Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Menjadi kebiasaan setiap malam Sabtu - Selasa, jam 9:00 malam
pasti dah terpacak depan TV semata-mata nak melayan Masterchef Celebrity.
HEHEHE. Seronok tengok artis-artis ni memasak. Kalau saya ter"miss"
rancangan ni sekalipun, mesti saya akan tonton ulangannya.
Setelah beberapa minggu, malam tadi double A a.k.a Azwan Ali
tersingkir. Pergh....memang dah dapat rasa dia yang akan tersingkir pada malam
tu. Terus saya dapat rasakan yang Masterchef Celebrity mesti tak meriah tanpa
double A selepas ni. :(
Saya akui, pada awal rancangan ni saya memang tak boleh blah
dengan double A. Mulut bising kemain. Dengan bulu memerang dia, kipas, shawl
yang melingkar kat leher. Memang rimas metoi. Tapi...lama-kelamaan, rasa macam
seronok pula tengok gelagat dia dalam rancangan tu. Setiap kali mesti ada je
ayat-ayat atau perkataan-perkatan yang keluar dari mulut dia yang saya rasa
macam kelakar dan geli hati. HAHAHA. Tu belum lagi nama masakan. Nama bukan
main vogue gitu. HAHAHA.
Nasi Goreng Cendawan Ala Tom
Salmonrong Mahawangsa
Juadah Gagah Dimuara
::antara nama masakan double A:: HIKHIKHIK
Chef yang Budiman
Berdebarrrr
Bomoh Mak Esah
Gentel Karipap
::antara perkataan yang pernah keluar dari
mulut double A:: HAHAHA
Perkara yang bagusnya tentang double A ni ialah dia tak bersikap
memandai-mandai. Kalau dia tak tahu tentang sesuatu masakan tu dia sudi
bertanya dan belajar. Even kena belajar dengan orang yang lebih muda dari dia.
Lagi satu, dia juga tip top bab-bab kebersihan ni. Sebab tu Dato' Dr. Fazley
bagi gelaran ketua kebersihan kat dia. HEHEHE.
Masterchef pun dah nak sampai ke penghujungnya. Double A pun dah
takde. Mesti suram je rancangan tu nanti. Tapi tapi tapi nasib ada rancangan
baru kat Astro nanti....Roda Igauan. Ngaaa......
2 comments:
awak! kita baru follow blog awak!
hihihihi.
minat AA ehhhh? kita takde astro. so tak boleh tgk. wuuwuwuw.
follow sini jugak...
Post a Comment