Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya sedar sudah 3 bulan blog ni tidak berapdet. Sampaikan seorang teman whatsapp saya mengingatkan tentang blog saya yang dipandang sepi selama hampir 3 bulan ni. Tenkiu kawan .
Macam-macam jadi. Saya dapat bos baru. Saya pindah floor baru. Saya dapat penambahan bidang tugas baru. Oklah, cukup pasal kerja.
Lebih kurang sebulan dari sekarang saya akan menghadapi final exam. Memang cuak ok. Sebabnya sem kali ni memang susah-susah subjeknya. Sampai satu tahap saya susah nak faham apa yang saya belajar. Sekarang ni pun minta ehsan orang untuk tunjuk ajar saya. HUHUHU...Bila fikir pasal pelajaran ni, kadang-kadang saya down sangat. Mana taknya, saya tak faham-tak reti-tak tahu nak jawab soalan-soalan. Stress sangat. Rasa putus asa pun ada. Tapi mengenangkan pepatah "berpantang undur sebelum kalah" saya teruskan jugalah perjuangan ini. Takpe Eni, pelan-pelan. Bersusah-susah dahulu. Sekarang ni pun saya tengah stuck nak jawab satu soalan ni. Maka, terapikan diri dulu dengan menghapdet blog. Alang-alang dua-dua bos takde dan orang pun tak ramai kat opis kannn.
Ok, sambung!
Alhamdulillah, usia pernikahan kami sudah setahun dua bulan. Tak sangka dah setahun lebih rupanya. Sekejap je masa berlalu. Masih terbayang-bayang memori masa nikah dulu. Orang-orang sekeliling pun ada yang dok tanya-tanya tentang orang ketiga dalam pernikahan kami. Jawapan kami, "belum ada rezeki lagi". Bohonglah kalau tak sedih. Tapi nak buat macam mana. Kami tahu Allah dah plan yang terbaik untuk kami. Kami yakin sangat bahagian kami ada cuma cepat atau lambat je Allah nak beri. *sabar ye Puan Eni*.
Sabtu lepas suami dah berangkat semula ke bumi Kemaman untuk mencari rezeki. Setelah hampir 3 bulan bercuti, suami kembali bertugas semula demi mencari rezeki buat keluarga kecil kami. Saya redha tapi tetap sedih seperti sebelum-sebelum ni. Lain ok perasaan nak lepaskan suami yang outstation 3 hari nak compare dengan suami yang out station & kadang-kadang out of coverage for 3 bulan. Air mata? Usah cakaplah. Masih berjurai-jurai air mata ni nak melepaskan suami walaupun ini dah masuk kali ketiga suami on-board selepas kami bernikah. Pujuk-pujuk diri. Kejap je 3 bulan tu. After 3 bulan dapat jumpa lagi. Indah sebenarnya berjauhan.
No comments:
Post a Comment