Pages

Thursday, June 21, 2012

Soalan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu ketiga bulan June hampir sampai ke penghujungnya. Ini bermakna lebih kurang seminggu sahaja lagi June akan menutup tirai. Kemalasan terhadap blog makin menjadi-jadi. Tiada idea dan tiada cerita untuk dikongsi. Kalau ada pun mesti tidak rajin untuk meringankan sendi-sendi jari menaip setiap butir perkataan. Ahakz.

Sekarang kalau saya kemana-mana (lebih-lebih sekitar kawasan pejabat), pasti ramai yang bertanya "husband dah gi kerja ke?". Bila dah dijawab pertanyaan tu, pasti ada soalan susulan selepas itu. "Bila husband balik?". Bila diberi jawapan sekali lagi...akan keluar pula kenyataan atau soalan yang sudah dijangka. Selalunya saya tenang dan bersahaja menjawab pertanyaan setiap orang yang bertanya.


Rindu? Mestilah rindu. Saya manusia biasa je kot tapi saya banyak sematkan dalam hati yang suami saya pergi mencari rezeki. Dah tertulis yang bentuk rezeki suami saya sebegitu, jadi kena terima. Habis tugasan suami akan pulang ke rumah.


Tak susah ke semua perkara kena uruskan sendiri? Yang ini bergantung kepada cara diri sendiri mengendalikan sesuatu urusan. Alhamdulillah, setakat ni saya boleh dan masih boleh menguruskannya sendiri.Untuk masa mendatang, saya tak pasti macam mana, tapi saya sangat-sangat berharap masa mendatang nanti segala urusan saya akan berjalan dengan lancar dan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan akan dipermudahkan, Insyaallah. Erm, bohonglah kalau sepanjang ketiadaan suami saya tidak berhadapan dengan situasi sukar. Ketika berhadapan dengan situasi macam ni lah yang akan membuatkan saya makin sabar, tabah dan kental.


Tak boring dan tak sunyi ke? Mestilah sunyi dan sedikit boring. Saya percaya kesunyian ni bersifat sementara je. Kalau ditakdirkan saya dan suami dimurahkan rezeki mempunyai zuriat sendiri, saya yakin dan pasti yang saya tidak sunyi lebih-lebih lagi ketika suami tiada disisi. Lagipun saya isi masa saya dengan pelbagai aktiviti, jadi saya akan sibuk dan tidak rasa sunyi. :)

Terbaca status rakan di Facebook berkenaan merawat kesedihan. Caranya adalah dengan menarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya secara perlahan-lahan. Kalau mahu menangis, menangislah semahunya. Kemudian bina balik semangat dalam diri. Memang betul tips ini. Saya juga pernah lakukannya. Tapi janganlah hari-hari nak nanges. HEHEHE...

P/S: Menjadi isteri pelaut akan menjadikan anda seorang yang tabah hati dan lebih berdikari.

1 comment:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hubungan jarak jauh ni memang sangat menguji kesabaran..

yang penting kena kuat nak hadapinya..

p/s: adakah bila tiba saat tu saya pon akan alami perasaan yg sama macam kamu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...