Pages

Tuesday, July 31, 2012

Coming Home

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Memang berita gembira yang saya terima pada 10 Ramadhan semalam. Cinta hati saya sudah pulang ke rumah mini kami. :)

Pada mulanya memang dijangka pulang awal daripada semalam, tapi memandangkan tragedi letupan kapal MT Bunga Alpinia menyebabkan beberapa operasi tergendala. Ketika kejadian malang itu berlaku saya memang dah agak yang suami akan sign off lewat daripada tarikh asal. Time tu saya ok je. Boleh terima dengan hati terbuka kelewatan kepulangan suami sebab apa yang lagi penting time tu ialah keselamatan beliau dan krew-krew lain. :)

Tapi...tapi..tapi...pada pagi ahad mula instinct saya rasa lain. Saya rasa yang dia akan pulang. Tapi takdelah saya nak berharap sangat. Nanti kalau terlalu berharap dan ianya tidak menjadi kenyataan saya pula yang frust. Mana tidaknya SMS saya tidak berjawab. Malah, dia pun tidak menghubungi saya. Waktu tengahari dia menghubungi saya dan memberitahu yang dia masih diatas kapal.

Semalam entah macam mana dia bagitau dia balik. Mulanya saya tak percaya sebab mustahil dia tak beritahu saya. Sekali saya call dan dengar announcement kat Labuan Airport. Sah! Memang suami saya mahu pulang. Serious tidak percaya ok. Haish, nak surprisekan saya rupanya. Tapi sayang tidak menjadi. HAHA..

Buat pertama kali dalam sejarah kehidupan saya; berpisah sementara ketika suami bertugas dan menyambut kepulangan suami dari bertugas. Memang tak tergambar bagaimana perasaan tu. Yang pasti sedih dan gembira tu bercampur-baur. Penantian hampir 3 bulan terbayar apabila dapat bertemu semula dengan suami. Memang girang betul hati ni dan yang tak leh blahnya, rasa kekok dan speechless tetiba ok. HAHAHA..nyampah tau.

Alhamdulillah, saya berjaya jaga diri sebaik mungkin sepanjang ketiadaan suami. Dan ketika itu juga sering ada insan-insan yang selalu membantu ketika saya berhadapan dengan permasalahan. Syukur padamu Ya Rabb. Semoga untuk next sailing, saya masih mampu mengekalkan kecemerlangan yang sama. KIHKIHKIH.

P/S: Yeay berpuasa dan beraya bersama suami... :)

Friday, July 20, 2012

Entri Pendek

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lelaki memang nampak awesome kalau dia tahu bab-bab agama dan sekaligus mengamalkannya.

P/S: lahir dari lubuk hati

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selamat Datang Ramadhan Kareem

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam tadi dah diumumkan pun tarikh bermulanya Ramadhan. Confirm, esok (21/7/2012) seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Syukur Ya Rabb...kita masih punya kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa di bulan yang penuh mulia ini.

Sumber dari: SINI
Bercerita tentang puasa, seingat saya saya mula berpuasa ketika berumur 6 tahun kalau tak silap. Ketika tu tak berapa faham sangat apa maksud puasa yang sebenarnya melainkan hanya tahu tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Juga yang lagi tahu bila habis bulan puasa akan tiba hari raya. HAHAHA...budak-budaklah katakan.

Bila dah menginjak dewasa, makin tahu akan pengertian sebenar puasa. Apa yang boleh dibuat apa yang tidak boleh. Apa keistimewaanya dan macam-macam lagi. Berpuasa bersama keluarga tersayang merupakan moment yang paling indah dan bahagia. Yelah, masa tu lah semua ahli keluarga akan berbincang nak masak apa. Semua berkerjasama menyediakan hidangan berbuka. Melihat gelagat anak-anak saudara berpuasa, memang seronok. Sesimple manapun masakan tu, asalkan dijamu bersama semua ahli keluarga dah cukup membuatkannya "wow".

Buat pertama kali dalam hidup, tahun ini merupakan kali pertama saya berpuasa sebagai seorang isteri. Sebagai wanita yang sudah berumahtangga. Adalah rasa lain sikit "feel" tu. Gembira ada sedih pun ada. Untuk minggu pertama dan kedua Ramadhan kali ini, kemungkinan saya tidak dapat berpuasa bersama-sama dengan suami. Suami masih terikat dengan tuntutan tugas. Apapun saya berharap sangat suami akan pulang dalam bulan puasa juga. Dapatlkah kami berpuasa bersama-sama. Tak sabar rasanya. 

