Pages

Tuesday, November 23, 2010

Bila semua dah kembali normal

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Akhirnya profile picture berjaya di upload dalam profile Kronologi Kehidupan ni. Setelah lebih kurang seminggu lebih blog ini tidak dihiasi dengan wajah pentulis...HAHA..saya tak tahu mana silapnya sampaikan profile picture yang saya letak dalam blog ini tetiba hilang. Bila upload semula keluar error message. Try upload picture lain pulak, still sama. Kecewa kejap. 


Bila buka blog-blog kengkawan alam maya yang lain... tak dapat nak view gambar-gambar yang mereka tempek. Sampaikan lewat petang semalam, sudah boleh tengok gambar-gambar yang ditempek itu. Seronok rasanya. Mana taknya, asek dapat baca je tapi tak dapat nak tengok gambar...rasa macam teh tanpa gula....miahahaha (padahal blog sendiri pun jaraaaaaangggg sangat nak letak gambar)...Erm, bila saya dah bersedia untuk membuat entri bergambar, saya akan buat. Cuma tunggu seru dulu. Ngeh3...

Monday, November 22, 2010

Aksi Aqil dan Arshad.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Internet dirumah macam bermasalah...rasa nak update blog memuncak namun tak berdaya update apabila internet tak boleh access. Kecewa sekejap. Pinjam wifi jiran tetangga masih hadapi masalah yang sama. Kecewa lagi. Hari Sabtu berhabisan masa dirumah. Membuat house chores yang tak seberapa itu. Semalam, dari tengahari sampai ke malam menghabiskan masa di Wangsa Maju Setiawangsa. Saya tidak shopping. Saya menyaksikan Kejohanan Taekwando anjuran Speed Power Taekwando. Kedua-dua anak saudara saya iaitu Aqil dan Arshad menyertai pertandingan tersebut. Aqil menyertai pertandingan favorite dia iaitu "Poomse - Taegeuk 8". Manakala Arshad menyertai Sparring. Kami semua berdebaran semasa acara Aqil hampir tiba. Mana tidaknya pesaing terdekat Aqil ada dalam group yang sama semasa mempersembahkan Taegeuk 8 dihadapan para juri. Dalam hati berdoa agar nasib Aqil baiklah kali ini. Jangan ada silap. Syukur, Aqil buat Taegeuk dengan kemas, sharp dan cantik sekali. Sungguh berdebaran tahu ketika itu. Saya siap videokan persembahan Aqil. Video tersebut saya akan upload kemudian.

Syukur, rezeki Aqil semalam. Aqil dapat emas dalam acara Poomse. Aqil berjaya tewaskan pesaing terdekatnya. Nampak wajah Aqil puas. Nampak dia gembira. Saya tumpang gembira. 

Acara Arshad bermula sedikit lewat kerana memberi laluan kepada acara Poomse terlebih dahulu. Berdebaran kali kedua mula menerjah kedalam diri kami semua. Khuatir dengan Arshad. Along tak putus motivate Arshad. Bila Arshad dah siap sedia dengan pakaian lengkap untuk Sparring, dia mula atur langkah ke court pertandingan. Menjerit-jerit kami memberi kata-kata semangat buat Arshad. Ternyata Arshad memang berani, kental dan semangat juang sangat tinggi. Arshad tak takut dengan lawannya. Dia berani. Dia serang lawannya sampaikan untuk pusingan pertama lawannya terduduk. HEHEHE...namun tersilap langkah dan teknik, Arshad tidak diumumkan sebagai pemenang. Hanya mendapat gangsa untuk acara tersebut. Namun, kami percaya Arshad boleh buat lebih bagus dari semalam jika tekniknya diperkemaskan. Lagipun itu baru titik permulaan buat Arshad. Video sparring Arshad juga akan di upload kemudian.

Next tournament ialah "Jaguh" pada 4th & 5th December 2010 @ Stadium Badminton Cheras. Semua acara Sparring, tiada Poomse. Harap kedua-dua anak saudara saya cemerlang semasa tournament tu nanti, Insyaallah.

