Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sedar tidak sedar hari ini merupakan hari ke 24 suami pergi mencari rezeki. Tak terasa pun betapa pantasnya masa berlalu. :)
Dalam masa 24 hari ni macam-macam terjadi. Dua kecederaan suami hadapi. Pertama, kecederaan dilutut. Suami terjatuh semasa ingin menaiki bot. Jeans suami koyak. Bayangkan jeans pun boleh koyak. Suami whatsapp gambar. Besar luka dilutut suami. Kesian suami.
Kejadian kedua, dijari. Jari tersepit ketika sedang membuat tugasan didalam engine room. Sekali tengok glove berdarah, buka glove bukan main banyak darah yang keluar. Sedih sekali lagi. Banyak betul pengorbanan yang suami harus lakukan demi mencari rezeki halal buat keluarga kecil kami.
Sekarang ombak besar. Kapal rolling. Air laut menyimbah-nyimbah sampai ke atas deck. Barang-barang dalam cabin pun semuanya tidak lagi dikedudukan asal. Beralih tempat. Suami pening. Sekali lagi buatkan jiwa wanita saya risau tentang keselamatan suami. Namun, saya yakin Allah akan jaga suami dan kawan-kawan lain.
Setelah hampir 10 bulan bernikah, mata dan hati saya makin celik tentang pekerjaan suami. Bukan senang nak senang. Banyak rintangan yang suami kena hadapi. Semata-mata untuk mencari rezeki halal dan memberikan yang terbaik buat keluarga kami. Perkara-perkara macam ni buatkan saya makin menghargai kehidupan.
Suami, semoga selamat semuanya. Mahal kita.
No comments:
Post a Comment