Pages

Tuesday, January 8, 2013

Setelah 4 tahun

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah 4 tahun meninggalkan alam pembelajaran, hati saya terbuka untuk menyambung pengajian semula. Syukur Alhamdulillah kerana saya masih ada hati untuk menuntut ilmu. Ikutkan malas, memang malas dah nak menghadap buku, assignments dan kelas tapi ikutkan rajin dan mengenangkan masa depan, saya teruskan juga hasrat murni tu lagi. :)

Semalam saya dah mula exam untuk paper pertama bagi sem kali ni. Ada dua paper lagi yang bakal menyusul dan bakal saya ambil. Bayangkan setelah berapa lama tidak bergelumang dengan kertas soalan, berada dalam dewan peperiksaan, bersengkang mata dimalam hari dan membuat nota ringkas - tetiba saya nak kena lakukan semua itu bukanlah suatu perkara yang mudah ok. Lebih-lebih lagi bila dah berkerja dan berumahtangga. Namun, terpaksa juga lakukan. Pujuk-pujuk hati supaya mudah terima ilmu, pujuk-pujuk mata supaya tidak lena ketika mengulangkaji dan pujuk-pujuk diri supaya bertahan dengan ujian-ujian yang Allah berikan.

Mujur hari Jumaat minggu lepas suami pulang ke port sekejap. Walaupun sekejap sempatlah juga berbual dan bervideo call. Suami sempat memberi kata-kata semangat dan dorongan. Suami suruh fokus pada exam je dan jangan fikirkan perkara-perkara lain. Terima kasih suami. Kalau kamu ada disisi kan lagi best.

P/S: Mood study on.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...