Pages

Tuesday, March 1, 2011

Off to Port Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

[Ini entry tertangguh. Tiada kesempatan untuk kemaskini blog]
Sekarang saya ada di Sri Intan Resort, Port Dickson. Mengikuti ISO Workshop - preparation for SIRIM Surveillance Audit akan datang. Memang sejak minggu lepas dan beberapa minggu kebelakangan ni saya dan kakitangan sangat sibuk untuk workshop ni. Nak memastikan semua documentation in order.
Alhamdulillah setakat sekarang ni semua program berjalan lancar. Pagi tadi bertolak dari ofis ke sini dengan menumpang kereta Kak Wan. Rasa macam dah lama je tak keluar daerah (mak aih...stetmen takleh blah). Sekala-sekala keluar dari suasana ofis seronok juga. Seperti yang dirancang, sebaik semua kakitangan sampai diresort terus kami memulakan sesi workshop kami tu. Setelah 2-3 jam berada dalam dewan tu mata ni (saya tahu mata-mata orang lain jugak begitu) mulalah melilau kearah pantai PD tu. Terasa macam pantai tu memanggil-manggil je.

After dismiss je session petang tu, maka kami bercadang jalan-jalan amik angin kat pantai PD tu. Tak buat apa pun, cuma jalan-jalan je. Tengok orang naik banana boat. Tengok ada kapel mandi-manda kat laut tu. Tengok sorang bapak yang beruasaha nak tinbus anak dia ngan pasir. Tengok budak kecik baru balik sekolah lari-lari kat tepi pantai. Tengok laut yang tenang ....dan saya tertengok ada sebuah kapal. Owh, kapal. 

Hari pertama di PD ~ambil angin dulu smbil berjalan-jalan digigi-gigi air. Eceh!

Fiza, Farah, Bai dan Kak Sue

Kak Sue orang yang rajin bertanya tentang harga untuk naik banana boat. Bersungguh betul Kak Sue & Kak Sue memang sporting. HEHEHE...Teringat semasa berjalan kat tepi pantai tu Kak Sue cakap "berpahala kalau kita tengok laut yang terbentang luas ni". Saya agak pelik dan bertanya, "betul ke Kak Sue?". Kak Sue kata, iyer...memang kita akan dapat pahala sebab kita melihat ciptaan Allah. Sayu saya dengar Kak Sue cakap macam tu. Boleh pulak saya kata lagi,"habis Kak Sue kalau kita ni berkerja kat tengah laut camne, pahala lipat ganda tak?" Kak Sue malas layan saya...(miahahaha)....Tapi memang siriyes waktu saya nampak kapal tu saya rasa sayu sangat. Mujur dah bulan 3. Boleh kira hari dah. Yippie.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...