Pages

Monday, October 11, 2010

Sangat Sibuk

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Monday morning yang sangat tidak best. Mood hari Isnin memang begini bukan. *Saya taip entry ni pada waktu tengahari ye. Masa lunch break*

Pagi tadi rasa sangatlah malas mahu bangun tido. Rasa macam tak tercukup-cukup sahaja jam tido saya (juga family). Minggu lepas kami sekeluarga gigih dan tabah membuat hantaran untuk majlis pertunangan Awin dan Abu. Kami perlu menyiapkan 16 dulang hantaran. Semuanya mengikut kreativiti dan citarasa sendiri. Raw material sudah ada cume perlu sisipkan kekreatifan dan keinovatifan dalam hasil kerja kami itu. Seperti biasa "Pengurus Besar" bagi "projek" ini dah tentu-tentulah Along saya. Dibantu oleh "staf-staf" biasa ini. Along, Kak Anis, Tie, Angah dan saya bertungkus lumus bergabung tenaga membuatnya. Yang pasti saya tidaklah reti nak membuat semua itu. Tukang buat bunga, tukang cantum-cantum kain, tukang gam-gam, tukang potong-potong dawai, itu memang saya retilah. Tapi untuk menjana idea harap maaf saya tidak pandai. Seriously, saya sangat teruja tengok hasil-hasil hantaran tersebut. Memang cantik, kombinasi warna, susun letak memang mabeles lah. Aci tak kalau saya nak berangan saya punya hantaran pulak?? Ngeh3....

Tadi berblogwalking. Membaca apdet-apdet terkini tuan punya blog masing-masing. Setiap pagi 3 blog ini yang saya wajib lawati, iaitu ChikaKak Syikin dan Kak Yat . Memang mandatori untuk membaca apdet terkini dari tiga blogger ini. Saya suka baca tentang perjalanan hidup mereka. Mereka kuat, mereka tabah. *Ni kirenye, nak dapatkan tips dan panduan macam mana nak jadi tabah la ni di masa akan datang, kui3*. Selain itu saya juga berblogwalking ke blog-blog lain. Seronok baca cerita-cerita orang ni (bukan bermaksud saya busy body ye).Macam-macam yang saya tahu dan pelajari. *Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu, ngeeeeeeee*

Kenapa ye semakin dekat ke penghujung tahun, saya makin berdebar. Makin gentar. Hati kejap gundah, kejap gusar, kejap resah, kejap macam takde rasa apa-apa. Pergilah jauh-jauh rasa susah hati yang tidak best ni. Saya berdoa dan sentiasa berharap agar Allah s.w.t. permudahkan dan melicinkan segala perjalanan urusan dan kehidupan saya (kami). 

Owh pintu rezeki, bukakanlah pintu rezeki buatku (kami) seluas-luasnya.




2 comments:

Momma Qiestina said...

HEHEHEH

spt namaku disebut itu :)

kak yat kuat hari-harimau tauu.aummmmm!!

btw thank u lalings, maluww ah kata kak yat gitu.kak yat ni nan ado jugak :P

Ainul Hayat said...

Nan ado ke idak tetap salutelah ngan ketabahan akak....harap2 saya muleh sekuat rimau cam akak...hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...