Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ni genap sebulan suami keluar mencari rezeki. Mudah-mudahan dengan izin Allah lagi dua bulan suami akan selamat kembali semula ke pangkuan keluarga. Sebagai isteri dan teman, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan suami. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan buat suami.
Banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun ni. Ada yang suka dan ada yang duka. Tahun yang penuh warna-warni dan sedikit dukacita.
March 2012
Saya sah menjadi isteri kepada suami saya sekarang. Tak tergambar dan tak terucap dengan kata-kata tentang perasaan tu. Syukur kepadaMu ya Allah kerana ikatan kami diikat dengan cara yang halal. Semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
April 2012
Atok suami kembali ke rahmatullah. Saya sempat berjumpa dengan atok selepas berkahwin. Ketika itu orang yang nampak sangat sedih ialah ibu mertua saya.
May 2012 - July 2012
Suami sudah mendapat panggilan pulau. Rasa berat hati sangat nak lepaskan suami pergi. Namun demi keluarga kecil kami, saya redhakan pemergian suami. Ketika itu lokasi suami di Labuan. Saya gembira sebab boleh call hari-hari. Ketika giliran suami untuk sign off, suami terkandas lagi dikapal kerana Alpinia meletup. Alhamdulillah, tak lama selepas itu suami off. Saya orang yang paling gembira.
August 2012
Buat pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri dan anak menantu. Juga pertama kali beraya di kampung. Seronok sangat time tu.
November 2012
Hujung November, suami sudah mendapat panggilan pulau sekali lagi. Ralat sebab tidak dapat hantar suami ke stesen bus. Sekarang musim tengkujuh, lagi bertambah bimbang hati ini.
December 2012
Bulan yang tidak menggembirakan saya. Kalau boleh diputarkan masa....
P/S: Sentiasa berpegang pada kata-kata suami, "Sayang tak berseorangan, Allah ada lindungi sayang". Setiap kali saya ingat kata-kata ini automatik air mata saya mengalir dan saya jadi kuat semula.
No comments:
Post a Comment