Pages

Monday, November 22, 2010

Aksi Aqil dan Arshad.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Internet dirumah macam bermasalah...rasa nak update blog memuncak namun tak berdaya update apabila internet tak boleh access. Kecewa sekejap. Pinjam wifi jiran tetangga masih hadapi masalah yang sama. Kecewa lagi. Hari Sabtu berhabisan masa dirumah. Membuat house chores yang tak seberapa itu. Semalam, dari tengahari sampai ke malam menghabiskan masa di Wangsa Maju Setiawangsa. Saya tidak shopping. Saya menyaksikan Kejohanan Taekwando anjuran Speed Power Taekwando. Kedua-dua anak saudara saya iaitu Aqil dan Arshad menyertai pertandingan tersebut. Aqil menyertai pertandingan favorite dia iaitu "Poomse - Taegeuk 8". Manakala Arshad menyertai Sparring. Kami semua berdebaran semasa acara Aqil hampir tiba. Mana tidaknya pesaing terdekat Aqil ada dalam group yang sama semasa mempersembahkan Taegeuk 8 dihadapan para juri. Dalam hati berdoa agar nasib Aqil baiklah kali ini. Jangan ada silap. Syukur, Aqil buat Taegeuk dengan kemas, sharp dan cantik sekali. Sungguh berdebaran tahu ketika itu. Saya siap videokan persembahan Aqil. Video tersebut saya akan upload kemudian.

Syukur, rezeki Aqil semalam. Aqil dapat emas dalam acara Poomse. Aqil berjaya tewaskan pesaing terdekatnya. Nampak wajah Aqil puas. Nampak dia gembira. Saya tumpang gembira. 

Acara Arshad bermula sedikit lewat kerana memberi laluan kepada acara Poomse terlebih dahulu. Berdebaran kali kedua mula menerjah kedalam diri kami semua. Khuatir dengan Arshad. Along tak putus motivate Arshad. Bila Arshad dah siap sedia dengan pakaian lengkap untuk Sparring, dia mula atur langkah ke court pertandingan. Menjerit-jerit kami memberi kata-kata semangat buat Arshad. Ternyata Arshad memang berani, kental dan semangat juang sangat tinggi. Arshad tak takut dengan lawannya. Dia berani. Dia serang lawannya sampaikan untuk pusingan pertama lawannya terduduk. HEHEHE...namun tersilap langkah dan teknik, Arshad tidak diumumkan sebagai pemenang. Hanya mendapat gangsa untuk acara tersebut. Namun, kami percaya Arshad boleh buat lebih bagus dari semalam jika tekniknya diperkemaskan. Lagipun itu baru titik permulaan buat Arshad. Video sparring Arshad juga akan di upload kemudian.

Next tournament ialah "Jaguh" pada 4th & 5th December 2010 @ Stadium Badminton Cheras. Semua acara Sparring, tiada Poomse. Harap kedua-dua anak saudara saya cemerlang semasa tournament tu nanti, Insyaallah.

Blogger Templates


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...