Pages

Tuesday, September 21, 2010

Bahagian 2

Sequel dari Bahagian 1.

2 Syawal

Masih meriah sambutan perayaan kami walaupun berada di bandar hokkey. Masih ada jiran yang mengunjungi rumah. Pagi itu saya sudah rasa lain macam…rasa lemah dan tak bermaya. Saya lawan. Tapi saya makin tak tahan. Tak boleh bertahan. Last-last terus saya memuntahkan diri…montah montah dan montah…kepala dah jadi berat, badan dah lemah. Terus sahaja saya menyapu minyak dan melelapkan mata. Kesian Kak Anis & Tie. Kena siapkan sarapan berdua. Saya betul-betul tak larat. Family pakcik (merujuk pada jiran depan umah) yang datang bersarapan kerumah pun saya tidak sedar. *Saya tidur di tengah-tengah ruang tamu ye puan-puan*…memang saya tidak sedar langsung. Sampaikan tie kejut suruh masuk bilik. Saya terus sambung tido. Sedo-sedo kul 4 petang hokkey. Hambek ko. Pecah rekod. Seumur hidup saya, tak pernah saya tidur dari pagi sampai ke petang.. HUHUHU….*berlemak-lemak dah cik eni ni asek titon je*Mujur, sakit tu beransur kebah…

*

*

*

*

*

Syawal-syawal berikutnya seperti biasa. Tiada sebarang aktiviti kunjung mengunjung yang saya dan family lakukan, lebih banyak mengisi masa-masa terluang dirumah. Kami bermain karom. Ngeh3…Ada jugak budak-budak yang datang beraya. Cerita pasal budak-budak beraya nih…, geram jugak saya. Bukanlah tidak suka…tapi pabila dah membuat projek dibilik termenung tu silalah basuh metoi-metoi. Ini tidak terpaksa ai jadi cleaner…Uwaaaaarggh….suwey ai…ngadap najis budak-budak. HUHUHU…lagi satu orang da bagi duhet raya bersyukurlah. Ni tidak nak komplen lebey lak. HUHUHU…rasa nak bertuko jadi raksasa je time tu…kui3….tapi hilanglah kejelitaan kalau jadi raksasa. Muahahahaha…

*

*

*

*

*

Makan-Makan di Teratak Kami

17th Sept yang lalu, keluarga saya dan pakcik (usahasama) ada membuat majlis makan-makan untuk menjamu kenalan-kenalan rapat dalam bulan yang mulia ini. Agak lama kami tidak membuat ala-ala house warming nih. Sangat penat hokkey. Seawal 4am saya, tie dan along dah pergi ke pasar. Mulanya pergilah ke pasar borong selayang. Yerlah, dengar cerita macam-macam pasal pasar borong ni. Murahlah itulah inilah. Ini kali pertama kami pergi. Setiba je kat entrance tu dah terkujat sebab kena amik tiket untuk bayar parking…RM3 per hour. Pergh, gile mahal. Tape-tape, rileks lagi. Jejak je kaki kat pasar tu dah rasa len macam. Orang-orang yang menjualnya macam taiko, macam ala-ala peniaga kat Petaling Street tu. …*harap maaf kalau ada sape-sape yang kena mengena dengan orang pasar borong selayang*. Sampaikan kami tak tahu macam mana nak bertransaksi dekat situ. Dalam pada tak tahu tu, sempat gak la beli ikan cencaru 3kg. Da la diorang tak muleh siangkan…cane nk kopek jeket ikan tu nanti?? HUHUHU…terus along wat keputusan zass ke Pasar Pudu. Walaupun pasar tersebut bukan dalam bangunan, tapi lebih senang nak berurusniaga. Kebetulan orang pun tak ramai sangat. Jadi mudahlah kami berurusan. Sampai kat rumah, pelagi bersilat panggunglah kami sekeluarga menyediakan segala macam bahan untuk upacara makan-makan tu nanti. Mujur ada jiran depan umah yang membantu. Terima kasih jiran kami. *Walaupun di bandar, semangat kejiranan masih ada…bagus-bagus-bagus*

Alhamdulillah majlis makan-makan berjalan dengan lancar. Ramai jemputan yang hadir. Cuma saya ralat majority kawan-kawan saya tidak hadir. Erm, takpelah mungkin diorang ada benda lain yang tak dapat dielakkan. Mujur dia datang. Terubatlah jugak kehibaan hati nih. Cewaahh..

Sangat penat malam itu. Saya sefamily hanya dapat tidur pada jam 4.00 pagi berikutnya…HUHUHU…itupun masih ada saki baki mengemas umah yang belum selesai….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...