Pages

Wednesday, February 15, 2012

February yang penuh ujian

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan mengecapi nikmat dan anugerah Yang Maha Kuasa. Sejak awal February mood dan emosi saya tidak konsisten. Sekejap stabil sekejap tidak. Dah serupa orang hamil. HUH! Bukan isu hamil nak diketengahkan sebab nikah pon belum. Pheww~

Benar kata orang bila kita dambakan sesuatu, kita kena usaha dan ikhtiar. Bukan sekadar bertawakkal tanpa usaha. Saya hargai detik-detik kepayahan yang saya hadapi tu dengan redha dan rela hati. Saya benarkan hati dan diri saya untuk terima setiap kesukaran itu dengan hati yang terbuka. Walaupun mulanya saya seperti hilang pertimbangan dan percaturan. Saya sering buntu dan tidak ketemu jalan penyelesaian. Namun, saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya dikelilingi dengan insan-insan yang selalu sedia memberikan pertolongan. Dengan izin Allah, saya terima berita yang membahagiakan dan menggembirakan. Syukur Alhamdulillah.

Saya akui, bila kita diuji dan kita ikhlas menerima ujian tersebut - Insyaallah Allah akan bantu kita. Bila kita diuji jugalah yang akan membuatkan diri kita semakin dekat dengan Sang Pencipta.

Buat ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan membantu saya, saya akui jasa baik kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih kerana sentiasa berada disamping saya. Buat teman yang jauh dimata, terima kasih juga kerana sentiasa memberi kata-kata semangat buat saya. Buat insan yang terlibat, terima kasih banyak-banyak tuan. Sesungguhnya jasa baik kalian semua hanya Dia sahaja yang dapat membalasnya. Semoga kalian semua sentiasa beroleh keberkatan dalam kehidupan.

p/s: Sabar...insyaallah minggu depan dah ada.
p/s: Dia pesan - banyakkan bersedekah dan jangan terus lupakan DIA.

Monday, February 13, 2012

Perubahan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Memang benar sifat semulajadi manusia ialah boleh berubah atau mudah berubah. Tidak kira sama ada pada kebaikan atau sebaliknya.

Tadi semasa saya melayari mukabuku, terlihat gambar seorang kenalan ketika pengajian dahulu. Menggunakan sebahagian daripada nama beliau untuk dijadikan pengenalan diri, saya agak terkejut, gembira dan tersentuh kerana penampilan beliau benar-benar berbeza. Dia sudah jauh berubah. Sudah memakai niqab. Yang membuat saya tertarik adalah ayat beliau yang berbunyi, "aku berniqab kerana ingin menebus kesalahanku pada Allah s.w.t.. Aku berniqab bukanlah kerana aku yang paling alim dan belum pasti syurga kediamanku. Aku mencuba mencapai cita-cita untuk ke jannah. Memakai niqab bukanlah menunjukkan aku tinggi ilmu tetapi aku cuba belajar ilmu supaya dapat redhaNya. Dengan niqab aku rasa dilindungi Allah s.w.t.. aku rasa selangkah bertemuNya".

P/s: ingin berubah sedikit demi sedikit.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, February 9, 2012

Kalau Ada Rezeki Saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya benar-benar berharap akan menerima khabar gembira selepas ini.
Saya yakin dengan Allah. Allah pasti tolong saya. Allah pasti selamatkan saya.

Buat diri sendiri; jangan sesekali lupakan Allah dan jangan sesekali sombong dengan Allah.

p/s: Saya dambakan keputusan positif.

Spontan Khamis #15

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nak diikutkan:
Tinggal 34 hari je lagi - itu kalau kira hari
Tinggal 4 minggu je lagi - itu kalau kira minggu
Tinggal 1 bulan je lagi - itu kalau kira bulan

p/s: Sabtu ni awak balik Labuan kan? Cepat-cepat hubungi saya ye. Kita perlu bercakap.

Wednesday, February 8, 2012

Kenapa Menangis?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ada orang tanya adakah saya menangis?
Saya menidakkan sebagai jawapan untuk persoalan itu.
Saya tahu yang bertanya kurang berpuas hati dengan jawapan saya tadi.
Saya tahu yang bertanya mengambil berat.

