Pages

Monday, September 12, 2011

Kagomnye..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

[Ini adalah scheduled entri]


Saya jenis mudah kagum dengan orang.

Contoh:

  1. Kagum dengan makhluk Allah yang berjaya dalam pendidikan. Naknya pengajian pada peringkat tinggi dan boleh dikelaskan sebagai pengajian profesional. Lagi kagum kalau makhluk itu dari golongan hawa. Memang tabik spring toink-toink-toink....hehehe~
  2. Kagum dengan makhluk Allah yang berjaya dalam menghafaz Al-Quran. Sedangkan orang yang pandai bahasa Arab pun saya dah kagum apatah lagi yang berjaya menghafaz ayat-ayat suci ni. Terangnya hati mereka. Dahsyat.
  3. Kagum dengan orang yang boleh menguasai pelbagai jenis bahasa. Bukan sahaja bahasa melayu malah bahasa-bahasa bangsa asing dan negara luar jugak berjaya dikuasai dengan baik. Memang wow lah. Orang yang pandai cakap jawa pun saya dah kagum. (Saya tak pandai spiking jawa...hihihi).
  4. Kagum dengan orang yang berwajah cantek dan mempunyai pekerti mulia. Terus terfikir pandainya ibu bapa yang mencorakkan mereka. Agak-agak duit hantaran tinggi tak? Tettt~
  5. Kagum dengan orang yang berharta namun sentiasa merendah diri dalam kehidupan. Susah kot nak cari orang macam ni sekarang. Ini dak, asal nak jatuh atau terkehel sikit mulalah gelabah. Mulalah nak bagi duit bawah meja. Mulalah nak war-warkan tentang keluarga. Huh!
Saya sedar mereka yang tergolong dalam golongan yang saya kagum ni guna sedaya usaha diorang untuk sampai ke tahap sekarang ni. Sampai ke tahap untuk dikagumi. Bukan senang nak senang. Semuanya kena mula dari bawah. Manalah kita tahu mungkin mereka yang saya kagum ni lalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum sampai ke tahap sekarang ni kan? Nak rasa dikagumi....kena berani hadapai realiti

p/s: Bilalah nak rasa kagum dengan diri sendiri?


2 comments:

Kancil 8349 said...

Kancil pun turut kagum...

Unknown said...

kiranya engko kagum ngn aku le ni..wakakak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...