Pages

Monday, March 7, 2011

Ini rezeki kamu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Jumaat lepas saya menerima satu perkhabaran gembira dari seorang teman. Teman saya yang boleh dikatakan akrab juga semenjak dari bangku sekolah. Berlainan jantina tapi agak serasi. Jarang berjimba-jimba bersama tapi sering bercerita tentang perkembangan diri bila punya waktu.

Alhamdulillah, teman saya yang satu ini akan diserapkan ke jawatan tetap di tempat cari rezeki kami ni , TM. Ikhlas, saya sangat gembira dengar perkhabaran beliau yang satu tu. Saya tahu dia happy dengan kerja sekarang. Walaupun kadang-kadang ada benda yang diprotes tapi dia tetap setia. Saya nampak kesungguhan dia dalam melakukan kerja. Kadang-kadang dia berkerja selama 24/7. Semoga teman saya ini sentiasa maju kehadapan, sentiasa beroleh kejayaan diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan kecerdikan akal yang tinggi. Semoga maju jaya dan semoga bertambah-tambah rajin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ye. Juga semoga dapat menunaikan impianmu untuk ber hi-tea bersama daku di SR dekat LG1 ofisku ini ek. Tahniah Faez!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...