Semalam anak-anak saudara saya menyertai pertandingan Poomsae di Wisma OCM, Kuala Lumpur. Banyak kelab taekwando lain yang menyertai pertandingan ini. Anak-anak saudara saya dalam kategori Junior under 9 years old. Rupa-rupanya taekwando ni pun banyak kejutan macam AF. Mana taknya, orang yang saya sangka boleh menang rupanya tak menang. Begitu juga sebaliknya. Rasa cam nak je cakap yang pengadil tu tak reti menilai..HEHEHEH…tapi apakan daya, pengadil tu lebih arif dan bijaksana kan kan kan. Jadi, mungkin mereka lebih tahu. Tahu apa criteria, teknik dan skill yang betul yang perlu ditunjukkan pleh peserta.
Saya rasa tak seronokla sebab pertandingan tu kalah mati. Kalau dia buat berperingkat dengan cara select best of three, then bertanding balik, mungkin itu lebih relevan. Dengan konsep @ gaya pertandingan yang seperti itu agak kurang memuaskan hati.
Aqil dan Arshad menyertai acara Poomsae dengan menggayakan gerakan-gerakan Taegeuk 6. Pada mulanya memang ramalan saya dan beberapa orang disitu menyangkakan yang Aqil akan menang, namun sangakaan kami meleset. Pabila aqil kalah 2-1 dengan pesaing dia. Dengan serta-merta, Aqil terus menangis bila keluar dari gelanggang tu. Mana ttidaknya, Aqil memang nak menang. Dia selalu praktis dengan bersungguh-sungguh. Jiwa dia memang untuk taekwando. Tapi nasib tak menyebelahi Aqil kali ni. Takpelah, ini namanya takde rezeki. Saya sempat cakap dengan Aqil, “ini bukan yang terakhir , lepas ni lagi banyak competition yang ada. Sekurang-kurangnya bila Aqil tak menang, Aqil boleh tahu mana silap Aqil.” Aqil memang down sangat-sangat. Ini kali kedua saya tengok Aqil menangis kerana taekwondo. Apabila dia kecundang pasti dia jadi down sangat-sangat. Mujur ada Along, Kak Anis, Tie dan family yang sentiasa bagi kata-kata perangsang untuk Aqil. Sentiasa member dorongan dan galakan untuk Aqil. Mujur juga Ms. Clara (guru taekwaondo Aqil) tak putus-putus member semangat untuk Aqil. Dia Nampak kesungguhan Aqil. Dia Nampak minat Aqil. Nampak potensi Aqil dalam arena taekwondo ni. Dia sempat beritahu kat Aqil, untuk next Taegeuk, dia akan ajar Aqil betul-betul, from A to Z. Dia akan bagi training yang secukupnya untuk Aqil.
Arshad pulak berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara tu. Ini rezeki Arshad. Arshad seronok, tapi masa tu je. Sebab dia masih tidak berapa faham tentang konsep sebenar pertandingan. Aqil dan Arshad dua-duanya ada karisma tersendiri dalam menggayakn gerakan-gerakan taekwando tu.
Aqil & Arshad – ucu sayang sangat-sangat kat anak buah ucu ni. Tomey-tomey ucu ni.
No comments:
Post a Comment