Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan dia bercuti. Cuti dia masih bersisa beberapa jam je lagi. Duration cuti dah sampai ke penghujungnya. Esok dia dah takde kat sini dah. Pergi menjalankan tanggungjawab dia sebagai anak kepada ibu & keluarga, pergi sebagai seorang pekerja kepada majikan, pergi sebagai seorang manusia yang berpegang pada tanggungjawab. Hati ini agak keberatan dan perasaan ini seolah-olah ingin menghalang dia dari pergi. Tapi apakan daya, saya tidak boleh untuk menghalang dia. Dah berkali-kali dia nasihatkan saya dan memberitahu saya tentang tugas dia tapi kenapa ye bila sampai waktu kemuncak macam ni mesti rasa tak keruan je hati ni. Mungkin ini yang dinamakan emosi & perasaan. Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hari-hari mendatang ini. Apa pun harapan saya terhadap dia supaya dia sentiasa selamat dan sentiasa sejahtera dibawah lindunganNya. Dikurniakan dengan kesihatan yang baik sepanjang bertugas disana. Mujur saya sempat bertemu dia tempoh hari. Sekurang-kurangnya takdela rasa ralat sangat. Saya sedar penantian kali ini betul-betul akan menguji saya tapi takpela, jika dijanjikan kegembiraan dipenghujungnya saya redha.
Tuesday, April 27, 2010
Bumiku
Minggu lepas, 22nd April 2010TM telah menyarankan agar semua kakitangan seluruh Malaysia mengenakan pakaian berwarna hijau pada hari tersebut. Ini adalah untuk menjayakan dan sebagai tanda sokongan kepada kempen Bumiku. Saya sangat excited tak hengat kerana akan menyarungkan pakaian berwarna hijau secara berjemaah...Erkk.., bukan sepasang pakaian berwarna hijau dipakai beramai-ramai tetapi semua orang berpakaian warna hijau. Yeay, seronok sebab hijau warna kegemaran saya. Rasa nyaman je bile semua berpakaian hijau ketika itu... :)


Farah tak ready lagi...cam tgh ukur tanah lak..huhuhu
Eceh, memacam style..Nad yg takley blah..muncung siott
Walaupun division saya kalah saya tak kisah sebab saya dan rakan-rakan lain ingin memeriahkan je. Hehehe..Kak Ely pun dah hantar gambo kami kat majalah Remaja....Yeay.. Untung-untung editor call suh jadi model. auw!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