Kepada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Marilah kita meningkatkan tahap keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah s.w.t. Ayuh, kita rebut peluang untuk melipat gandakan amalan. 

P/S: InsyaAllah, esok balik Ampang. :) Rindu anak-anak buah (Aqil-Arshad-Afifah)~

Thursday, July 19, 2012

Mungkin Sebab Awak Orang Yang Terpilih....

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Itu kata-kata yang diberikan oleh seorang teman dipejabat buat saya. Terima kasih kak. :)
Sesungguhnya, bukan pujian yang saya perlukan dari orang sekeliling. Yang saya perlu adalah semangat dan doa semua untuk saya. Saya tahu kehidupan saya lain dari kebanyakan wanita berumah tangga yang lain.

Saya tidak pernah menyesal dengan kehidupan saya. Lagi pun saya yang pilih dan yakin yang saya mampu menjalani kehidupan yang begini. Syukur Alhamdulillah, sudah 4 bulan lebih saya menjalani kehidupan sebagai isteri, sebagai wanita yang punya suami dan keluarga sendiri.

Kadang-kadang, ramai yang macam "wow" dengan keupayaan saya. Namun dalam pada itu ada juga yang cuba menguji tahap "ketahanan" saya. Dijolok dengan kata-kata yang zahirnya nampak "bersahaja dan seolah-olah tiada apa-apa makna". Tetapi disebaliknya penuh dengan makna tersirat.

Kadang-kadang tu ada yang cuba membuat perbandingan diri mereka dengan saya. "Kalau saya mesti tak boleh nak jadi macam awak.." Mana boleh nak dibandingkan macam tu. Sebab watak dan jiwa awak berbeza dengan saya. Takkan sama sekali akan jadi macam saya.

Ada juga yang kata, mujur dari awal saya dah biasa merasa "ditinggalkan", kalau tak mesti lagi payah. Erm, yang itu memang betul pun. Cuba bayangkan suami anda 24/7 ada depan mata lepas tu tiba-tiba kena posting ke tempat lain yang jauh dari wilayah tempat duduk anda...mesti susah nak sesuaikan diri dengan keadaan macam tu. Tak payah postingla, cukuplah sekadar suami anda pergi berkerja diluar pejabat untuk 3 hari 2 malam pun dah boleh "hilang punca" rasanya. :)

Jodoh dan rezeki masing-masing Allah yang tentukan. Bersyukurlah. Setiap apa yang berlaku semuanya punya hikmah tersendiri. Tidak ada perkara yang berlaku tanpa sebab.

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Al-Mubarak...Pesta Beribadah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Umum mengetahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi Syaaban akan melabuhkan tirainya. Sinar Ramadhan akan menampakkan cahayanya. Seluruh umat Islam akan berpuasa pada bulan itu. :)

Boleh dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan "pesta beribadah". Mana tidaknya, bulan ini merupakan bulan bertuah - bulan rahmat, bulan mujahadah, bulan maghfirah, bulan Al-Quran dan bulan lailatulqadar.

Masa inilah kita kena berebut-rebut melakukan ibadah. Sebab kita sendiri tidak tahu untuk masa mendatang adakah kita berkesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan. Untuk mendapat pahala sebenarnya senang sahaja kalau kita sentiasa ringankan diri untuk mengerjakannya. Kalau kita betul-betul faham akan manfaat bulan ini, mesti kita akan bersyukur dan bertuah sangat kerana berkesempatan menyambut Ramadhan.

Seluruh anggota yang ada pada tubuh badan kita punyai peranan dan perlu dijaga. Jaga tangan supaya tidak mengambil hak orang lain sebaliknya perbanyakkanlah bersedekah. Jaga lidah supaya tidak menuturkan perkara yang bukan-bukan sebaliknya perbanyakkanlah zikir dan membaca Al-Quran. Jaga telinga dari mendengar perkara yang sia-sia.

Bukan saya nak tunjuk alim, sebaliknya sebagai perkongsian untuk diri sendiri juga. Sekurang-kurangnya saya pernah kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Semoga amalan kita diberkati dan diterima Allah.

P/S: Ada juga yang beranggapan Bulan Ramadhan sebagai Pesta Makanan...

