Pages

Tuesday, August 10, 2010

Ujian lagi

Hari ni saya nak bercerita sikit tentang perangai manusia. Perangai yang saya sendiri tak tahu nak kategorikan sebagai perangai apa. Bila kita buat baik salah dan bila kita buat buruk pun salah. Saya sendiri tak faham. Mungkin dah ada sedikit perasaan benci dalam hati, tu yang agak sukar nak kembali kepada keadaan asalkan… Baru saya sedar ini sebenarnya kehidupan. Situasi sebegini menguatkan lagi kepercayaan saya pada istilah “hidup umpama roda, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah”. Hari ni orang sayang, esok lusa belum tentu orang yang sama akan terus sayangkan kita. Inilah kehidupan punya rencana dan agenda tersendiri. Bila mana saya rasa seperti tidak menahan dengan perangai manusia yang sebegini saya cuba menjadi positif. Terlalu positif. Sampaikan perkara-perkara yang kita nampak tak logic dan memang menyakitkan hati sendiri yang teramat sangat pun, saya tetap positifkan diri. Pabila diri diketepikan dan seolah-olah dipulaukan hanya kerana sesuatu, rasa tak keruan je untuk terus berhadapan dengan keadaan seperti itu kan. Tapi apakan daya.Mungkin ini juga peringatan untuk diri saya supaya lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dalam tindakan. Kadangkala saya terfikir, jika bukan dengan keputusan yang lalu, adakah keadaan akan jadi seperti sekarang?? Barangkali tidak. Namun saya tidak pernah menyesal dengan keputusan lalu. Saya banyak fikir yang mungkin ini adalah ujian kecil sebelum saya disajikan dengan ujian yang lebih extreme. Cuma tulah, rasa geram dan penat sering menyinggah kat hati saya bila saya kena harungi satu demi satu ujian. Takpe-takpe…saya percaya Allah takkan beri ujian melebihi kemampuan hamba-Nya bukan? Saya percaya saya mampu hadapi semuanya. Walaupun kadang-kadang saya tersungkur…namun saya kena harus tabah dan kuat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...