Blogger Templates


Friday, November 19, 2010

Bila saya geram saya suka....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dalam musim raya sekarang ni, ramai orang kat opis saya yang bercuti. Semalam pun 13/42 orang je dari division saya yang ada kat opis nih. Yang lain semuanya sambung cuti. Biasalahkan dah alang-alang. Saya tidak cuti sebab cuti saya tak banyak. Jadi saya gunakan kesempatan yang ada ni untuk mengemaskini blog. Memasukkan entri yang tidak seberapa ni.


Berbalik pada title kat atas ni, baru saya perasan tabiat saya bila saya geram. Geram dengan apa? Apa-apa je. Maksudnya bila berada dalam keadaan geramlah. Yang saya perasan, bila saya geram dan dalam masa yang sama saya tengah iron baju, memang saya akan pegang iron tu kuat-kuat...saya tekan iron tu atas kain kuat-kuat....dan iron dengan sepenuh tenaga. Dengan kata lainnya ialah menggosok baju dengan tekanan yang kuat. Seolah-olah saya membayangkan saya tengah menggosok orang atau perkara yang buatkan saya jadi geram itu. HAHAHA....tapi ada baiknya bukan, tak semena-mena baju yang saya iron tu hilang kedutnya...line pun jadi tajam sampai jari boleh luka. HEHEHE...


Tabiat lainnya pula ialah, saya akan lebih diam dan ketap bibir. Tak pun saya takkan tengok muka orang atau perkara yang buatkan saya geram tu. Saya jenis susah nak meluahkan. Kalau saya jenis yang biasa mencarut, dah tentu-tentu saya carutkan je...Kui3...Tapi saya tidak begitu.  Jadi saya rasa itu (diam)  kaedah terbaik yang saya boleh lakukan. Tapi awas, jika geram saya tak tertanggung memang saya akan zahirkan kegeraman saya tu. Sebab manusia memang punya had kesabarannya. Jika selalu dipermainkan kesabaran, dijolok perasaannya, diagah perasaannya tidak mustahil kesabaran itu akan musnah. Abang saya pernah berkata pada saya yang saya ini seorang yang kuat sabarnya tapi potensi saya untuk meletup juga agak tinggi bila mana ada mana-mana pihak yang sering mencabar kesabaran saya. 


Ketika saya tulis entri ni saya tidak geram dengan sape-sape. Saya tulis pun secara rambang je. Jadi jangan kecik ati pada sesiapa yang membaca. Cuma terlintas dalam fikiran untuk bercerita pasal ini. 





Blogger Templates

Blogger Templates

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha kali ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Entri ini agak kelewatan sedikit. Entri berkenaan Aidiladha. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluarga dan rakan-rakan semua ye. (sungguh formal je bunyi ucapan nih)

Semalam, 17th November 2010 ~ 11 Zulhijjah 1431 Hijrah : Semua umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha. Tidak terkecuali juga saya dan keluarga.  Saya cuma nak mencatatkan tentang flow persiapan Aidiladha tu je ye. Erm..

  1. 15th November - Along & Kak Anis membeli ayam dan bahan-bahan untuk masak. Malam itu Angah, Tie dan saya bergabung meletop membersihkan ayam-ayam tersebut. Banyak tahu. Tapi seb bek Angah jenis cepat wat keje. Jadi mulehla kurangkan masa nak membersihkan tu. Kalau harapkan saya, pasti lama...HUHUHU. Tido pun lewat sikit..
  2. 16th November - Balik kerja, terus cargas masuk dapur. Goreng kacang, wat kerisik, blend itu blend ini, goreng ayam, wat rendang.... dekat kul 12.00am baru rendang siap masak. Letih memang toksah katalah kan. Tapi sebelum tido tu, saya dan Tie sempat lagi membedal rendang bersama ketupat. Pastu terus je saya tido. Boleh tak macam tu? 
  3. 17th November - terlewat sket bangun. Kul 6:34am baru sedo dari lena. Dah buat apa-apa yang patut. Terus ke dapur. Kak Anis tengah siapkan bahan-bahan untuk nasi beriyani & ayam masak merah. Along pula tengah buat sambal kacang. Tie tengah gigih iron baju budak dua orang itu. Rayalah katakan. HEHEHE...saya pakai baju raya?? Ish, tidak langsung...cume pakai baju basahan. Tak kuasa nak berbaju raya. Sementara Along dan Kak Anis memasak tu, saya buatlah apa-apa yang patut. Buat air. Basuh pinggan semua tu. 
Usai makan, Angah pun dah pergi kerja, saya pun dah mandi...time saya berehat-rehat depan TV. Syoknya dapat baring-baring depan TV. Berangan jap macam orang kaya. Ahaks! Bila perut dah kenyang & bile dah baring tu haruslah mengantokkan? Tido dalam soploh minit. Bangun tido, cuci-cuci muke terus makan. Dahsyatkan gaya pemakanan saya masa raya.

