Pages

Wednesday, March 16, 2011

Rasa Macam Terbatas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Regarding tajuk kat atas ni, saya berhasrat nak mencatatkan barang sebaris dua tiga baris ayat dalam blog ni je. HEHEHE. Entah macam mana semalam boleh pulak berdiskas dengan seorang kenalan tentang hal ni. Secara spontan. Mulanya berkisar tentang kawan-kawan yang aktif mengapdet status facebook mereka. Kenalan saya kuakan stetmen yang dia jarang apdet ruangan "What's in your mind?" kat facebook tu. Antara sebab dia jarang nak update ialah:
~ segan
~ orang lain (kengkawan, saudara mara, keluarga etc) akan baca status kita tu dan mula akan buat pelbagai spekulasi / takut disalah erti
~ menjaga hati orang lain
Macam saya - memang saya jarang dan agak susah nak apdet status saya kat facebook. Saya sendiri tak sure kenapa. Perasaan nak & taknak apdet tu bercampur baur. Mesti akan fikir lapan belas ribu kali sebelum mengapdet sesuatu tu. Barangkali point-point diatas merupakan antara sebab utama kot saya jarang nak update status facebook saya. Mungkin orang akan kata "alah, ape de hal account sendiri...". Tapi tak tahulah. Untuk isu-isu yang biasa dan tidak berkaitan dengan mana-mana individu saya rasa memang takde masalah langsunglah kalau nak update. Tapi bile dah touch hal-hal yang agak personal tu, tu yang saya keberatan (tak langsung) untuk update. Bagi saya perkara macam tu terlalu peribadi untuk di share di facebook atau mana-mana laman sosial lain. [ke saya yang terlalu ortodoks? ape-ape jelah]. Ataupun keadaan sekarang membataskan saya untuk terlalu terbuka berkongsi ape yang ada kat fikiran saya di facebook. Saya lebih selesa simpan sendiri [orang kata bahaya macam ni]...tak pun saya akan luahkan kat blog ini. Tengoklah, mungkin suatu hari ada anjakan paradigma yang saya lakukan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...