Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ada orang suruh saya tolong carikan calon untuk seseorang.
Saya enggan.
Bukan saya sombong, bukan tidak mahu hulur pertolongan dan bukan tidak berperikemanusiaan.
Hakikatnya saya bimbang akan ada kesan sampingan.
Yang sebetulnya jodoh, ajal dan maut tu semuanya di tangan Tuhan bukan.
Kenapa hendak dipertikaikan akan tempoh lamanya menjadi bujangan??
Andaikata calon yang saya pilih menepati piawaian dan seseorang itu berkenan - saya gembira.
Andaikata calon yang saya pilih itu membawa kebahagiaan dan kegembiraan pada seseorang itu - saya turut bahagia.
Berbalik pada kesan sampingan;
Andaikata calon yang saya pilih itu membawa kepada bencana dalam perhubungan seseorang itu bagaimana?? Barangkali saya akan dipersalahkan sebab memperkenalkan calon yang sedemikian rupa. Saya tidak berani menanggung risiko. Bagi saya, biarlah seseorang itu mencari sendiri cinta dia, biarlah dia usaha sendiri untuk mencari imam dan pelindung dia suatu masa nanti. Yang pasti seseorang itu mesti ada citarasa sendiri tentang pasangan yang didambakan, siapa saya yang nak melebih-lebih dalam perjalanan hidup dia..
P/S: Saya sendiri masih bertatih dalam kehidupan rumahtangga.
No comments:
Post a Comment