Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Semalam cuti. Seperti biasa cuti-cuti hujung minggu memang rumah saya akan sunyi sikit pada masa-masa tertentu. Hari Sabtu dan Ahad memang hari koko (ko-kurikulum) abang saya dan kakak ipar saya serta dua orang anaknya. Juga hari yang sibuk buat adik kakak ipar saya. Abang saya dan kakak ipar saya membawa anak-anak mereka menghadiri latihan taekwondo. Dari pagi sampai tengahari kadang-kadang sampai petang. Adik kakak ipar saya pulak pergi kelas. Menambahkan ilmu didada lagi. HEHEHE. Saya?? Seperti biasalah, haruslah betapa duk kat umah. Semalam memang saya rasa bohsan gila duduk kat umah. Macam takde hiburan je semalam. Rumah dah kemas. Kain dah sidai. Langsir dah basuh. Makan dah kenyang. TV lak macam entah ape-ape je ceritanya. Tapi yang peliknya kalau orang lain yang pilih ape-ape channel...macam bestla pulakkan. Boleh je saya layan. Nampak sangat tidak mesra televisyen (erkk...ada ke istilah ni??)
Sampaikan terlelap-lelap mata ni semalam. Jadi untuk mengelakkan dari tido siang saya pun pergilah merajinkan diri mengangkat jemuran diluar. Cuaca pun sangatlah hot.
Saya punya kebosanan semalam memang klimaks saya rasa. Sampaikan saya bercakap dengan kucen peliharaan keluarga. Kucen tersebut ialah Olin. Salah seekor daripada 7 ekor kucen yang ada dirumah saya. Banyakkan?? Tapi si Olin je yang dibenarkan bergerak bebas. Beliau inilah District Officer. Kemana-mana entah merayau tapi selalu pulang kepangkal jalan bila dah penat melawat kawasan. Si Olin ni biasalah bila nampak orang sorang-sorang mulalah dia nak bergesel-gesel ngan orang. Saya layankan jelah perangai dia semalam. Saya cakap-cakap dengan dia. Amik-amik gambo dia. Cium-cium dia. Dia pun cam seronok je orang wat camtu. Tapi disebabkan saya ini alah kepada bulu haiwan dan habuk, aktiviti bersama kucen dihentikan sementara. Tak boleh lebih-lebih nanti dia naik lemak nak jilat-jilat muka. Miahahaha....tapi scene yang paling best semalam bila dia cube-cube nak cakar saya dan saya merajuk dengan dia.
Saya: Dahlah, Olin gi sana takmoh duk sini majuk (sambil saya toleh kesebelah kiri)
Olin pun bergerak dari belah kanan saya ke sebelah kiri...menghadap muka saya.
Saya toleh sebelah kanan.
Dia bangun dan pergi sebelah kana sambil tengok muke saya lagi..
Ouh, comelnye aksi si kucen. Kucen pun perlukan perhatian inikan pula manusia bukan.
2 comments:
kadang2 tu,kucen pun faham cakap manusia juga kan..
Betul tu inn...kadang-kadang penah berharap keajaiban berlaku supaya kucen bercakap...hikhikhik
Post a Comment