Last week (9th - 11th march 2011) LOB saya buat Kick Off kat Awana, Genting. Ramai gila dan punyelah gila ramai staff-staff yang join TMG Kick-Off nih. Homebase staff, regional office dari Singapore, Hongkong, US dan UK sume turun padang masa program tu berlangsung. Seronok tengok macam-macam ragam manusia. Dalam pada seronok tu kadang-kadang meluat pun ada. Tettt....(saya takmo disclose....)
Dan sebagai secretariat ni memanglah bz & penat sket. Nampak je macam best jadi secretariat (sebenarnya memang best), tapi sebenarnya penat hokkey. Nak make sure everything is in order. Accomodation diorang nak kena jaga, makan minum nak kena jaga, technical stuff nak kena jaga...dan segala-galanya lah. Tapi seronoklah jugak sebab apa-apa orang akan refer kat kita. Yang management pun akan refer kat kita. Bila lagi nak rasa macam tu kan?? Miahahaha (dasar g-pang). Saya enjoy pergi kesana coz ada committee member yang betul-betul supportive.
Walaupun secretariat, saya juga berpeluang join aktiviti peserta. Yang bestnya dapat join paintball ngan diorang. Tang paintball ni memang saya seronok dan geram. Bayangkan none of our team member yang kene dengan bullet tu tapi disebabkan one of our team member tu pergi buka face mask kat tengah padang....tak pasal-pasal team kami disqualified. Argh, geram. Dahlah game tu kalah mati. Masa mula-mula nak buat serangan tu saya dah macam polis andekaber dah...Kui3....(sempat lagi berangan jadi undercover tuh...tak tahan)...Yang tak tahan tu team leader saya siap assigned saya sebagai runner utk dapatkan flag tu. (Kuat sangatlah daku lari kan kan kan??? HAHAHA)...frust gak la...sebab tak panas badan lagi dah disqualified...xpelah ada rezeki leh main lagi.....
Apa lagi yang best ek kat sana? Haaa....bab makan. Makanan kat sana memang terbaik. Selera nak makan tu akan bertambah-tambah....tambahan pula cuaca sejuk...memang proses pertumbuhan dan penambahan lemak diperut, peha dan kawasan-kawasan berpotensi menternak lemak, menjadi-jadilah...da mkn nasi berlauk, bantai makan chicken grill, bantai makan pasta, bantai makan yong tau foo...mujur 3 hari je...kalau 30 hari kompomlah family saya dah tak kenal saya. HUHUHU...dan buat pertama kalinya sepanjang saya menyertai course/teambuilding, memori camera saya full.HAHAHA...2 kali transfer gambar. Sebab kat sana saya asek menangkap gambo orang je...gambo sendiri tak banyak pun. Tapi saya tetap akan berusaha nak mentempekkan bahan bukti (gambar saya) kat dalam blog ni.Tunguuu...
BBQ Dinner - War/Warrior Theme
![]() |
| Secretariats |
BBQ Dinner - War/Warrior Theme


2 comments:
haa..cepat..nak tengok gambo :)
Sat gi yer kak saya tempek..tak sempat lak nak upload
Post a Comment