Sejak dua hari lepas, cuaca jadi tidak menentu. Bumi kembali basah disimbah hujan. Mungkin alam juga turut rasa apa yang bermain dalam hati saya. Cewahhhh....~
Sungguh, lain betul perasaannya bila saat "perpisahan sementara" ni semakin hampir. Lebih-lebih lagi bila sudah hidup bersama ni. Masa bercinta dulu takdelah rasa macam ni sangat. Erm..., saya faham dan yakin beginilah perasaan rakan-rakan saya yang berada "dalam bot" yang sama. Dulu, masa saya belum berpangkat isteri, saya selalu saksikan rakan-rakan "seangkatan" berblog tentang perasaan/kejadian "perpisahan sementara". Masa tu saya dah nampak gambaran bagaimana ditinggalkan. Sedikit sebanyak saya terasa tempiasnya, terasa sebak dan sedihnya. Dalam masa yang sama juga saya dapat lihat betapa tabah, cekal dan setianya rakan-rakan saya itu meneruskan kehidupan walaupun tiada suami pendamping disisi. T_T. Mereka sumber inspirasi saya.
Bohong kalau saya kata saya tidak rasa sedih dengan "perpisahan sementara" ni. Saya sedih. Suami saya turut sedih. Ini sudah suratan dan ketentuan. Dah tertulis yang rezeki keluarga mini kami adalah dilautan. Saya kena redha dan ikhlas terima semua ni. Saya juga dah nampak yang saya bakal menjalani kehidupan yang penuh cabaran sepanjang suami saya bekerja nanti. Saya selalu pesan pada diri sendiri agar yakin dan tabah dalam menjalani kehidupan juga cekal menghadapi sebarang kemungkinan.
Buat manusia sekeliling, kamu semua tidak perlu memomokkan saya dengan cerita-cerita dan hipotesis kamu. Saya hanya perlukan sokongan dan doa kamu terhadap kami. Bukan "cuba merisaukan jiwa wanita" saya dengan cerita yang bukan-bukan. Suami akan "meninggalkan" saya beribu-ribu batu jauhnya. Macam-macam boleh berlaku. Sebagai manusia, saya hanya boleh berdoa dan bermohon kepada Allah s.w.t. agar suami saya sentiasa diberi perlindungan, dijauhkan daripada musibah, dikuatkan iman dan sentiasa berada dalam zon keselamatan yang baik. Itu sahaja yang saya inginkan.
Suami, kita ada masa beberapa jam lagi sebelum esok. Nanti kita lunch sesama ye. :)
| :: Sah - saya zaujah awak:: |
No comments:
Post a Comment