Malam hari, menonton dua movie sekaligus. Megamind & Harry Potter. Masa tengok Megamind mata sangat terang okey. Tapi....masa tengok Harry Potter, mata saya sangat berat. Mengantuk gila. Habis pukul 12.00tgh malam. Saya sampai rumah dalam pukul 12:20 tgh malam. Lepas tu aci tak saya makan nasi dengan ayam pada waktu-waktu macam tu? Lepas tu saya terus tido. Haish, risaunye saya. 

Hari ni, saya banyakkan minum air masak. Nak neutralkan balik menda-menda dalam tubuh badan saya. HEHEHE...






Blogger Templates


Blogger Templates

Sunday, November 14, 2010

Bak Kata Pepatah: Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang tentukan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kadang-kadang kita kena percaya semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Ada nikmat yang akan diperoleh dikemudiannya. Apapun sebelum ini kita sudah merancang untuk satu perkara itu....saya tau perancangan itu sungguh rapi dan teliti. Memang sudah kena dengan waktunya. Namun tanpa diduga, perkara yang dirancang itu tidak dapat diteruskan. Ketidaksesuaian waktu menjadi faktor perkara itu dibatalkan. Maaf, bukan niat untuk tidak melaksanakannya...tapi sebagai manusia, kita kena percaya pada aturan kehidupan. Kadangkala apa yang kita ingin tidak semuanya tertunai seperti yang kita mahukan. Namun, kita masih punya kesempatan dan ruang lain untuk melaksanakan perkara itu...dengan izin-Nya. Mudah-mudahan, insyaallah.

Jangan Makan, nanti selera membuak-buak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Regarding title kat atas ni, saya cuma nak bagitau bagaimana stetmen kat atas ni memang benar-benar serasi a.k.a berkesan dengan diri saya. Ini siriyess....bila mana di opis saya cuma makan biskut cream cracker pada waktu pagi dan roti atau cream cracker lagi pada waktu tengahari berserta dengan air masak. Saya perasan bila saya mengamalkan gaya pemakanan begini selera makan saya tidak terlalu membuak-buak. Memang nampaklah perubahan kat pergelangan tangan saya (tulang kat pergelangan tangan mula timbul, kui3). Lagipun bila balik keje, saya makan nasi dekat rumah.

T.E.T.A.P.I

Sekali saya biasakan makan makanan yang agak berat (contoh: nasi goreng kampung, nasi lemak etc), mulalah selera saya membuak-buak balik. Mulalah asyik rasa lapar je. skejap-kejap lapar. Sekejap-kejap lapar. Sampaikan satu tahap tu saya rasa macam tak boleh berfikir sebab kelaparan. Saya menulis ni bukanlah sebab nak beritahu tips diet ke ape tapi cuma ingin convey info yang gaya begini memang serasi dengan saya. Zahirnya, saya merupakan seorang pencinta makanan. Untuk kawan-kawan sekeliling yang menyangka saya dalam program diet, maaf saya tidak berdiet. HEHEHE...

ps: Risau takut baju tak muat je nanti kalau terlebih makan

Thursday, November 11, 2010

Kisah Diari Aqil

Assalamualaikun dan Selamat Sejahtera,

Saja nak berkongsi cerita pasal title kat atas ni. Hari tu (hujung minggu), saya nak kemas-kemas rumah. Jadi, perkara pertama yang saya buat dah tentu-tentulah "seiri"- buang semua benda-benda yang tak berkaitan tu. Saya fokus kat meja kat ruang tamu tu dulu. Masyaallah...punyalah bersepah..macam bertahun-tahun tak kemas meja tu (aha, saya tipu..). Saya pun sort la satu-satu barang atas meja tu. Buku-buku anak-anak buah saya bersepah-sepah atas meja dah kalah budak U saya tengok tahap kesepahannya. Kui3....Saya amik satu-satu, susun. Yang mana tak berkenaan saya akan bagi je pada En. Tongsam. Sampailah satu buku tulis tu tertulis "Diary". Tulisan tangan anak saudara saya yang sulung tu, Aqil. Dalam hati saya: "Pergh, diary tajuk buku ni..."

