Pages

Wednesday, September 22, 2010

Kisah Dulu Kala

Semalam semasa tengah mengiron baju teringat lak kisah-kisah atau kegiatan semasa kecik-kecik dulu. Berikut ialah kisah dulu-dulu yang saya sempat ingat:
1)      Mengumpul Setem
Aktiviti ni memang glemerayalah time saya sekolah rendah dulu. Seingat saya mula glemer waktu saya darjah 5 dan 6. Memula tu saya Cuma jadi pemerhati je. Seronok tengok kengkawan kelas saya bertukar-tukar setem, tunjuk koleksi setem sume tu. Lama kelamaan saya pun terpengaruh dengan kegiatan mengumpul setem ni. Boleh dikatakan hobi tegar masa tu. Saya siap ada 2 buah koleksi buku setem tahu. HUHUHU…lawak dan kelakar pun ada. Asal surat sampai kat umah je…mulalah nak cabut setem kat sampul tu. Setem doposen yang gambo sawit tu sampai 2-3 pages. Kui3….tapi sekejap je hobi tu. Lama kelamaan dah mula jemu dah.

2)      Letak bedak Dalam Surat
Gilalah. Memang betul baru nak up. Pernahlah satu ketika saya mentulis surat kat kawan saya. Kat kawan je pun tapi gaya presentation surat tu macam nak bagi kat buah ati yang di perantauan jerk. Kui3…Mana taknya siap letak bedak enchanteur lagi. Tak menahan metoi. Bila fikir-fikir balik macam tak percaya je saya pengirim surat yang berorientasikan bedak. Erk…

3)      5 sekawan
Semasa bersekolah rendah, saya ada 4 orang kawan. Saya, Zarina, Anuar, Oyah dan Amar. Saya, Zarina dan Anuar adalah sebaya manakala Oyah dan Amar muda setahun dari saya. Kami berjiran. Zarina kakak kepada Oyah manakala Anuar abang kepada Oyah. Memang best masa tu, Setiap kali pergi sekolah mesti berlima. Balik sekolah pun sama. Tapi jaranglah bile balik sekolah sama-sama. Selalunya time pergi je sama. Tidak kiralah time tu sesi pagi atau petang, mesti sama-sama. Yang lagi best mak Amar dan Anuar ni berkawan dengan Makcik saya. Mak mereka dan makcik saya join grup marhaban yang sama. Maka, setiap kali ade marhaban ad abaca yasin kat rumah-rumah orang kompom saya dan Amar @ Anuar akan ikut. Kadang-kadang tu macam malas nak ikut, sebab saya mesti mengantuk dan terlelap time baca yasin tu…tapi nak wat cane nak menemankan makcikku itu…HEHEHEHE….tapi best pengalaman.

*Sekarang dah lost contact dengan diorang semua, Zarina mesti da kawen…*

4)      Biodata
Korang pernah buat tak buku biodata? Nak kumpul maklumat-maklumat tentang kawan –kawan dalam satu log book yang dah di deco cantik. Kadang-kadang tu gune buku hard cover yang tebal gila tu. Siap deco cantik-cantik bagai. Saya pun pernah buat macam tu tapi bezanya buku saya tu kecik, ringan dan simple. Lepas tu yang lawaknya mandatory details yang perlu ada mesti Nama, Umur, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat, No. Tel, MAKANAN & MINUMAN KEGEMARAN…wakakaka…tak boleh blah metoi…huhuhu…

Wokeylah, masa da time…ada masa saya hapdet lagi ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...