Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Work load dah berkurang. Amik kesempatan berblog-walking dan juga melawat blog-blog WAGS yang lain. Entah macam mana terjumpa satu blog ni (bukan blog WAGS). Ada entri pasal "Taknak Sambung Belajar, Nak Kahwin" yang penulis publish pada blog beliau. Agak tak percaya dan terkejut pun ada sebenarnya bila mana penulis menaip kembali apa yang di "communicate"kan antara beliau dan tukang peluah perasaan. HEHEHE...saya bukanlah terkejut sebab penulis menaip cume terkejut dengan point-point budak tu, yang menyatakan sebab musabab kenapa dia nak kahwin..
.......antara point-point budak tersebut:
- nak kahwin sebab taknak kerja. kerja penat
- dengan diploma, kerja apa je boleh buat?
- dia cinta boyfriend dia dan boyfriend dia cinta dan sayangkan dia
- dia akan tunggu boyfriend dia habis belajar dalam masa dua tahun lagi
- boyfriend dia pandai mesti dapat kerja
Owh cukuplah...ada lagi point-point lain tapi saya rasa ni antara point-point yang betul-betul saya ingat dan "terpaut" tadi. Penulis sudah memberi nasihat dan pendapat namun budak ni insist nak kahwin juga. Saya punya pendapat saya sendiri. Macam tak logik je menjadikan penat sebagai alasan untuk tidak berkerja. Habis buat apa belajarkan? Walaupun hanya lepasan diploma, rezeki Allah tu pasti ada. Kena percaya yang satu itu. Mungkin ganjaran yang diterima dengan menggunakan kelulusan diploma tidaklah semewah mana tapi bersyukurlah kerana masih ada rezeki yang Allah kurniakan. Memang benar, cinta itu mengasyikkan, cinta itu menyeronokkan dan cinta itu membahagiakan tapi AWAS kadang-kadang kerana cinta juga membahayakan, menyakitkan dan boleh buat diri kita terumbang-ambing. Kasih dan sayang memang kunci utama dalam mencapai kebahagiaan tetapi cukupkah hanya dengan cinta, dengan sayang? Kalau saya kata duit juga penting dalam zaman sekarang ni, saya pasti ada yang setuju. Janganlah menganggap "cinta materialistik" pula, cuma semuanya kena seiring dalam zaman sekarang ni. Lebih-lebih lagi bila nak melangkah ke alam rumah tangga. Semuanya pelu seiring, kasih sayang, cinta, ekonomi yang stabil (biar tak mewah mana asalkan mencukupi). Bayangkan menanti sang kekasih dalam tempoh masa yang agak lama. Sang kekasih makin lama makin maju ke hadapan sedangkan diri sendiri tiada apa-apa waima pekerjaan pun. Macam-macam kebarangkalian dan kemungkinan akan terjadi. Sedangkan alam boleh berubah inikan pula hati manusia. Kepandaian memang anugerah yang Allah kurniakan. Syukur untuk kurniaan yang satu itu. Namun, bila dilihat balik masih ramai siswazah yang menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Macam mana nak mengisi tekak untuk dua orang kalau seorang je yang berkerja? HUHUHU...saya tak tahulah nak kata apa. Bagi saya, selagi belum ada apa-apa jaminan saya tetap akan berkerja walau sekecil dan sebesar mana pun pendapatan saya, saya bersyukur sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa kejadian yang berlaku saya masih punya pendapatan saya sendiri.
Takpelah, mungkin budak tu ada sebab-sebab lainnya sendiri. Bagi saya tak salah percayakan cinta tapi biarlah ada persediaan, taknak belajar takpe tapi seeloknya biarlah berkerja. Fikirkan impaknya kepada diri sendiri dikemudian hari. Kalau bahagia diawal dan dihujungnya, syukur. Selebihnya, terpulanglah.
Saya menulis entri ni bukanlah untuk mengkondem ke ape, cuma sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar tidak terlalu hanyut dengan cinta. Kadang-kadang satu masa saya leka dan lupa. Saya nak ketemu bahagia dipenghujungnya.
p/s: Ehem...ehem...Awak kerja saya kerja jadi bolehkah kita kahwin?? Ngeeee.....
No comments:
Post a Comment