Saya selaklah buku yang didakwa diary tu....sekali memang betullah diary. Catatan harian anak saudara saya itu. Saya bacalah diary dia tu. Comel ayat-ayat dia...ayat penutup yang rasa cam tak menahan tu...HEHEHE...haish, kecik-kecik dah pandai buat log peribadi sendiri. 
Mungkin dah besar nanti dan dah tahu apa itu IT yang sebenarnya mungkin anak saudara saya itu akan punyai BLOG peribadi sendiri...siapa tahukan?

Blogger Templates

Bila penulis tidak tahu nak update apa.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Terkadang..
Rasa cam malas nak update blog,
tapi bila fikir balik bukan dulu macam beriye nak ada blog sendiri?

Terkadang..
Rasa macam tak bestnya bila berhadapan dengan masalah, 
rasa macam nak pergi lari jauh-jauh, jauh dari masalah...tapi tentunya tidak boleh bukan?

Terkadang..
Rasa macam susahnya bila berada dalam situasi menjaga banyak hati.
Hati yang itu kena jaga yang ini pun sama juga. Hati sendiri sama mahu jaga?

Terkadang..
Rasa tak seronok jadi dewasa. Nak kembali balik zaman budak-budak. Boleh gelak-gelak happy sepanjang masa. Tak yah fikir pasal kerja dan pasal manusia.

Terkadang terkadang...
 :: grrrr....grrr.... :: phone vibrate.
Bibir dah menguntum senyum.
Ini bukan lagi terkadang...tapi TERSELALU senyum bila dapat khabar berita dari insan bernama dia.
Woww..!!


**terkadang rasa nak pang je penulis ni...huhuhu**




Blogger Templates




Blogger Templates

Wednesday, November 10, 2010

Uncle yang buatkan saya sentap seketika....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.,

Rasa macam tak sabar-sabar dah nak update blog hari ni. Pagi tadi saya agak sentap gakla ngan sorang uncle ni. HUHUHU..al-kisahnya, saya berborak dengan sorang akak ni bertanya tentang exam dia. Akak tu excitedlah bercerita pengalaman dia duk exam semalam. Saya pun macam seronoklah bukan mendengar celoteh akak tu. Tidak semena-mena uncle tersebut menyampuk:

"Eleh, asyik tanya orang je...dia tu sampai sekarang tak study-study. Suruh amik lesen entah kemana pastu sibuk nak tanya pasal orang"

Waktu tu saya dengar tak dengar jela. Buat-buat tak dengar. Saya tak menyahut pun dengan kata-kata uncle tu. Biarkan umpama angin lalu. Geram pun ada. Rasa nak menjawab je tadi tapi mujur saya tak cepat melatah. Iyelah, dia tak tahu apa-apa tentang saya sedap-sedap je nak keluarkan statement macam tu kan. Kalau dia ada kat tempat saya pada waktu sekarang ni pasti dia tahu mana yang patut didahulukan. Geram...geram...geram....Bila saya fikir-fikir balik, saya pandang dari sudut yang berbeza, betul juga cakap uncle tu. Dia nak tengok saya ni ada "sesuatu". Jadi senanglah in future nanti. 

Untuk uncle tersebut, jangan bimbang ye...Insyaallah ada rezeki dan panjang umur saya pasti saya dapat laksanakan perkara-perkara (study & lesen) itu yang sememangnya saya citakan itu. Cuma buat masa sekarang ni faktor persekitaran dan beberapa faktor lain menghalang saya buat tu semua tapi saya percaya suatu hari nanti mesti saya dapat.


Blogger Templates


Blogger Templates

Tuesday, November 9, 2010

Orang tengah @ Aunty-aunty keypo?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..,

HAHAHA....title nak hot je bunyiknye. Peristiwa ni terjadi semalam.., awal pagi seawal 9.00am phone saya bermunyik hokey. Tengok no yang appear kat skrin memang saya tahulah dari mana datangnya pemanggil tu.