Monday, July 16, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah...saya masih berpeluang merasai nikmat Allah.
Alhamdulillah...saya masih berpeluang perbaiki diri. Tambah apa yang kurang. Buang apa yang tidak perlu.
Alhamdulillah...saya ditemukan dengan pasangan hidup yang terlalu baik, menjaga kebajikan saya dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. 

Tiada kata yang dapat diungkap melainkan ucapan Alhamdulillah. Walaupun kadang-kadang saya rasa "patah kaki" tanpa suami disisi, namun semangat suami yang ada dalam diri saya buatkan saya kuat nak menjalani kehidupan seharian. Kata-kata nasihat suami sentiasa menjadi hiburan telinga dan hati saya. Sungguh! Saya rindukan suami saya. Mujur tidak lama lagi genap 3 bulan suami di perairan. Boleh diandaikan bila-bila masa suami akan dapat notification dari office tentang jadual bercuti. :)

Thursday, July 12, 2012

Masam-manis Bulan July

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah beberapa hari menyepikan diri dari berblog, hari ni mengambil kesempatan yang ada untuk membuat entri barang sepatah, dua patah dan berpatah-patah ayat. Ahha~

Bila Allah cepat makbulkan Doamu
Maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan Doamu
Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan Doamu
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun.

Lepas baca mutiara kata ni, rasa lega dan tenang sikit hati ni. Tiga hari lepas rasa lemah dan down betul diri ni. Bukannya apa, impian yang diharapkan menjadi kenyataan tidak menjadi. Betullah, mungkin saya tidak pandai mengawal ketakutan dan debaran diri sendiri pada waktu itu sampai membuatkan saya peroleh keputusan begitu. Seriously, masa saya nak sign form tu tangan saya menggigil. Gila berdebar. HUH! Takpelah, saya jadikan itu pengalaman dan pengajaran buat saya. Insyaallah lepas ni saya boleh dapat apa yang saya impikan tu. Semoga lepas ni saya lebih tenang.

Sehari selepas kekecewaan itu, resah hati ini sedikit terubat apabila impian saya yang kedua hampir menjadi kenyataan. Saya cuma perlu bersiap-sedia dari segi mental, fizikal dan rohani bagi membolehkan impian kedua saya ni berjalan dengan lancar. Saya tahu untuk melakukan impian kedua ni ketika sudah berstatus isteri orang bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun, masih terdapat perbezaan jika impian itu dilakukan ketika masih bujang kerana status sekarang lagi banyak tanggungjawab yang saya pikul. Walaubagaimanapun, saya anggap ini cabaran buat saya. Moga segala apa yang akan saya lakukan dipermudahkan.

Saya memang perlu atau kena capai kedua-dua impian itu. Pertamanya, memudahkan saya melakukan apa-apa urusan dan apa-apa kecemasan lebih-lebih lagi apabila suami berkerja. Keduanya, saya perlu upgrade diri.

P/S: Suami balik baru impian pertama tercapai kot.


Wednesday, July 4, 2012

Double A Tersingkir


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Menjadi kebiasaan setiap malam Sabtu - Selasa, jam 9:00 malam pasti dah terpacak depan TV semata-mata nak melayan Masterchef Celebrity. HEHEHE. Seronok tengok artis-artis ni memasak. Kalau saya ter"miss" rancangan ni sekalipun, mesti saya akan tonton ulangannya.

Setelah beberapa minggu, malam tadi double A a.k.a Azwan Ali tersingkir. Pergh....memang dah dapat rasa dia yang akan tersingkir pada malam tu. Terus saya dapat rasakan yang Masterchef Celebrity mesti tak meriah tanpa double A selepas ni. :(

Saya akui, pada awal rancangan ni saya memang tak boleh blah dengan double A. Mulut bising kemain. Dengan bulu memerang dia, kipas, shawl yang melingkar kat leher. Memang rimas metoi. Tapi...lama-kelamaan, rasa macam seronok pula tengok gelagat dia dalam rancangan tu. Setiap kali mesti ada je ayat-ayat atau perkataan-perkatan yang keluar dari mulut dia yang saya rasa macam kelakar dan geli hati. HAHAHA. Tu belum lagi nama masakan. Nama bukan main vogue gitu. HAHAHA.

