Pages

Friday, December 7, 2012

Sudoku bukan Duku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Genap seminggu suami berkerja. Makna kata mungkin lebih kurang sebelas minggu lagi baru dapat melihat suami secara langsung didepan mata. Eceh.

Sejak ketiadaan suami disisi, kerap pula saya terjaga malam. Kejap-kejap bangun. Kejap-kejap bangun. Bila bangun mesti buka buku sudoku. Fikir-fikir untuk cari jawapan, kalau tak dapat solution baring balik. Seminggu berkeadaan macam ni. Haish...kot lah terjaga tu nak baca buku ke, wat past year ke...ini idak..nan hado perangai. HUHUHU..

Rasanya seminggu sebelum suami berkerja, suami ada beli buku sudoku tu. Bolehlah dibuat dikala kebosanan dan selalunya kami bertanding siapa yang dapat selesaikan sudoku tu dulu. Memang best. Barulah rasa bermanfaat sikit kehidupan. Menguji mindalah katakan. HAHAHA.

Sekarang ni dah jadi habit pula main sudoku ni. Time tengah study pun kalau otak macam dah tepu sangat & tak boleh nak absorb segala maklumat, mesti saya akan stop kejap study dan buka sudoku. Bagi otak saya ni berkerja sikit. Seronok main sudoku nih.

P/S: Lelaki kesayangan, sila tajamkan skill sudoku anda sebelum lawan ngan saya ye. Ahakz~

2 comments:

ira_violet_bee said...

i love sudoku!!!...
my bff yang kenalkan permainan nie,kl dulu2 ms study tak mampu beli buku sudoku so amik kt suratkhabar jea...
Tapi sekarang...yeahhh dah boleh beli buku sudoku nie..Main online xbest!!

Ainul Hayat said...

Hai Ira.
Betul tu. Main sudoku best. Main yang dalam buku tu best berbanding dengan online. HEHEHE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...