Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Semalam aku sedih, geram dan kelakar pun ade. Bekpes yang sepatutnya dijamu oleh aku sekeluarga telah dirasmikan oleh sang beruk a.k.a monyet..Pheeww...~
Mangsa kejadian
Al-kisahnya, pagi-pagi akak ipar aku dah menapau nasi lemak & roti canai untuk kami. Roti canai Pandan Jaya lak tu. Mungkin silap aku jugaklah sebab letak nasi lemak & roti canai tu dekat atas kabinet luar rumah sebabnya aku masuk dalam rumah jap untuk bentang carpet. Abis bentang aku keluarlah balik dengan niat nak bawa masuk makanan-makanan tu. Entah cane aku nampak kelibat tengah memanjat kabinet. Aku terkejut dia pun terkejut. Aku panik jap...aku hanya mampu cakap "syuh...syuh...(sambil hentak-hentak kai..kui3)". Rupe-rupenye monyet tersebut tengah mengambil roti canai. Aku bajet mesti dia baru koyakkan kertas pembungkus roti canai. Sekali aku datang dekat.....tengok-tengok habis bertaburan nasi lemak-nasi lemak tu....Roti canai pun dah habis di koyak rabakkannya...Arrggghhh...geram metoi aku semalam. Yang tak boleh blahnya si monyet tu boleh plak bertenggek kat pagar kejiranan sebelah sambil menyiat-nyiat roti canai tu dan sumbat ke mulut dia...HUH. Hampeh punya monyet.
Nak marah pun tak boleh. Memang dah fitrah kejadian dia macam tu kan. Dasar monyet. Aku semalam takdelah nak marah-marah monyet tu sebab kata orang-orang tua jangan sesekali nak marah-marah monyet nanti karang tak pasal-pasal dia bawak konco-konco dia. Tak pasal-pasal berlaku tragedi Ampang Gangster pulak nanti. Dah lah habitat monyet-monyet tu berhampiran je ngan umah aku (area umah aku dah macam zoo dah wey segala-mala jenis haiwan ade...huh).
Peringatan untuk aku jugak janganlah sesekali letak makanan kat luar lagi...T___T.
Terima kasih untuk kakak iparku dan angahku kerana menggantikan semula makanan yang musnah dimamah monyet. Sekian.
6 comments:
dasat jgk beruk2 tu ek
ek cane leh de monyet lak huhu
Jiji:
Mmg dasat..
Qaseh:
Memang kat kawasan umah ada monyet, sbb blkg tu hutan rimba...~
beruk pernah masuk bilik aku.. huhu
Hamzah,
Itu lagi dasat...
Post a Comment