* Tempat jatuh lagi dikenang, ni kan pulak no phone selalu gayut kat opis lama dulu...tettttt ~ tahu team fraud habis ai*

Saya ingat si S (bkn nama sebenar ni call sebab nak tanya pasal hal keje...rupanya bercakap lebih kearah peribadi...citt). Erm, saya dengar dan layankan jelah...takkan nak marah plak kan. Orang call kita. Ikutkan hati memang saya macam taknak cakap sangat dengan beliau ini sebab waktu mula-mula saya kenal beliau ini, beliau ini agaklah kekwat. HUH..HUH...tak leh blah. Adalah beberapa butir-butir ayat yang keluar daripada molot dia tu agak kurang sedap didengar di telinga saya. Tapi saya malas nak disclose kat sini. Selagi saya rasa saya boleh bidas kata-kata beliau, saya bidas...owh...senang-senang nak tindas ye...awas...jgn nanti diri sendiri tu nanti terkandas...Das das das...Rasa macam nak pergi tandas...Cett...(saya sudah lari topik!)

Berbalik pada peristiwa beliau menelefon saya pagi tersebut...
Rupa-rupanya beliau nak minta saya risik-risikkan seorang awek kat LOB saya tu. Nak tanya background awek tu sume. Huh! Ingat i takde kerja lain ke? Erm, maka saya pun suruhlah beliau cakap sendiri, call, email or apa-apa kaedah yang membolehkan beliau kenal dengan awek terbabit. Terus pulak beliau cerita tentang kecairan hatinya melihat muke awek yang suwit-suwit itu. Adoiyaii...saya jadi pelik jap.

Dah puas telefon, boleh plak email-email saya cerita pasal awek tu..Adoiyaii...dia minta saya tolong tapi saya kata saya tak rapat dengan awek tu. Saya cakap kat dia...usahalah pelahan-lahan...jangan terburu-buru meraih cinta. Perlu slow & steady tapi dalam pada slow & steady tu perlu usaha. Bimbang kecundang dimasa mendatang. 

Pagi tadi...dia email lagi update pasal awek tu. Saya cuma diam. Tidak memberi sebarang ekspresi. Saya tidak memberi sebarang respon sebab bagi saya itu antara beliau dan awek tersebut. Saya tidak perlu sibuk-sibuk. Saya memang kurang berminat sangat nak jadi orang tengah sume ni a.k.a berlagak seperti aunty-aunty. Itu bukan saya.

Apapun, saya harap dia ketemulah cinta sejati dia. InsyaAllah.



Blogger Templates


Blogger Templates

Thursday, November 4, 2010

Siapa nak amik Opet??

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

BERITA TERGEMPAR!! Memang betul-betul tergempar dan tak tercapai dek akal. Erm, pagi tadi lebih kurang jam 5.00am, seperti biasa kakak saya dah ada kat dapur dah. Siap sedia masak untuk sarapan anak-anak, bekal suami dan adik-adik juga menu makan malam. Banyak bukan? Itulah pengorbanan kakak saya. Seperti biasa...saya tokang buat air yang tidak bertauliah juga juri cuci pinggan (memang pantang saya kalau time masak sink penuh ngan pinggan mangkuk sume. Okey stop!).

Bukan nak cite pasal ni sebenarnya...tapi nak cite pasal "Ciptaan Tuhan (CT) yang lari dari rumah". Huh! Ketika kejadian, berikut ialah watak-watak yang ada dalam kejadian pagi tadi:


Kak Anis (kakak) - siap sedia nak masak
Arshad - anak buah saya yang awal gile bangun sebab nak baca buku kunun, citt poraaahh
Tie (ibu)- tengah iron baju
Saya (ucu)- siap sedia nak wat air


Nak dijadikan cite...tetiba kakak saya suruh si Arshad ni panggil Ibu, dia kata yang CT tak ada. Saya gi la tengok kat tempat yang CT selalu tinggal tu. Macam tak nampak sangat. Tapi CT yang kedua tu pun tak ada kat situ. Nampak tengah bergurau senda dengan CT yang ketiga.


"Owh, Tie kuarkan kot..., adelah tu men kat tepi-tepi tu" ~ saya monolog dalam ati.


