Pages

Friday, June 11, 2010

060610

6th June 2010

Alhamdulillah, urusan yang direncanakan telah selamat dijalankan. Segala perancangan, perbincangan, pindaan pada beberapa detik akhir, akhirnya berhasil dengan perlaksanaan majlis itu. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana flow untuk sampai ke hari itu. Mengarahkan perjalanan ke utara tanah air agak memenatkan dan meletihkan namun mendapat kepuasan pabila semua yang dirancang berjalan dengan baik. Sebelum ketibaan di negeri jelapang padi itu, dikhabarkan bahawa daerah tersebut mengalami musim kemarau yang mana kontang dan tandus persekitarannya. Namun, setibanya kami didaerah itu cuaca berubah. Tidak lagi kontang malah disimbah hujan. Hari-hari kami sepanjang berada didaerah itu adalah sentiasa dingin dan lembab dek siraman air hujan. Malah, ketika hari bersejarah terbabit, hujan renyai-renyai turut mengiringi lawatan kami ke kampung itu. Hujan Rahmat barangkali. Mungkin alam turut mendoakan agar mereka beroleh bahagia di dunia dan akhirat nanti. Ketika perjalanan ke kampung tersebut begitu tenang, sayu dan adakalanye bimbang. Tenang kerana bersaksikan suasana kampung dan cuaca yang sangat indah. Sayu mungkin kerana gembira dan mungkin juga memikirkan kehidupan beberapa bulan nanti. Bimbang kerana khuatir jika berlaku sebarang permasalahan dan kesulitan disepanjang majlis itu nanti. Pada waktu itu juga kulihat airmata orang kesayanganku dan juga kesayangan keluarga menitiskan airmata. Airmata kegembiraan dan penuh kesyukuran barangkali.

Akhirnya, Angah selamat bertunang dengan puteri pilihannya Kak Liza.

Didoakan agar hubungan & ikatan yang dibina ini mendapat keredhaan serta kerberkatan Allah s.w.t.. Semoga Angah & Kak Liza dikurniakan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Amiin.

Lepas ni jumlah ahli keluarga saya mula berambah, syukur Ya Allah atas nikmat dan kurniaanMu.

Saya sayang keluarga saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...