Pages

Tuesday, September 21, 2010

Pilihan

Saya sering terfikir kenapa kerjaya seseorang menjadi salah satu garis pengukur untuk dijadikan sebagai teman hidup? Saya percaya jika kita telah memilih seseorang untuk dijadikan teman hidup, pastu orang sekeliling terutamanya, akan mula bertanya itu ini tentang pilihan kita tu. Yang pertama pasti tentang pekerjaan orang tersebut. Saya faham disebalik pertanyaan kerjaya orang itu, mereka dapat menjangka salary yang orang itu dapat setiap bulan. Erm, kalau kerja kau gah dan bagus, memang orang sekeliling kau pun akan sukalah. Silap-silap pukul canang satu kampung yang kau dapat orang yang hebat. Tapi…kalau kerja kau setakat kerja-kerja biasa je yang orang jarang nak amik tahu pun sama gak orang akan canang…tapi silap-silap orang akan gelakkan dan menyindir kau yang bukan-bukan.
Saya tahu dalam hidup ni kita memang harus memilih. Sebab tu bila berkaitan dengan sesuatu yang dinamakan pilihan, agak rumit untuk membuat keputusan. Bagus bukan jika hidup ini tidak perlu memilih? Tapi benarkah bagus? Pasti bagus? Tidak jugak. Bila berhadapan dengan situasi memilih, maka disitulah akal akan berfungsi. Akal mula berfikir, membuat pertimbangan tentang pilihan yang bakal dilakukan. Dan semestinya dalam proses untuk membuat pilihan ni, selain akal fikiran, emosi juga akan seiring sekali.
Saya percaya apabila kita rasa pilihan kita itu adalah betul dan tepat (barangkali), ada pendapat lain yang mengatakan pilihan kita salah dan tidak tepat. Tapi jika pilihan dah dibuat bagaimana untuk berpatah bukan? Apa yang saya percaya, apa sahaja pilihan, keputusan yang kita buat pasti ada satu yang kita “lepaskan”. Kita kena percaya dengan konsep kos melepas itu. Kita tidak boleh tamak nak memperoleh semua “kelebihan” untuk kita. Dalam pada kita sedia untuk menerima kelebihan dia kita harus sedia menerima kekurangan dia.
Saya bersedia untuk kelebihan dan kekurangan itu?? Insyaallah saya siap siaga. Ini bukan janji ini bukan tinggi diri hanya peringatan buat diri saya supaya sentiasa bersedia atas pilihan saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...