Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tak perlulah introduction ye. Saya masuk isi-isi penting je. Berbalik pada tajuk diatas, saya perlukan beberapa benda baru. Antaranya:
1. Battery Nokia E71.
Saya sangat-sangat perlu mencari bateri baru untuk handphone saya. Dah dekat sebulan saya biarkan handphone saya tidak bernyawa. Mujur ada handphone zaman dedolu yang Angah saya simpankan. Tapi charger pulak menjadi masalah. HUHUHU...bilalah saya mahu pergi cari. Tak sempatlah nak mencari. Beliau dah tolong cari, tapi mahal. Tak perlulah bayar mahal-mahal untuk bateri tapi kalau bermahal-mahal untuk HTC okey gak. Tettttt.....
2. Sandal / Selipar / Flat Shoes
Saya perlukan sandal kerana kadang-kadang saya menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat. Apa kena mengena?? Ada kena mengena. Untuk memudahkan pergerakan saya dikala pengangkutan awam sesak dengan manusia. Kalau pakai high heel macam tak praktikal bukan? Saya juga perlu selipar memandangkan dirumah saya tiada selipar (selalu saya kongsi je selipar-selipar abang saya) dan di pejabat pula selipar yang saya gunakan untuk ke tandas dah terbelah bahagian tapaknya..Juga semakin menipis. Sadiskan?? Flat shoes pun perlu juga bagi memudahkan pergerakan saya ke tingkat-tingkat lain untuk urusan penghantaran dokumen segala bagai. Sekarang saya berminat semula memakai kasut yang tertutup dan flat. High heel minatlah juga.
3. Wangi-wangian
(Saya harap kamu baca...Ngeeee). Sukatan perfume saya di dalam botol tak sampai sejengkal pun. Pagi tadi saya ukur adalah lebih kurang dalam 3cm ketinggian cecair tersebut. HUKHUKHUK...guna pun berjimat cermat sekarang ni. Alangkah best kalau dapat berbelanja mewah mendapatkan 5 botol perfume sekaligus. HARHARHAR...jangan tamak.
Pada ketika entri ini ditaip, ini saja perkara-perkara kritikal yang saya perlukan. Tapi buat masa sekarang ni, saya ulangi...SEKARANG saya sangat perlu pergi ke tandas sekrang...argh, tak tahan dah.
Papai.


Santai Bersama Ben Ashaari