Tak lama lepas tu..........


Tie kuar. Cari punya cari....memang sah CT tak ada. Tie kuar umah...cari tepi-tepi longkang kut-kut CT jatuh dalam longkang. Tinjau punya tinjau takde gak. Tie masuk balik. Buka gate belakang. Cari setiap celah...still takde. Tie mule panik. Mula haru biru. Owh CT sape yang amik kau?? Saya dah fikir buruk je time tu....(ada orang panjat tembok untuk culik CT). Tie masuk umah balik...fikir-fikir-fikir...dia panjat tembok batu...sekali.....


Ciptaan Tuhan dok tercongok depan pagar depan tahu. Takmoh masuk umah selagi tak buka pintu. See see see.....even buleh panjat nak gak suh buka pagar tu. Adoiyaii...kucen-kucen...atau lebih tepat lagi si Opet si kucen jantan.


Persoalannya:


1) Macam mana Opet boleh terlepas dari rumah dia? Sedangkan, cage yang sekarang ni susah nak buka, compared tu 1st cage yang dia duduk. 2nd & 3rd cage ni saya akui memang agak susah nak bukak.. ~ adakah dia berusaha dengan Omey (wife dia) buka cage tu??


2) Ada orang nak culik si Opet ni ke??? Ye ye...si Opet sangat cumil...bayangkan badan dia dah macam Gapil. Dia pulak kucen peranakan..Ngak3...memang geram, rasa nak gomol-gomol je dia ni.


3) Memang takkan ada orang lain yang akan buka cage tu selain Tie. Sebab Tie ialah penjaga dan pengasuh kucen-kucen tersebut. Kok ye pun orang (orang selain Tie, dalam rumah ni) yang nak buka....tapi untuk ape??


Masih tinggal tanda tanya...


Serba sedikit tentang Opet:

~ Kucing jantan berwarna hitam 
~ Kucing campuran (bulu panjang-panjang & tebal)
~ Sangat suka duk kat umah
~ Sangat manja
~ Berusia setahun sebulan macam tu


Blogger Templates

Wednesday, November 3, 2010

Masih ada masa satu bulan dua minggu sahaja


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar,  lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi Angah saya akan menamatkan zaman bujang trang-tang-tang-nye. Memang cepat masa berlalu. Beberapa bulan yang lalu, saya lihat angah masih rileks je. Seolah takde ape-ape yang akan berlaku. Sekarang, dah nampak angah mula sibuk menguruskan hal nikah kahwin dia. Pergi tempah kad kahwin. Minta tolong saya mendonlod borang-borang kahwin dari web JAIS. Semua borang yang bersangkut-paut dengan hal-hal kahwin ni saya print. Setiap satu borang print sampai 4 salinan. Senang, kalau salah ke hape ke ada stock. HEHEHE... Angah dah pergi buat ujian saringan HIV. Jeng...Jeng...Jeng....angah kata sakit. Aduh!! Takut pulak rasanya. Kami juga sudah meng-get-ready bakul-bakul untuk hantaran angah nanti. Tak sabar pulak saya nak tolong-tolong siapkan hantaran Angah. 

*

*

Dalam pada gembira tu (sebab Angah nak kahwin), adakalanya hati diterjah rasa hiba. Entahlah...hari tu perasaan macam ni ada datang singgah kat hati tapi dah syoohh jauh-jauh...& sekarang datang lagi rasa itu. Kenapa eh? Erm, yela...mungkin sebab tak lama lagi Angah dah tak tinggal dekat rumah kami. Angah dah ada keluarga sendiri nanti. Mesti sunyi sepi, sebab Angah seorang yang sangat-sangat kelakar. Selalu ade je idea dan lawak-lawak dia yang memang akan buat orang gelak. Jarang nak tengok lawak angah tidak disambut dengan gelak tawa kami sekeluarga. Pasti saya (juga kami semua) rindu Angah. Pasti saya (kami semua) akan rindukan masakan Angah. Angah sangat-sangat terror dalam bab-bab memasak ni. 

*

*

Dalam bahagian lain (mengimbau kenangan silam)

Kalau bab-bab berkaitan dengan "teringin nak makan", angah memang alert pasal ni. 

