Alhamdulillah. Hari ini Jumaat terakhir dibulan Januari. Sekejap je rasa masa berlalu. Macam-macam yang terjadi sepanjang bulan ini dan bulan lepas. Hal yang bulan lepas kalau boleh saya taknak ingat dah. Biarlah yang terjadi tu jadi pengajaran buat saya.
Syukur, saya sentiasa dikelilingi dengan insan-insan yang positif. Bila mana saya lemah dan hampir rebah, ada insan-insan yang tiupkan semula semangat saya. *You know who you are*. Tidak pernah saya berhadapan dengan keadaan segetir ini. Bukan mudah untuk berhadapan dengan semua ini. Dengan saya nak hadapi peperiksaan, dengan keadaan pejabat yang kucar-kacir sedikit, dengan kesihatan saya terganggu, dengan berjauhan dari suami....memang mencabar.
Menangis! Itu perkara yang buatkan saya lega. Berhadapan musibah - buatkan saya terfikir mungkin Allah ingin menguji tahap keimanan saya. Mungkin saya terlalu jauh dari Allah. Maka, DIA turunkan ujian yang sangat hebat ini untuk saya. Saya banyak motivate diri sendiri. Lama-kelamaan, sedikit demi sedikit...saya semakin okey dan beransur pulih.
Harapan saya, semoga apa yang saya doakan dan hajatkan diperkenan Allah s.w.t. Semoga Allah tunjukkan jalan.....
No comments:
Post a Comment