Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Senyap seketika dari menjengah ke KK. Erm, dah minggu-minggu terakhir Syawal ni maka setiap ceruk opis dok sibuk dengan Jamuan Hari Raya. Tak terkecuali jugak saya. 4/10/10 lepas LOB kami mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya. Agak havoc sikit coz saya kena naik turun - naik turun dari ke opis - ke tingkat 53 - ke LG1 - "semua perkara berlaku serentak", maka saya agak keletihan. Itupun saya terlewat sikit menolong mereka membuat persiapan dan sampai terlepas untuk menolong mereka mengemas. Erm, maaf yer saya ada tugasan lain kerana sesuatu berlaku petang tersebut. Bukan niat nak menghilangkan diri sekejap-sekejap.
Keesokannya tidak semena-mena perut saya meragam. Sepanjang diopis lak tu. HUHUHU...dugaan apakah ini sume?? Yang tak bestnye penyakit kesakitan keperutan berlanjutan hingga hari ini. Saya dah penat dah nk mengukur jalan dari workplace saya ke toilet. Sangat fenat hokkey. Balik ni saya rasa mau tombang terus atas tilam empuk saya itu. Yeay. Tido itu best.
Tapi hari ini tingkat opis saya ada buat jamuan raya jugak. Tapi kali ini gabungan unit-unit dari tingkat 44 ni. GCSM-GDM-HCBP-CM....bergabung meletop membentuk satu komuniti menjayakan majlis yang tak seberapa ini. Tapi makanan-makanan yang terhidang tadi memang heaven saya tengok. Saya cume menjamah Laksa Johor & Roti Jala sebabnya bagi saya susah nak dapat Laksa Johor kat negeri KL ni. Ikut hati macam-macam saya ingin makan tapi kondisi perut memaksa saya untuk tidak menelan kesemua jenis makanan itu. Oleh itu kepada kengkawan di opis jangan ingat i ni jenis tak suke makan tau. Salah sangkaan kamu itu. Jangan terpedaya dengan size fizikal saya...Kui3...

Maka malam ini saya kena iron baju awal. Dah 2 malam jadual menggosok baju lari. Bangun pukul 3.00am semata-mata mahu iron baju. HUHUHU...tak best tak best.

No comments:
Post a Comment