Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Waahh...tajuk macam tak boleh blah je kan? Bukannya apa, dulu waktu kecik-kecik, masuk je darjah satu bila cikgu tanya nak jadi apa dah besar nanti, dengan pantasnya cakap "BILA BESAR NANTI SAYA NAK JADI CIKGU [nak sedap lagi guna perkataan GURU...HEHEHE]". Seolah-olah memang dah disetkan kat fikiran dah besar nak jadi cikgu. Malah sewaktu nak tulis dalam satu kad profile murid [kalau tak silaplah], kan ada ruangan cita-cita - ada 3 columns pulak tu..... memang yang 1st column tu rata-rata akan tulis nak jadi cikgu (especially murid-murid perempuan) dan polis (murid-murid lelaki). Maksudnya kena tulis apa cita-cita pertama, kedua dan ketiga. Konsepnya kat sini ialah "kau paling nak sangat untuk jadi apa, kalau tak dapat pilihan pertama sila pergi ke pilihan kedua dan pilihan ketiga"...HAHAHA..
Saya pun dulu macam tu juga, pilihan pertama saya tulis ialah cikgu. Sebabnya sama macam kat atas tu lah dah set kat mind yang dah besar nak jadi cikgu. Lagi pulak memang takde fikir nak jadi lain dah time tu [kurang pendedahan barangkali...banyaklahkau, KUI3]. Pilihan kedua pulak saya tulis nak jadi peguam dan ketiga nak jadi polis [kalau tak silap sayalah]. Sebabnya saya pilih dua jenis pekerjaan ini ialah saya suka cakap masa tu dan lagi satu saya terpengaruh dengan drama TV Yusof Haslam pada ketika tu ~ Roda-Roda Kuala Lumpur. Siap pernah keluarkan stetmen "Adik dah besar nak jadi polis trafik." T___T.
Okeh. Berbalik pada kisah cikgu tadi.
Antara reason lain kenapa saya nak jadi cikgu ialah....cekidout [read as check-it-out]:
- Saya nak mengajar sambil pegang pembaris kayu panjang 100 cm a.k.a 1 meter tu. Yang boleh guna untuk buat line pakai kapur kat papan hitam tu. Kalau bebudak bising je "PAAP" saya hentak meja dengan pembaris tersebut.HAHAHA...[gila kentang metoi...sebab ni jer ko nak jadi cikgu....yela cikgu sekolah aku suka pukul-pukul meja...kui3]
- Bebudak yang tak bawa buku/tertinggal/tak siap homework memang akan dikenakan hukuman. Rotan kat tangan [terus terflashback kenangan waktu darjah 4...saya tertinggal buku-buku tulis saya....datang cikgu BI dia rotan kat tapak tangan 3 kali...sedeynye...tersu bekal nasi+sayur bendi tak makan...sebab hati dah sayu, tangan saket...uwaaaaa]
- Saya boleh cuti panjang...bebudak cuti sekolah saya pun cuti sekolah...selonoknye...
- Sebab...sebab saya memang nak jadi cikgu...saya suka
*reason #1 dan #2 sungguh bercirikan dendam...agagagaga...eceyceycey...takdelah...itu saje je buh macam tu*
T.A.P.I
Bila fikir-fikir balik saya rasa saya ni macam tak sesuai je untuk jadi cikgu sebab suara saya tak kuat. Takut nanti orang tak dengar apa saya cakap melainkan kalau saya jerit memanglah kuatkan kan kan. Saya juga sensetip lebih. nanti bebudak nakal kat sekolah buli-buli/usik-usik/tak dengar cakap, tak pasal-pasal daku termenangis kat situ. Erkkk...alasan tak relevan langsung....Kui3....tapi hakikatnya saya suka sangat kerjaya sebagai guru ni sebab dapat mendidik anak bangsa demi mencapai matlamat negara [macam wakil rakyat da bercakap..AHAHA]. Adalah try mengusha-usha kursus perguruan yang ditawarkan kat UPSI memang ada course yang saya nak tapi sayangnya full-time mode. Kalau part-time bolehlah diikhtiarkan juga camne.
Okeylah, babai.

4 comments:
waalaikumsalaaaaaaaaaaaaaammm.. teringat dulu masa sy ajar tusyen kat budak2 susah.. bila cakap je dapat markah tinggi dari 90, cikgu banje makan, perghhhh berebut2 diorg datang tunjuk kertas markah masing2.. hahahahah
Oyeke...Kak Marsha ade mengajar tuisyen eh? Bagus2..., memang perlu pun kalau kita janjikan ganjaran utk diorang supaya diorang kerja keras lagi nak capai markah yang baik kan kan kan?
hye akak...
alaaa..kalo suara tak kuat , mengajar la pakai mic...macam lect yang mengajar myra dalam kelas...sure kuat punye..hehehe
Ha'ah Ek...(tetibe teringat situasi dalam lab time skolah menengah dedolu...) oh cikgu...
Post a Comment