Pages

Monday, March 26, 2012

Pesan Along

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ketika selesai majlis bertandang di pihak lelaki, Along saya ada kirim pesanan buat saya:

"Ko jaga diri elok-elok. Jaga adab sopan. Jangan malukan along dan lebih-lebih lagi laki ko. Kesian kat dia. Penat dan pening kepala dia tu.."

Saya terima mesej ni masa tengah sibuk membuka hadiah kahwin. Memang rasa touching walaupun mesejnya ringkas. Sejak tu, sikit-sikit saya cuba sesuaikan diri dengan status baru saya. Status berubah sekelip mata. Suami siap menampar-nampar pipi sendiri tanda tidak percaya yang kami sudah punya ikatan sah. 

Memang mula-mula susah nak adapt dengan suasana baru, keluarga baru dan status baru. Saya kena pandai bawa diri. Saya ringan-ringankan mulut untuk berbual..ringan-ringankan tulang untuk membantu. Bukan membodek tapi tindakan spontan yang datang dari gerak hati. 

Sekarang ni, hampir 3 minggu usia perkahwinan saya dan suami. Apa sahaja tindakan yang saya akan buat, saya mesti akan fikirkan suami dan keluarga saya. Apa kesannya terhadap suami dan keluarga kalau saya buat tindakan sekian sekian? Adakah tindakan saya akan mencemarkan nama baik suami dan keluarga? Saya tak tahu perasaan wanita berumah tangga yang lain. Tapi rasa sebegini seolah-olah automatik ada apabila saya sah menyandang jawatan seorang isteri. 

Perkahwinan itu sebenarnya indah. Saya sentiasa berharap agar keindahan ini akan kekal selamanya. 
Encik Suami, terima kasih ye selalu nak membuat kezutan-kezutan buat saya. Hehehe...

2 comments:

❤Mrs. Myra❤ said...

mak pon pernah cakap, sikap dan perangai kite akan otometik berubah after dah kawen...lebih matured..:)

Lia said...

hehehe... sweet kan. mmg mula2 mcm tak caya kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...