Pages

Wednesday, May 30, 2012

Habis Baca Buku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selesai sudah saya baca buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". Buku ni tidak setebal novel melayu biasa. Nipis je. Secara ringkas, banyak manfaat dan panduan yang saya pelajari daripada buku hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ni. Ketika membaca helaian pertama mata saya sudah terpaku dengan hasil garapan penulis. Menyelak helaian seterusnya, hati saya sudah tertaut. Makin saya baca makin saya "jatuh cinta" dengan penceritaan penulis. Susah untuk saya lahirkan dengan kata-kata tentang buku ini kecuali satu perkataan iaitu "BEST". Cinta yang dimaksudkan penulis tidak terarah kepada cinta sesama manusia sahaja tetapi lebih menjurus kepada cinta kepada Sang Pencipta. Banyak perkara-perkara/ilmu-ilmu baik yang ada dalam buku ini, antaranya doa-doa, sikap positif pasangan, sikap menghargai pasangan, sikap berdikari dan sebagainya.

Saya orang yang sangat baru dengan alam rumah tangga sentiasa inginkan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Dengan membaca buku ini, banyak ilmu berguna yang diperolehi untuk dijadikan panduan diri sendiri.  Setidak-tidaknya saya boleh perbaiki kekurangan diri, demi menambahkan lagi warna-warni kehidupan rumah tangga saya.

Saya beritahu suami yang saya nak jadi macam Qaniah (watak dalam buku ni) sebab saya sangat kagum dan terharu dengan sikap Qaniah dan suaminya. Suami cakap, "sayang tak perlu nak jadi macam orang lain, baik sayang jadi diri sendiri. Yang penting sayang perbaiki diri, itu lagi baik".
Oh, sayang suami saya sangat-sangat.

Saya sarankan buku ini dibaca oleh bakal-bakal pengantin dan pengantin baru. Tiada unsur-unsur terlarang dalam buku ni.

P/S: Nak cari buku lain pula lah.

1 comment:

cik hanny^^ said...

sweetnye hubby akak! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...