Contoh:

Adik (saya la tu): Angah, macam dah lama tak makan masak lemak cili api kacang panjang dengan ikan cincaru sumbatkan? ~ motif: saje provok angah dengan cara macam ni, dengan harapan angah akan masak..HEHE

Angah: Nanti Angah cuti  Angah masaklah.

See see...betapa angah akan memenuhi hajat dan rasa keteringinan adik dia ni.

Ada satu ketika, kawan-kawan saya sibuk bercerita tentang kesedapan jantung pisang - tidak kisahlah sama ada dibuat ulam @ dibuat masak gulai lemak. Saya yang memang tak pernah nak makan jantung pisang nih try menngconfirmkan betul-betul dengan diorang nih tentang kesahihan kesedapan jantung pisang ni. Sampailah satu hari tu saya tercerita dengan angah pasal jantung pisang ni. Angah pulak kata susah nak cari jantung pisang. Jadi setiap hari Rabu pagi, kalau kelas saya start lambat Angah akan pesan pergi Pasar Tani depan rumah tu carik jantung. Kalau Angah cuti masa tu, Angah akan carik sendiri. Sampailah satu hari tu memang rezeki saya.....Angah buat gulai lemak jantung pisang. First time saya makan, memang bertambah-tambah. Memang sangat sedap. Tu orang kata air tangankan. 

Saya pernah tanya Angah, kenapa kalau adik teringin atau sesape dalam family kita teringin nak makan apa-apa, Angah akan usahakan masak jugak ek?

Angah jawab:
"Kalau bab-bab lain Angah boleh abaikan je tapi bila bab orang teringin nak makan, Angah kalau boleh kena penuhi keinginan orang tu...Angah takut orang tu kempunan."

Sangat touching masa Angah cakap macam tu. Tapi siriyes, apa je yang Angah masak memang sedap hatta telur gorong dadar + kicap+ bawang + cili api....memang semua orang terliur-liur nak makan.

Ahh..saya lapar. Cik perut sila bertahan. Balik nanti makan nasi puas-puas ye.
p/s: Saya dalam program diet ala-ala tak berapa nak dietla.....miahahaha  




Tuesday, November 2, 2010

MAPS.......selingan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya dah tak tahu nak buat ape dah. Kerja pun dah tak ada sangat. Mood berblogwalking pun dah kelaut. Jadi tergerak hati ingin mengapdet blog. Ada satu benda saya kena buat sebelum 17th December 2010 ni. Saya kena kemas kini MAPS saya..! Tahun lepas macam senang nak buat Penilaian Prestasi ni tapi sekarang company dah implement system baru pulak. HUHUHU...saya tak pandai lagi macam mana nak buat. Saya pasti perkara ni mesti akan berlegar-legar kat fikiran saya selagi mana saya tak selesaikan. *saya memang macam tu, tak senang duduk kalau sesuatu menda yang wajib saya buat saya tak siapkan dengan sempurna* . Oh! Saya tak boleh macam ni. Esok kena cargas jumpa Kak Aznee. Nak tanye cane nak buat-cane nak itu-cane nak ini. Pedulik kalau akak nak kata saya asek tanye aje.

*

.........................

*

HOH? Kahwin?? Sekarang saya dah mula terima soalan-soalan berbaur peribadi begini. Ececece, berbaur kunun. Dulu, masa saya belasan tahun...masih menghadap buku 2jam (selebihnya banyak tidur), saya tidak pernah terlintas orang sekeliling akan bertanya soalan berbentuk subjektif begini pada saya. Never! Pemikiran saya ketika itu seperti "ala...nanti bila umo dah banyak kawinla.." tapi tidak pernah terfikir langsung orang akan tanya directly pada saya. Setahun yang lalu bila orang tanya bila nak kahwin saya akan jawab..., "alaaaa...muda lagi". Sekarang bila orang tanya bila nak kahwin, saya akan jawab..."Insyaallah...ada rezeki, ada jodoh kahwinlah". Selamatlahkan dengan jawapan sebegitu rupa. HEHEHE...bagi saya jawapan sebegitu lebih secure. Saya tidak perlu mengiyakan dan menidakkan. Sampai seru...maka kahwinlah saya. Bersuamilah saya. Berpasanganlah saya. Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...