Pages

Monday, April 16, 2012

Ni apa yang saya rasa sekarang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bukan rezeki saya. Frankly speaking, saya rasa sedikit ralat. Mungkin kata-kata saya dimanipulasikan. Walhal sudah jelas kata putus yang diambil ketika perbualan beberapa tempoh hari yang lepas. Fuh! Saya tidak tahu apa agenda tersembunyi dan mainan politik yang mereka sedang lakukan terhadap saya. Ye, mungkin saya yang sentiasa fikir bukan-bukan. Sentiasa menganggap diri disisih dan dipulaukan. Saya dah lihat banyak perkara yang berlaku depan mata saya. Saya diamkan. Saya malas nak besar-besarkan. Lagi pula pangkat dan kedudukan saya tidak setinggi mana. Saya masih rumput dibumi. Tidak layak atau yang lebih tepat tidak kuasa saya hendak mempertikaikan. Biarlah mereka. Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa-siapa antara mereka tu, tapi cubalah jadi profesional. Cubalah jadi "ketua" yang sama-rata. Jangan hanya ingin kelihatan hebat dimata pihak atasan pihak "bawahan" ni diketepikan. Ikutkan kelayakan kita semua berada dalam level yang sama je.

p/s: Manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain.

1 comment:

Anonymous said...

Setuju (^_^) -dyh seraya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...