Pages

Thursday, August 15, 2013

Sepraislah Kononnya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni dah masuk 8 Syawal. Maknanya dah 12 hari suami bercuti. Sekejap je rasanya. Cuba kalau belayar...12 hari pun rasa macam lama sangat. HUHUHU.

Alhamdulillah, kali kedua dapat beraya bersama dengan suami. Mestilah happy. Gile tak happy. Persediaan sederhana je. Nak compare tahun lepas dan tahun ni saya rasa tahun ni lebih mencabar persediaannya. Sebabnya segala preparation dibuat ketika suami jauh diperantauan. Semuanya kena fikir dan buat sendiri ok. Memang rasa magic sangatlah sebab saya boleh buat semuanya sendiri. *poyo gile*

Kejutan suami bukan setakat untuk saya je malah untuk keluarga di kampung. Memang gile kentanglah 3 hari tak bagitahu emak, akak & adik-beradik lain yang suami dah ada kat darat. Tujuannya nak buat kejutanlah kononnya. HEHEHE. Tapi...tapi...akak ipar saya dah mula syak yang suami saya dah off tapi mati-mati suami saya nafikan. Aish tak baik sungguhlah.

Sampai ibu mertua cakap camni "Mie kalau balik port atau ada line tepon mesti tepon mak"

6 August 2013
Lepas Zohor kami dah gerak balik ke Teluk Intan. Time tu saya pun dah memainkan watak. SMS family kat kampung kononnya nak balik petang tu juga. Ikutkan plan asal saya nak balik pagi raya (sebab bajet suami tak raya sekali). Suami drive sampai Sungkai. Dari Sungkai ke Teluk Intan saya bawa. Entah macam mana waktu nak masuk simpang menghala ke rumah emak mertua, saya terlihat ada kereta berserta call sign (kereta abang ipar) kat belakang. Kantoiii...terus cakap ngan suami, "abang, macam kete yeop je tu sebab nampak sticker call sign dia". HAHAHA....rupa-rupanya yeop hampir-hampir terpedaya sebab memang dia nampak saya sorang je dalam kereta. Kui3... mujur time sampai rumah akak ipar saya belum sampai lagi. Tak lama kemudian dia pun sampai. Kitorang dah berpakat suruh anak-anak sedara tutup mulut. Suami dah nyorok. Akak pun hampir-hampir terpedaya ngan helah kami. Sebab dia nampak saya sorang je. Siap cakap lagi yang dia rasa macam tak percaya yang gme masih kat kapal. At last...suami saya pun memunculkan dirinya kat depan akak....memang gamatlah rumah time tu. Berdepek-depek kena tampo-tampo manja. HAHAHAHA....

Panjang lagi nak cite pasal hari raya...tapi macam tak larat pula...





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...