Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Nak apdet ke taknak, nak apdet ke taknak ek? Bekira-kira sama ada mahu mengemaskini blog atau tidak. Setelah membuat timbang tara, diri ini terdorong untuk membuat kemaskini, eceh. Nak bercerita tentang Lanchang Kuning Berlayar Malam (saje ciplak tajuk entry Kak Masy). Eh bukan-bukan, tetapi nak bercerita sikit tentang kelancangan kata-kata a.k.a keterlanjuran dalam mengeluarkan perkataan.
Ya, iyalah kita dalam negara demokrasi yang mempunyai hak untuk bersuara. Tetapi perlu difikirkan dan diingatkan juga tentang sensitiviti pihak lain. Usah sedap sahaja mengeluarkan ayat-ayat yang difikirkan biasa-biasa dan tiada membawa apa-apa makna padahal kata-kata itu boleh mengguris perasaan pihak lain. Erm, tidak perlulah hendak dijadikan bahan senda untuk sesuatu yang serius itu. Cukuplah cerita pasal lancang lancang bau bau bacang ni.
No comments:
Post a Comment