Nak ikutkan dah 11 hari terpisah dari suami. 11 hari tidak bertentang mata, tidak makan sama-sama, tak dapat salam dan cium tangan sebelum pergi kerja. 11 hari juga kena pergi kerja sendiri. Memanglah sangat tidak best. Tapi tapi tapi...5 hari pertama masih dapat berhubung dengan suami melalui telefon. 6 hari berikutnya (termasuk hari ini), langsung tak boleh berhubung. Tak tahu khabar berita. Haish. Tak bestlah. Saya memang maklum yang kapal suami mungkin masuk ke port sebulan sekali. Dahsyat tak? Uwaaaaa......
Selepas kami berumahtangga, ini merupakan on board suami yang ketiga. Seperti sebelum-sebelum ni, suami memang akan berpesan macam-macam sebelum beliau pergi kerja. Sampai satu tahap tu gaya beliau treat saya seolah-olah saya ni tak tahu apa-apa. Saya tak kisah sebab saya tahu itu demi kebaikan saya. Macam-macam doa dan potongan ayat al-quran yang beliau akan ajar setiap kali dia nak gi kerja. Dia suruh saya amalkan. Saya notis tentang itu.
Sekarang ni tak sesuai lagi nak pangkah-pangkah kalendar. Baru sangat. Tunggulah bulan lapan nanti.
2 comments:
pejm celik. X lm da bln 8
Yelah awak. Tak lama dah bulan 8 (sedapkan hati). Ihiks.
Post a Comment