Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Rasa tak sedap perut sekarang ni. Tekak rasa macam nak makan tapi taknak tapi nak dan tapi taknak. Macam mana tu eh? Alah, macam bila kau takde selera sangat tapi nafsu kau mendorong kau untuk makan tapi bila kau dah turun kat kedai bawah cari makanan, ko tak tahu nak makan apa. Gedik sikit nafsu ni. Huh!..Akhirnya saya hanya membeli goreng pisang RM1 = 5 ketul (cukuplah bukan). Saya gi beli Oreo juga. :D Sebab tetiba rasa macam nak makan.
Sambil-sambil membaca blog-blog sahabat handai ni, tetiba mata terpandang kalendar. Tengok kalendar lama-lama. Wahhh.....4 hari saja lagi nak masuk bulan April dan lebih kurang seminggu sahaja dari sekarang beliau akan balik. Bestnya bila mana waktu berterbangan sangat pantas (hanya best apabila berada dalam situasi beliau nak sign off hokkey...ngeeee). Berdebaran pula menanti kepulangan beliau (owh, gedik!!). Mana tidaknya dah 3 bulan lebih tidak bersua muka, mata bertemu mata (eceh). Bermakna 3 bulan juga YM tidak aktif. Bila beliau ada barulah YM tu "blinking". Yippiee...
Perut makin tak sedap. Dah tak boleh nak mentaip banyak. Sekian mekasey.
5 comments:
woaahhh.. yg tersayang dah nak balik ke?? bestnyeeeeeeee
Lebih kurang camtu lah kak...Pestaim nak tengok muka dalam tahun 2011 ni...HEHEHE
besnye ainul..tu lah saat2 yg ditunggu kan..husband akak lambat lagi..huhu..
Salam Kenal ...
ni mesti geng² sesekali jumpa en suami kan .. peaceeeeee
Kak Aiza:
Tulah pasal...takpe kak sabar yerp.
Kak Aida:
Salam kenal kak....erkk belum sah jadi suami lagi kak, baru kawan-kawan je...Dah jadi suami yang sah nanti baru boleh eksaited lebih2...hehehe
Post a Comment