Saya sendiri tidak punya jawapan.
Kalau boleh disekat air mata ni dari tumpah, saya sekat.
Kalau boleh ditahan, saya tahan.
Saya akui kadang-kadang saya lemah dengan dugaan, saya teruji dengan cabaran, saya rapuh dengan ujian Tuhan.
Menangis jalan mudah untuk lapangkan fikiran. Terkadang saya memohon sesuatu diiringi tangisan.
Ia umpama sebati dalam kehidupan.
Bukan ingin mendapat perhatian. Apatah lagi meraih ehsan.
Ia sekadar luahan perasaan terhadap Tuhan.

Lagi satu, saya menangis sebab saya mensyukuri masih diberi kesempatan menikmati kehidupan.
Walaupun saya tahu kehidupan itu penuh permainan, penuh ujian dan penuh penipuan.
Saya menangis sebab saya menaruh harapan.
Saya menangis sebab saya dambakan keputusan yang menggembirakan.
Saya menangis sebab saya taknak orang hilang kepercayaan.
Saya menangis sebab saya ingin elakkan penghinaan.
Saya menangis sebab saya sangat-sangat perlukan kekuatan.

Ya Allah...berikanlah aku khabar gembira dari-Mu.
Masa sangat suntuk.
Harap kali ini menunjukkan keberhasilan.

p/s: Saya akui, bila kita diuji kita makin dekat dengan Sang Pencipta.

Istiqomah dan Tawakkal

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang 12:30 p.m. Sudah lewat 2 jam setengah dari temujanji asal.
Takpelah, saya sabar sebab saya perlukan pertolongan dia.

Yang pasti saya kena terus berdoa dengan tawadhu' dan istiqomah.
Saya kena terus berharap dengan Allah.
Saya kena tawakkal.
Saya tahu ini benar-benar ujian hebat yang Allah berikan buat saya.
Saya lalui juga dan saya benar-benar berharap pertolongan-Mu Ya Allah....
Saya harap Allah mengijabahkan doa dan permintaan saya.

p/s: Selagi belum terima keputusan, saya terus-terusan dirundung keresahan!

Saturday, February 4, 2012

Terus Berikhtiar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahteta,


Kejap-kejap mesti saya akan terfikirkan hal yang satu itu. Serious, saya rasa tidak tenteram. Saya harap ikhtiar saya kali ini berhasil.


P/s: takut nak lalui hari mendatang.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, February 3, 2012

Berlagak Tenang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hebat benar ujian Allah.
Itu sahaja ungkapan yang tergambar difikiran saya sekarang ni.
Itu sahaja kata-kata yang saya dapat zahirkan.
Saya seperti ketemu jalan buntu.
Saya hilang punca. Saya hilang arah.

Terus, saya masih menampakkan wajah manis.
Ingin menyorokkan rasa gundah saya.
Mengenangkan pihak yang satu lagi, cepat benar air mata gugur.
Mengenangkan pihak yang satu lagi jugalah saya kena berusaha lebih.
Kalau menglibatkan diri saya sahaja, saya rasa saya dah mengalah.
Disebabkan banyak pihak, saya kena terus melangkah.

p/s: Kadang-kadang impian tak selalu jadi kenyataan, saya cuba belajar terima sebarang kemungkinan!

Thursday, February 2, 2012

Sukarnya Memulakan Kehidupan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Benda yang saya risaukan akhirnya terjadi. Sebahagian hati saya merasakan yang saya akan dapat sesuatu itu. Manakala sebahagian lagi menidakkan. Rupanya nasib tidak menyebelahi saya. Biarlah, mungkin dah tersurat. Saya sedikit kecewa mendengar keputusan itu. Banyak perkara yang saya khuatirkan, banyak perkara yang saya fikirkan.

Sekarang, saya tidak temu jalan penyelesaian lagi. Fikiran makin senak. Saya makin muak. Kenapa perkara ni mesti terjadi. Oh kehidupan..

p/s: Bantu aku Ya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...