Lebih kurang 3 minggu saya memandu dibawah pemantauan suami tercinta. :) Almaklumlah, budak baru belajar macam saya ni, mana berani nak bawa sorang-sorang.
Destinasi pertama yang dituju ketika kali pertama memandu ialah - pejabat. Sangat gugup masa tu. Iyelah, saya biasa naik turun train je. Kalau naik kereta pun mesti sebagai penumpang je. Ketika tu, perjalanan ke office rasa macam lama sangat. Rasa macam dari KL ke Perak. Dahsyat tak? Berhadapan dengan traffic jammed. Traffic light rosak. Hampir-hampir langgar divider. Takut nak bertukar lorong. FUH! Sampaikan untuk hari-hari seterusnya saya rasa macam putus asa dan tak nak drive sendiri. Saya tak yakin. Tapi suami selalu bagi kata-kata semangat dan galakan. Kadang-kadang tu ada gak kata-kata suami tu macam berbaur "memberi cabaran" buat saya.
Pernah sekali tu, suami senyap dan tak nak bagi apa-apa komen semasa saya memandu. Sebelum saya drive, dia dah bagitau yang saya kena ikut kreativiti dan logik akal saya semasa memandu. Saya ni jenis sikit-sikit nak tanya.
"Abg, boleh undur lagi tak?"
"Abg, betul ke pusing macam ni?"
"Abg, macam mana ni?"
Sampai hati suami tak nak jawab pertanyaan saya. Alah, tapi kejap je berkeadaan macam tu. Lama-lama suami cakap gak. Gila apa tak nak cakap. HEHEHE.
Tak lama kemudian, suami suruh saya drive dari Cheras menghala ke arah Gombak. Suami ajar macam mana nak memotong. Pertama kali memandu dengan kelajuan lebih kurang 100 km/j agak mendebarkan ye untuk freshie macam saya. Lagi mencabar ketika melalui jalan berbukit dan bengkang-bengkok. Pergh...sangat mencabar.
Baru-baru ni, kami ke Shah Alam. Pukul 6:30 am dah keluar rumah. Hari ketika itu masih gelap dan hujan. Oh, cabaran sekali lagi ketika itu. Alhamdulillah, kami sampai ke destinasi dengan selamat.
Betullah kata pepatah, practice makes perfect. Kalau saya tak bulatkan hati, sampai bila-bila saya tak tahu memandu. Sekurang-kurangnya, bila ada apa-apa perkara kecemasan yang berlaku akan memudahkan saya untuk bergerak kemana-mana lebih-lebih lagi bila suami saya keluar berkerja.
P/S: Tak dapat bayangkan kalau suami tak teman masa bawak kete..HUHU~
4 comments:
dulu2 husben akak selalu kata..biar kereta calar, kemek..asal anak2 n isteri dia ok..hahaha..so berani la drive sensorang bila dia ke laut..sekarang terer dah..
Betul2. Sebab harta dunia boleh dicari. Sekarang ni saya banyak beranikan diri je. Kalau tak, sampai ke sudah tak reti.
sama la masa akak mula2 blajar bawa kete dgn suami..lsen P lagi..dia x bg galak kan..malah dia bg kutukn ..alhamdulillah akak dh bukti kan..that i can do it!hehehe u too dear
Insyaallah saya pun boleh lakukan.
Post a Comment