Pages

Monday, February 13, 2012

Perubahan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Memang benar sifat semulajadi manusia ialah boleh berubah atau mudah berubah. Tidak kira sama ada pada kebaikan atau sebaliknya.

Tadi semasa saya melayari mukabuku, terlihat gambar seorang kenalan ketika pengajian dahulu. Menggunakan sebahagian daripada nama beliau untuk dijadikan pengenalan diri, saya agak terkejut, gembira dan tersentuh kerana penampilan beliau benar-benar berbeza. Dia sudah jauh berubah. Sudah memakai niqab. Yang membuat saya tertarik adalah ayat beliau yang berbunyi, "aku berniqab kerana ingin menebus kesalahanku pada Allah s.w.t.. Aku berniqab bukanlah kerana aku yang paling alim dan belum pasti syurga kediamanku. Aku mencuba mencapai cita-cita untuk ke jannah. Memakai niqab bukanlah menunjukkan aku tinggi ilmu tetapi aku cuba belajar ilmu supaya dapat redhaNya. Dengan niqab aku rasa dilindungi Allah s.w.t.. aku rasa selangkah bertemuNya".

P/s: ingin berubah sedikit demi sedikit.

Published with Blogger-droid v2.0.2

1 comment:

Si Ratu Pari said...

Alhamdulillah....perubahan yg lebih baik itu penting dlm hidup kita krn dikhuatiri kita xsempat memperbaiki apa yg krg baik sblm kita dijemput oleh Nya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...