Pages

Wednesday, May 16, 2012

Day 13: Rindu Pula Zaman Sekolah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mentang-mentang hari ni hari guru, dengan tidak semena-mena saya teringat kenangan dan pengalaman waktu bergelar budak sekolah dulu. Banyak sebenarnya kisah suka / duka waktu sekolah dulu.Antaranya:

  • Masa sekolah rendah, kalau cikgu kata padam papan hitam mesti ramai yang sukarela nak padam. Cuba kalau lap tingkap ke...sapu sampah ke....memang ramai yang tak berminat.
  • Masa sekolah rendah dulu, saya pernah kena rotan kat tapak tangan sebab tak bawa buku. Kena rotan 3 kali. Saya ingat lagi nama teacher tu Ms. Lai. Sedih sangat sebab saya bukan sengaja tak bawa. Saya tertinggal bundle buku-buku tulis saya (time tu buku tulis ikat/buku teks masuk dalam beg).
  • Masa sekolah rendah dulu setiap kali hari guru saya dah mula tak senang duduk, sebab dok fikir nak bagi hadiah apa. Pernah saya bagi sabun kat cikgu. Weeeee~
  • Masa sekolah menengah, cikgu selalu masukkan nama saya untuk sertai mana-mana camping yang Pengakap anjurkan. Memang besh!
  • Masa sekolah menengah, saya pernah gak jadi budak nakal. Saya pernah duduk library untuk beberapa waktu sebab nak skip kelas yang saya tak minat. HAHAHA...
Lagi apa ek? Tu jela kot. Kalau nak listkan semua mesti panjang berjela entri ni. 
Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat guru-guru, pensyarah dan pendidik yang telah mendidik saya sejak dari kecil hingga dewasa. Yang telah mengajar saya mengenal huruf ABC dan menganal angka 123. Jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat saya balas hatta dengan wang ringgit sekalipun.
  1. Tadika KEMAS, Banting.
  2. SK Jenjarom, Banting
  3. SK Kanchong Darat, Banting
  4. SK Sri Langat, Banting
  5. SK Kg Cheras Baru, KL
  6. SMK Taman Seraya, Ampang
  7. SMK Taman Tasik, Ampang
  8. SMK Pandan Mewah, Ampang
  9. KPTM KL - UiTM
Wah, banyaknye tempat saya menuntut ilmu. HEHEHE. Semoga ilmu yang ada dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan berguna sahaja.

P/S: Terlewat nak post entri ni. Halallah eh...~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...