Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni dah masuk 17 Ramadhan. Lebih kurang dua minggu je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri. :) Juga dalam masa yang sama, sudah seminggu suami bercuti. Yeay! Memang seronok kalau suami ada. Banyak je program yang dilakukan. Aktiviti melihat dunia pun makin kerap. HAHA...Kalau nak harapkan saya sorang memang tidaklah. Malas ok nak keluar sorang-sorang. Tak suka.
Memang banyak cabaran sebelum suami off ni.
Pertama, suami dijadualkan bercuti awal tapi atas sebab insiden kapal meletup di Labuan, cuti terus delay. Ok. Yang ni boleh terima dan sangat faham. Bencana alam. Tak boleh buat apa. Yang penting semua selamat.
Kedua, jadual penerbangan yang dijangkakan pukul 12:30 pm berubah kepada 5:20pm. Rupanya communication breakdown berlaku antara office-agent-suami. HUHU...
Ketiga, rumah tiada elektrik. Dari 5:00pm sampai pukul 3:00am tiada elektrik. Memang panas gila malam tu. Buka semua tingkap kasi angin masuk. Pasang lilin sampai terjadinya minor accident.
Rutin harian kembali kepada asal. Pergi kerja berhantar. Balik kerja berambil. Memang best. Tugas memasak juga sudah bermula kembali - sampaikan tak tahu nak masak apa (sebab suami tak banyak makan sepanjang bulan puasa ni). Hujung minggu keluar mengukur jalan. Alhamdulillah, seminggu ni banyak juga perkara-perkara yang dapat disettlekan. :)
3 comments:
suami keje offshore ekkkkk.
seronoklah dia suami dah balik. terubat kerinduan kan.. :) raya sama ke ainul..?
hafizuin:
lebih kuranglah.
Kak,
Ye raya sama.
Post a Comment