012

Spontan Khamis #19

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

SEDANG DIPROSES....berdebar-debar, harap dengar berita gembira

Day 28: Minggu Silap

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu ini merupakan minggu yang tidak seronok bagi saya. Tidak seronok untuk datang berkerja. Saya seorang yang sangat sangat mengejar kesempurnaan dalam tugas. Namun, apabila terdapat sedikit kesilapan (sekurang-kurangnya) saya rasa bersalah sangat pada diri sendiri dan pada orang lain (lebih-lebih lagi). Selalu berkata pada diri sendiri, "kenapalah aku tak buat macam sekian sekian sekian?"...tapi terlajak perbuatan bukan boleh diulang balik pun.

Ada satu situasi dimana superior saya berpesan jangan "take for granted". Oh! Saya rasa itu memang silap saya masa tu. Saya tidak teliti, cuai dan tidak berhati-hati. Tidak pasal-pasal saya telah mengguris hati superior saya. Tetiba rasa - susahnya nak jaga manusia. HUHU.

Ada satu situasi seorang superior from other division ragu-ragu dengan cara saya membuat penilaian prestasi. Saya sangat yakin cara yang saya buat tu betul sebab masa saya buat itu En. HH ada monitor dan guide kerja saya. Superior tu tidak percaya, oh pedulikan. Saya malas nak layan.

Mungkin saya sudah lama berada di post yang sama. Mungkin sebab itu saya seperti kurang efisyen dan kurang produktif. Terkadang pernah terfikir untuk membuat job rotation, membuat pekerjaan yang lebih mencabar dari sekarang. Tidak menjaga manusia tetapi sebaliknya terikat dengan tugas-tugas operasi dalaman yang lain. Tapi pekerjaan sekarang sangat sesuai untuk membolehkan saya menumpukan perhatian terhadap "impian" saya yang satu lagi tu.

Saya rasa macam ni mungkin sebab saya rasa minggu ni minggu yang tidak seronok kot. HUHUHU~

Wednesday, May 30, 2012

Habis Baca Buku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selesai sudah saya baca buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". Buku ni tidak setebal novel melayu biasa. Nipis je. Secara ringkas, banyak manfaat dan panduan yang saya pelajari daripada buku hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ni. Ketika membaca helaian pertama mata saya sudah terpaku dengan hasil garapan penulis. Menyelak helaian seterusnya, hati saya sudah tertaut. Makin saya baca makin saya "jatuh cinta" dengan penceritaan penulis. Susah untuk saya lahirkan dengan kata-kata tentang buku ini kecuali satu perkataan iaitu "BEST". Cinta yang dimaksudkan penulis tidak terarah kepada cinta sesama manusia sahaja tetapi lebih menjurus kepada cinta kepada Sang Pencipta. Banyak perkara-perkara/ilmu-ilmu baik yang ada dalam buku ini, antaranya doa-doa, sikap positif pasangan, sikap menghargai pasangan, sikap berdikari dan sebagainya.

Saya orang yang sangat baru dengan alam rumah tangga sentiasa inginkan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Dengan membaca buku ini, banyak ilmu berguna yang diperolehi untuk dijadikan panduan diri sendiri.  Setidak-tidaknya saya boleh perbaiki kekurangan diri, demi menambahkan lagi warna-warni kehidupan rumah tangga saya.

Saya beritahu suami yang saya nak jadi macam Qaniah (watak dalam buku ni) sebab saya sangat kagum dan terharu dengan sikap Qaniah dan suaminya. Suami cakap, "sayang tak perlu nak jadi macam orang lain, baik sayang jadi diri sendiri. Yang penting sayang perbaiki diri, itu lagi baik".
Oh, sayang suami saya sangat-sangat.

Saya sarankan buku ini dibaca oleh bakal-bakal pengantin dan pengantin baru. Tiada unsur-unsur terlarang dalam buku ni.

P/S: Nak cari buku lain pula lah.

Monday, May 28, 2012

Bantuan Kemanusiaan: Tabung Ahmad Sufi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI 

Ahmad Sufi 6.4.2012
Assalamualaikum... Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi... Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru-paru yang kritikal.

Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dari AUD 3000 (RM9000) SEHARI. UNTUK MAKLUMAN, AHMAD SUFI TELAH DIRAWAT DI SANA MULAI DARI 13 MAC SEHINGGA 26 APRIL.

Dan selepas itu, Ahmad Sufi telah ditransfer semula ke Canberra Hospital sehingga kini. Kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada antara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN 
14133-41-00000395-4
JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI (Ibu Saudara Ahmad Sufi)

MAYBANK 
152107010378
JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

CIMB 
14100000462201
MAYA SYUHADA BINTI SUHAIMI (Ibu saudara Ahmad Sufi)

Name : ROMI AGUS SHUMADI ROMI SUHAIMI (Ayah Ahmad Sufi)
Bank : St George Bank
Branch : 112 908
Account No. : 411178305


Mohon sebarkan dan sama-sama kita membantu meringankan beban mereka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...