Nasi Goreng Cendawan Ala Tom 
Salmonrong Mahawangsa
Juadah Gagah Dimuara
::antara nama masakan double A:: HIKHIKHIK

Chef yang Budiman
Berdebarrrr
Bomoh Mak Esah
Gentel Karipap
::antara perkataan yang pernah keluar dari mulut double A:: HAHAHA

Perkara yang bagusnya tentang double A ni ialah dia tak bersikap memandai-mandai. Kalau dia tak tahu tentang sesuatu masakan tu dia sudi bertanya dan belajar. Even kena belajar dengan orang yang lebih muda dari dia. Lagi satu, dia juga tip top bab-bab kebersihan ni. Sebab tu Dato' Dr. Fazley bagi gelaran ketua kebersihan kat dia. HEHEHE.

Masterchef pun dah nak sampai ke penghujungnya. Double A pun dah takde. Mesti suram je rancangan tu nanti. Tapi tapi tapi nasib ada rancangan baru kat Astro nanti....Roda Igauan. Ngaaa......


Monday, July 2, 2012

Sama Cantik, Sama Padan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, 


Pada satu hari ketika tengahari ghembang.., boleh pula saya mengSMS suami dengan SMS berbunyi: 


Saya: Irma Hasmie tu da kwen. Dia cantek. Asben dia pon kacak. Memang sama padan. 


Suami: Tawu...yang cantek kena kawen dengan yang kacak je 


Saya: Takdelah macam tu. Pastu tengok balik kesah diorang kenal tu macam suwit je. Jumpe kat Makkah. Pastu boleh kekal sampai mendirikan rumah tangga. Pastu pakaian irma tu pun sopan je... 


Suami: Yela, kan dia dah berubah, takkanlah nak pakai seksi-seksi lagi..hope perubahan dia tu kekallah.
~Amin~ 


Dah habis SMS tu, boleh pula menyembang di telefon pada waktu petangnya. Masih lagi Irma Hasmie dan suami di jadikan topik perbualan. Opkoslah saya yang memulakan topik tu kan. Kemain lagi saya bercerita pasal kecantikan dan ketampanan pasangan pengantin tu. Tidak semena-mena suami berkata, "tak baik seorang isteri tu bercerita tentang ketampanan suami/lelaki lain dihadapan suaminya sendiri." Tak pasey-pasey terus saya zip mulut. P/S: Lebih baik kita banggakan suami sendiri daripada nak membanggakan orang lain. :)

Hai Julai

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah....hingga ke saat ini saya masih diberi peluang untuk merasai nikmat Allah. Juga, syukur kerana sehingga ke saat ini saya masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Sudah dua hari di bulan Julai. Harap Julai baik-baik sahaja dengan saya. :)

Pejam celik, pejam celik hampir dua bulan suami berada di bumi Labuan. Kalau nak diikutkan lebih kurang 33 hari je lagi suami akan bercuti. Perasaan saya sudah tentu-tentulah seronok tak terkata bukan? HEHEHE...walaupun office belum beri apa-apa notification tentang cuti suami, namun saya tetap dan selalu berharap agar suami dapat bercuti pada masa yang dijangkakan. 

Saya juga sudah mula melalui pelbagai fasa dalam kehidupan berumah tangga amnya dan sebagai isteri pelaut khasnya. Saya sudah mula rasa apa yang teman-teman seangkatan dengan saya rasa sebelum ni. Pernah suatu hari, ketika saya melawat teman yang bersalin saya diajukan soalan tentang suami saya. Juga ayat yang selalu saya dengar ialah, "kenapa tak ikut je suami?"...Alahai, macam mana saya nak terangkan eh? Saya cuma cakap, "Takpelah cik, nanti lepas 3 bulan suami saya balik juga. Lagipun saya kerja kat sini." Sambil cakap sambil senyum. Insyaallah orang akan faham.

Saya juga sedar yang makin hari saya makin ok. Saya makin biasa dengan kehidupan sebegini. Kadang-kadang rindu datang menerjah. Rindu pada suami dah tentu. Rindu pada keluarga apatah lagi kan? Erm...kadang-kadang bosan juga beraja dalam diri. Bosan tiada peneman. Tapi, saya pandang kebosanan itu dari sudut yang positif. Mungkin Allah bagi saya rasa bosan ni sementara je. Mana tahu lepas ni saya tak bosan lagi. Mana tahu lepas ni saya tak sempat nak rasa bosan pun. Ehem ehem.

P/S: Suami, cepatlah pulang....kangen dong~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...