Setelah beberapa hari menyepikan diri dari berblog, hari ni mengambil kesempatan yang ada untuk membuat entri barang sepatah, dua patah dan berpatah-patah ayat. Ahha~
Bila Allah cepat makbulkan DoamuMaka DIA menyayangimu,Bila DIA lambat makbulkan DoamuMaka DIA ingin mengujimu,Bila DIA tidak makbulkan DoamuMaka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmuOleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun.
Lepas baca mutiara kata ni, rasa lega dan tenang sikit hati ni. Tiga hari lepas rasa lemah dan down betul diri ni. Bukannya apa, impian yang diharapkan menjadi kenyataan tidak menjadi. Betullah, mungkin saya tidak pandai mengawal ketakutan dan debaran diri sendiri pada waktu itu sampai membuatkan saya peroleh keputusan begitu. Seriously, masa saya nak sign form tu tangan saya menggigil. Gila berdebar. HUH! Takpelah, saya jadikan itu pengalaman dan pengajaran buat saya. Insyaallah lepas ni saya boleh dapat apa yang saya impikan tu. Semoga lepas ni saya lebih tenang.
Sehari selepas kekecewaan itu, resah hati ini sedikit terubat apabila impian saya yang kedua hampir menjadi kenyataan. Saya cuma perlu bersiap-sedia dari segi mental, fizikal dan rohani bagi membolehkan impian kedua saya ni berjalan dengan lancar. Saya tahu untuk melakukan impian kedua ni ketika sudah berstatus isteri orang bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun, masih terdapat perbezaan jika impian itu dilakukan ketika masih bujang kerana status sekarang lagi banyak tanggungjawab yang saya pikul. Walaubagaimanapun, saya anggap ini cabaran buat saya. Moga segala apa yang akan saya lakukan dipermudahkan.
Saya memang perlu atau kena capai kedua-dua impian itu. Pertamanya, memudahkan saya melakukan apa-apa urusan dan apa-apa kecemasan lebih-lebih lagi apabila suami berkerja. Keduanya, saya perlu upgrade diri.
P/S: Suami balik baru impian pertama tercapai kot.

2 comments:
insyaAllah, lambat atau cepat ia pasti tercapai... suami balik bila ni?
salam....amik lesen eh??
Post a Comment