Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Umum mengetahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi Syaaban akan melabuhkan tirainya. Sinar Ramadhan akan menampakkan cahayanya. Seluruh umat Islam akan berpuasa pada bulan itu. :)
Boleh dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan "pesta beribadah". Mana tidaknya, bulan ini merupakan bulan bertuah - bulan rahmat, bulan mujahadah, bulan maghfirah, bulan Al-Quran dan bulan lailatulqadar.
Masa inilah kita kena berebut-rebut melakukan ibadah. Sebab kita sendiri tidak tahu untuk masa mendatang adakah kita berkesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan. Untuk mendapat pahala sebenarnya senang sahaja kalau kita sentiasa ringankan diri untuk mengerjakannya. Kalau kita betul-betul faham akan manfaat bulan ini, mesti kita akan bersyukur dan bertuah sangat kerana berkesempatan menyambut Ramadhan.
Seluruh anggota yang ada pada tubuh badan kita punyai peranan dan perlu dijaga. Jaga tangan supaya tidak mengambil hak orang lain sebaliknya perbanyakkanlah bersedekah. Jaga lidah supaya tidak menuturkan perkara yang bukan-bukan sebaliknya perbanyakkanlah zikir dan membaca Al-Quran. Jaga telinga dari mendengar perkara yang sia-sia.
Bukan saya nak tunjuk alim, sebaliknya sebagai perkongsian untuk diri sendiri juga. Sekurang-kurangnya saya pernah kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Semoga amalan kita diberkati dan diterima Allah.
P/S: Ada juga yang beranggapan Bulan Ramadhan sebagai Pesta Makanan...
No comments:
Post a Comment