Pages

Thursday, September 30, 2010

Selamat Ultah Kelahiran ke-24 Ernibaizura Naim


Alhamdulillah.
Hari ini genap usia saya 24 tahun. Selamat tinggal 23 tahun. 

Syukur kerana saya masih diberi nyawa, diberi pernafasan dan pancaindera yang lengkap sehingga hari ini. Syukur atas 24 tahun yang KAU beri ini.

Sepanjang 24 tahun saya menumpang di bumi Allah ini. Banyak benda dan perkara yang saya lalui. Pahit, manis, suka dan duka kehidupan. Kebanyakannya datang silih berganti.

Kepada Keluarga:
Terima kasih kepada keluarga saya kerana pengorbanan kalian memberi kasih sayang berpanjangan buat saya, memberi didikan sempurna buat saya,  memberi nasihat-nasihat berguna buat saya dan teguran membina buat saya. Banyak yang kalian taburkan dan curahkan kepada saya tidak kira dari segi kasih sayang, waktu, wang ringgit dan material. Sesungguhnya tidak terbalas segala jasa baik dan perhatian itu. Maafkan saya jika sepanjang perjalanan kehidupan saya ada mengguris hati dan perasaan kalian. Sungguh apa yang terjadi kadang-kadang tanpa saya sedari. Saya sayang kalian. Muaahxx.
Kepada Teman Rapat dan Kawan-kawan:
Terima kasih atas ingatan yang tidak pernah luntur. Terima kasih atas ketersediaan kamu-kamu memberi pertolongan tatkala saya berada di ambang kesusahan. Juga tidak lupa terima kasih atas ketersediaan kamu menjadikan saya orang yang dipercayai untuk berkongsi kisah kamu ye. Kepada yang memberikan ucapan, kata-kata semangat dan doa, pemberian - saya hargai sangat-sangat dan suka sangat. Saya tahu kata-kata kamu itu doa buat saya. Semoga dimakbulkan, mudah-mudahan. Saya sayang kamu semua..

Kepada Rakan Sekerja:
Terima kasih atas kerjasama anda-anda dalam melancarkan urusan pekerjaan kita. Terima kasih kerana ingat tentang hari istimewa saya. Saya sayang anda semua...

:: Saya rasa gembira dan terharu sangat pabila orang-orang sekeliling mengingati hari ulangtahun kelahiran saya. Biar sekadar ucapan dan kata-kata semangat namun itu sudah memadai. Saya rasa seperti ingin menangis saja sebabnya saya masih dalam ingatan mereka semua::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...