Pages

Wednesday, November 3, 2010

Masih ada masa satu bulan dua minggu sahaja


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar,  lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi Angah saya akan menamatkan zaman bujang trang-tang-tang-nye. Memang cepat masa berlalu. Beberapa bulan yang lalu, saya lihat angah masih rileks je. Seolah takde ape-ape yang akan berlaku. Sekarang, dah nampak angah mula sibuk menguruskan hal nikah kahwin dia. Pergi tempah kad kahwin. Minta tolong saya mendonlod borang-borang kahwin dari web JAIS. Semua borang yang bersangkut-paut dengan hal-hal kahwin ni saya print. Setiap satu borang print sampai 4 salinan. Senang, kalau salah ke hape ke ada stock. HEHEHE... Angah dah pergi buat ujian saringan HIV. Jeng...Jeng...Jeng....angah kata sakit. Aduh!! Takut pulak rasanya. Kami juga sudah meng-get-ready bakul-bakul untuk hantaran angah nanti. Tak sabar pulak saya nak tolong-tolong siapkan hantaran Angah. 

*

*

Dalam pada gembira tu (sebab Angah nak kahwin), adakalanya hati diterjah rasa hiba. Entahlah...hari tu perasaan macam ni ada datang singgah kat hati tapi dah syoohh jauh-jauh...& sekarang datang lagi rasa itu. Kenapa eh? Erm, yela...mungkin sebab tak lama lagi Angah dah tak tinggal dekat rumah kami. Angah dah ada keluarga sendiri nanti. Mesti sunyi sepi, sebab Angah seorang yang sangat-sangat kelakar. Selalu ade je idea dan lawak-lawak dia yang memang akan buat orang gelak. Jarang nak tengok lawak angah tidak disambut dengan gelak tawa kami sekeluarga. Pasti saya (juga kami semua) rindu Angah. Pasti saya (kami semua) akan rindukan masakan Angah. Angah sangat-sangat terror dalam bab-bab memasak ni. 

*

*

Dalam bahagian lain (mengimbau kenangan silam)

Kalau bab-bab berkaitan dengan "teringin nak makan", angah memang alert pasal ni. 

Contoh:

Adik (saya la tu): Angah, macam dah lama tak makan masak lemak cili api kacang panjang dengan ikan cincaru sumbatkan? ~ motif: saje provok angah dengan cara macam ni, dengan harapan angah akan masak..HEHE

Angah: Nanti Angah cuti  Angah masaklah.

See see...betapa angah akan memenuhi hajat dan rasa keteringinan adik dia ni.

Ada satu ketika, kawan-kawan saya sibuk bercerita tentang kesedapan jantung pisang - tidak kisahlah sama ada dibuat ulam @ dibuat masak gulai lemak. Saya yang memang tak pernah nak makan jantung pisang nih try menngconfirmkan betul-betul dengan diorang nih tentang kesahihan kesedapan jantung pisang ni. Sampailah satu hari tu saya tercerita dengan angah pasal jantung pisang ni. Angah pulak kata susah nak cari jantung pisang. Jadi setiap hari Rabu pagi, kalau kelas saya start lambat Angah akan pesan pergi Pasar Tani depan rumah tu carik jantung. Kalau Angah cuti masa tu, Angah akan carik sendiri. Sampailah satu hari tu memang rezeki saya.....Angah buat gulai lemak jantung pisang. First time saya makan, memang bertambah-tambah. Memang sangat sedap. Tu orang kata air tangankan. 

Saya pernah tanya Angah, kenapa kalau adik teringin atau sesape dalam family kita teringin nak makan apa-apa, Angah akan usahakan masak jugak ek?

Angah jawab:
"Kalau bab-bab lain Angah boleh abaikan je tapi bila bab orang teringin nak makan, Angah kalau boleh kena penuhi keinginan orang tu...Angah takut orang tu kempunan."

Sangat touching masa Angah cakap macam tu. Tapi siriyes, apa je yang Angah masak memang sedap hatta telur gorong dadar + kicap+ bawang + cili api....memang semua orang terliur-liur nak makan.

Ahh..saya lapar. Cik perut sila bertahan. Balik nanti makan nasi puas-puas ye.
p/s: Saya dalam program diet ala-ala tak berapa nak dietla.....miahahaha  




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...